Follow

Agoda Penang

mobile

Booking hotel di Krabi

Di Krabi ada banyak tempat penginapan.Ada yg murah dan ada yg mahal dan kebanyakannya terletak di Ao Nang.Ao nang terletak ditepi pantai  dan menjadi tarikan utama kepada para pelancong.Disini memang happening terutama malam.Terdapat banyak restoran dan gerai muslim disini dan juga tempat membeli belah.McD,Starbukcs dan banyak lagi brand terkemuka juga ada branch kat sini.Basically Ao Nang adalah spot yg paling convinience utk pelancong terutama sekali dari Malaysia.
Pilihan kedua utk tinggal di Krabi adalah di bandar Krabi itu sendiri.Bandar Krabi terletak dimuara sungai dan agak lengang kalau nak dibandingkan dgn Ao Nang.Jarak dari  Ao Nang pula adalah 15km.Tapi sini rata ratanya adalah lebih murah berbanding di Ao Nang.
Memandangkan hotel di Ao Nang mahal terutama sekali aku akan stay masa Christmas eve,hotel mmg melambung tinggi.Tambahan pula hotel akan kenakan additional charge MYR300/person utk Xmas celebration.Aku x celebrate X'mas so kena aku nak kena bayar?Malas nak argue dengan hotel,so aku cari hotel yg x kenakan additional charge utk X'mas.
Lepas survey aku jumpa lagi satu spot yang baeek punya.Iaitu tinggal di PhiPhi island.Utk ke PhiPhi island,anda perlu tinggalkan kereta di Krabi dan menaiki ferry ke PhiPhi.Tempat tinggal yg terkenal di PhiPhi adalah di Tonsai Bay.Disini happening dan banyak kemudahan.Since relaxing adalah tujuan utama kami kesini,aku cari hotel yg jauh sikit dari Tosai Bay.
So aku jumpa satu hotel ni yg terletak 10min walking distance dari Tonsai Bay dan yg penting x de additional charge utk Xmas eve celebration.Hotel ni nampak cantik dan tanpa berlengah lagi aku terus book hotel ni.
http://mama-beach.com/
Selepas book hotel,maka tibalah kita kena task yg paling mendebarkan utk yg ingin membawa kereta ke Thailand.Bersambung...

Mcm mana nak ke Maya Bay?

"bang,sekolah nak buat meeting masa kita cuti kat Thailand",kata bini aku.So aku pun terpaksalah ubah plan percutian kami.Perkara pertama yg aku kena buat ialah tukar tarikh penginapan kat hotel.Malangnya hotel yg aku dah booked tu dah full booked pada tarikh baru yg aku nak dan aku terpaksa cari hotel lain .berbalik kepada post aku yg awal,kebanyakan hotel kat Ao nang ada extra charge utk X'mas celebration.Maka aku terpaksa cari hotel murah kat area town yg x de extra charge.Selepas survey aku dpt buat booking di TharaPark View hotel.
Hotel ni sempoi2 saja dan chargenya adalah MYR70/night.Parking juga disediakan.Click link bawah ni utk review hotel ni.

http://www.booking.com/hotel/th/tharapark-view.en.html?aid=311984;label=tharapark-view-HCmdtKBzEQuml_Tzskxy2gS6861154753;ws=&gclid=CLeM76bFurQCFUx66wodA04AHw
Dah alang2 plan bertukar so aku pun plan utk singgah ke Hat Yai.Boleh relax sambil cari apa2 yg best kat area
 sana.Pilihan aku simple je.Yang ada parking dan bukan lah Lee Garden yg kena bom tahun ni.Selepas penat googling,dapat la book Novotel Centara Hotel Hat Yai.Harganya MYR180/night.

http://www.centarahotelsresorts.com/chy/chy_default.asp

So settle bab penginapan.Tapi Destinasi kami adalah Maya Bay.Mcm mana nak pergi.Mula2 aku consider utk parking kereta kat jetty dan naik ferry ke phiphi.
http://www.phiphi-ferry.com/
Kemudian dari phiphi aku naik longtail boat ke maya Bay.Cost utk kami semua dgn cara ni adalah MYR500.

Satu lagi option ialah dgn island hopping package dgn speedboat ke Maya Bay.
http://www.krabi-tourism.com/phiphi/maya-bay.htm
Total cost kami semua dgn cara ni ialah MYR480.Lebih kurang je dgn ferry tapi package ni ada:
  • Pickup dari hotel dan ke hotel
  • English speaking tour guide
  • Banyak stop ke pulau2 kecil
  • Makanan dan minuman disediakan
  • Snorkeling gear disediakan
So kitorang pun decide amik package ni.Saya advice book dari internet sbb x perlu bayar dulu.Kalau contohnya hari tour anda tu ribut,anda boleh cancel last minute.Rajin tgk weather forecast juga ye.
bersambung...

Depart to Thailand

Maka tibalah hari yang dinantikan iaitu bertolak ke Thailand.Dari pengalaman aku dan kawan2,time cuti mcm ni akan berlaku jam yg teruk kat sempadan nanti.Keadaan dan tahap keselamatan di immigration complex Thailand juga teruk.Utk mengelak dari perkara2 yg tak diingini berlaku,maka kami decide utk bertolak sesudah subuh dan target utk sampai ke Bukit Kayu Hitam sebelum pukul 8 pagi.Oleh kerena kami ada anak kecil yg banyak ragamnya utk bangun dan bersiap waktu pagi,maka kami siapkan barang2 dan masukkan ke dalam kereta 1 malam sebelum bertolak.Kira esoknya cuma mandi,pakai baju dan terus naik kereta.
Makanan ringan seperti roti,biskut,minuman dsb juga harus dibeli awal dan disimpan dlm kereta kerana kami tak tahu berapa jam kami akan stuck kat immigration.Rehat secukupnya diperlukukan.
Selepas subuh kami terus bergerak ke sempadan dengan mengunakan PLUS highway.We are not alone in that very morning.Kereta dah berpusu2 atas highway menuju ke border dan masing2 macam berlumba siapa sampai dulu kat border.
Setelah sampai di Changlun,perkara yg paling penting yg anda perlu buat ialah beli insurance dan dptkan borang import kereta(warna putih).Ada banyak premis yg buat bisness ni dan mereka start keje sesudah subuh juga.Tak tahu mcm mana nak isi?Jgn risau.Bagi passport dan geran kereta original dan staff disitu akan isikan utk anda.kami bayar MYR20 utk semua perkhidmatan ni kat sini.
Selepas semuanya diisi dan anda dpt semuanya(passport,embarkation form,borang putih utk kereta),teruskan perjalan anda ke Bukit Kayu Hitam.Juga jangan lupa utk isi minyak kereta full tank.Minyak sana 2 kali ganda mahal dari Malaysia.Changlun adalah last point anda utk isi minyak sebelum ke Thailand.Actually the last point adalah BP Bukit Kayu Hitam tapi dia di arah selatan.Saya nasihatkan anda utk isi minyak di Changlun.
  Di imigration malaysia semua urusan boleh dibuat tanpa perlu turun dari kereta.Simple sgt dan cuma perlu sedikit kesabaran sbb que panjang sempena cuti sekolah & holiday.Staff juga ramah dan membuatkan anda selesa.Selepas semuanya selesai,teruskan memandu ke Thailand.Anda akan melalui depan kompleks bebas cukai(Zon),pos kawalan polis dan tentera sebelum sampai ke gate Thailand.

bersambung...

Welcome to Thailand

Once anda masuk ke sempadan Thailand,anda perlu belok ke kiri utk park kereta anda.Park kereta anda dan anda perlu ke kaunter immigration dgn membawa passport,embarkation form dan borang putih.Selalunya kaunter custom x jam sangat,maka better anda teruskan ke immigration dulu.pastikan keselamatan anak2 anda sbb segala  kenderaan akan bergerak hanya beberapa inci dari anak anda tu.
Serahkan passport kepada staff imigration beserta duit rasuah MYR1 sorang.Betul ke duit rasuah?Saya selalu ke bangkok naik flight.X pernah pun bayar MYR1 kat Suvarnabhum airport.Dulu pernah sekali saya berkeras x mau bagi MYR1 dan staff dia marah2 x mau chop passport.Akhirnya terpaksa juga bagi MYR1 selepas kena paksa.Lepas bagi rasuah pun dok bengis lagi.Tak tau la apa yg diorang tak puas hati dgn Malaysian.Pernah aku tanya kat immigration malaysia yg ramah,berhemah,berintegriti dan x minta rasuah.Ikut katanya mmg apa yg dibuat oleh staff Thailand amat tidak patut.Thailand is a great country.Cuma staff dia kat border yg buat spoil.So cerita panjang pun x guna, ikut je la trend kat sana.
Lepassettle kat immigration,beratur pula kat kaunter kastam.X jauh pun jaraknya.Serahkan borang yg diisi di Changlun tadi dan akan akan 2 ,3 staff yg akan menguruskannya.Sampai di staff yg terakhir,dia akan minta anda bawa kereta anda utk kepastian.
Keluarkan kereta dari parking dan staff kastam akan berikan borang putih sejurus dia lihat anda dan kereta anda.Now you are clear to enter Kingdom of Thailand.

Bersambung...

Morning in Hat Yai

Kami mula memasuki Thailand pada pukul 8:30 pagi...ops..tu waktu Malaysia.Adjust jam anda 1 jam lewat utk mengikut waktu Thailand.So waktu di Thailand masa kitorang settle semua urusan kat border adalah pukul 7:30pagi waktu Thailand.Suasana tenang dipagi tu dan lokasi pertama yg anda akan jumpa semestilah Pekan Danok.

Danok
  Walaupun dari segi geografinya Danok dan Bukit Kayu Hitam adalah sama,tapi dengan perbezaan politik menjadikan dua tempat ini amat berbeza.Anda boleh rasakan perbezaan ketara apabila melihat wayar letrik bersilang disana sini.Danok asalnya kampung dan membangun selepas menjadi destinasi harian buat rakyat Malaysia utk membeli belah ataupun berhibur.Danok terletak dlm daerah Sadao tetapi ianya lebih besar dari bandar Sadao itu sendiri.Saya akan bercerita lebih pasal Danok diakhir trip ini.
Destinasi pertama kami adalah Hat Yai.Hat Yai adalah bandar terbesar di selatan Thailand dan jaraknya cuma 50km dari sempadan.Jalan ke Hat Yai juga cantik dan lebar.Mmg selesa memandu di Thailand.Selepas hampir sejam memandu,kami pun sampai ke Hat Yai.First time saya ke Hat Yai dan rasanya sama mcm berada di Bangkok.Bandar yg maju dan meriah.Nak check in rasanya mcm terlalu awal.Maka kami pun jalan2 dulu tanpa proper planning.
   Fikir punya fikir,kitorang decide utk pergi ke Klong Hae floating market.Klong Hae market adalah destinasi yg wajib anda kunjungi di Hat Yai.Tapi duit paling kecil yg kami ada adalah THB1000(=MYR100).Rasa kesian lak makcik pakcik sana nak tukar duit.Maka kami pun plan utk gi ke pasar raya besar utk pecahkan duit.Dalam perjalan tu kami jumpa Pasarraya besar "Big C".Kami pun pecahkan duit kat sana.Yang paling famous kat Thailand adalah Tesco Lotus.On the way ke Hat Yai tu kita boleh jumpa lebih dari 5 Tesco Lotus.

Beli durian kat Big C utk pecahkan duit
   Selepas berjaya pecahkan duit,kami pun terus ke Floating market tapi malangnya hujan mula turun dengan lebat.Lepas tak tau nak buat apa,maka kami pun gamble utk checkin hotel.Hotel kami adalah Centara Hotel dan kami tak tahu bagaimana rupanya dan bagaimana pula lokasinya selain dari maklumat di internet.Setelah meredah beberapa jalan kecil(sbb ikut GPS) akhirnya kami sampai ke hotel.Alhamdulillah hotel kami berada di tengah2 tumpuan pelancong dan rupanya ada class.
   Security utk masuk ke hotel ni ketat dan semua kereta yg ingin masuk akan dicheck menggunakan bomb detector.Security staff juga ramah dan service yg mereka bagi adalah 1st class.Dari mula kami enter parking sampailah barang2 kami pun diorang tolong angkat hingga ke lift lobby.
   Process check in smooth dan semua staff dilobby memberikan service yg terbaik.Barang2 kami dihantar sampai ke bilik dan cara nak buka pintu bilik pun diajar.Keadaan dalam bilik pun bersih dan cantik.




Ehh...Lee Garden?Punya la aku nak elak dari pada hotel ni tapi rupanya ada kat sebelah hotel aku je.In fact depan bilik aku je.
Pemandangan dari bilik aku mmg best.Boleh nampak segala bangunan,bukit bukau serta laut yg nampak sipi sipi.




Bersambung...

Hamid Restaurant,Hat Yai

Cari makanan best kat Hat Yai?
Setelah berehat seketika dlm hotel,maka kami pun keluar utk melihat persekitaran sambil mencari makanan.Tak jauh dari hotel kami,kami jumpa restoran ini.















Location : Berhadapan dengan Lee Gardens(GPS:7.006166,100.471698)
Speciality: Thai food
Budget: MYR20 above
Operation hour: morning until mid night
Serving time: 30 min(if crowded.But normally crowded.)
Capacity:100 person
Parking : not provided
Entertaintment: No
childseat:Couldn't find
toilet : provided
Surau:no
Credit card payment:Forgot to ask.But no VISA & Mastercard sign shows.

My good comment: This is like life saving restaurant.You will fell safe if you are first timer to Thailand.This restaurant is famous among Malaysian because almost 100% of customer is Malaysian.Most of the staff can speak malay.In this restaurant I met a group of my old school teachers and my very old friend.My school teacher told me that its normal to see old friend in this restaurant and he came here more than 10 times.Ringgit also accepted.

My bad comment:In term of food,this is not the best restaurant.Even some Thai restaurant in Malaysia are better than this.If you are imagine cheap food in Thailand,this is not the place.

Klong Hae Floating Market,Hat Yai(GPS:7.044846,100.475121)

Cari makanan best kat Hat Yai?
Selepas kami makan di Hamid restaurant,kami pun jalan2 disekitar Lee Gardens untuk membuang kalori.Selepas seketika kami pun bertolak ke floating market yg terletak di Klong Hae.Floating market ni terletak lebih kurang 5 km dari tempat penginapan kami tapi perjalanannya boleh mengambil masa selama 30min.Selepas meredah beberapa traffic light,maka kami pun sampai ke tempat yg dituju.Perkara pertama yg anda kena lakukan mestilah parking kereta.Kami parking depan sekolah dan parking adalah free.


Kemeriahan mula terasa bila melalui Wat Klong hae dimana ramai peniaga jalanan menjual pelbagai barangan,makanan,minuman termasuklah benda2 pelik macam ulat goreng.namun yg tak syoknya anjing bersepah kat sana.So kalau nak tangkap gambar pun kena hati2.Takut dok tgh nak amik shot baik punya,terpijak anjing la pulak.

Dari jambatan jelas nampak sampan beratur dan ramai org berkerumun.Once nampak suasana ni mmg kita pun kalau boleh nak cepat sampai ke sampan.
Lebih kurang 80% peniaga atas sampan ni adalah muslim dan boleh cakap melayu sikit2.basically diorang ni melayu tapi kerajaan Siam telah Siamkan diorang sampai diorang tak tau cakap melayu lagi.Apa yg best kat sini?






Air dalam bekas buluh atau tembikar.
Mula2 pilih gelas apa yg anda nak pakai dan kemudian cakap nak minum air apa.Oren,milo,kelapa dsb nya ada.Harga bermula dari 20THB.Saya minum dengan bekas buluh dan tembikar.

Mcm otak2
Nama sebenar saya pun tak tahu.Masa dia masak nampak macam ikan bakar.So kitorang pun amik la.Harga cuma 20THB.Mmg excited la bila bila ikan bakar dengan harga MYR2.Bila buka...ehh..apa ni.Rasa dia mcm otak2 tapi lain resipinya.Mmg sedap sampai kami patah balik ke sampan ni utk beli lagi.Rasanya ni sedap lagi kot dari otak2.




Ayam Percik hybrid
Nama sebenarnya saya pun tak tahu.Mcm mana nak tahu.Semuanya tulis siam.Saya anggap makanan ni adalah hybrid antara sate dan ayam percik.Rasanya sedap dan harga nya ialah 10THB saja.

Yang ni saya tak ingat apa rasanya.Ayam ke Ikan ke pun saya tak ingat.Harganya adalah 20THB shj.Tapi pengalaman makan dalam daun yg berbentuk sampan adalah tak ternilai.


Ada banyak makan kat sini tapi memandangkan perut kami dah penuh, maka kami pun surrender takat ni je.Ada kerusi dan meja disediakan.Lepas makan jgn lupa buang sampah di tempat yg disediakan.Buat malu Malaysia je nanti.Disini juga anda boleh jumpa kawan lama.Disini saya jumpa sahabat saya masa belaja kat Jepun dulu.
Selain dari peniaga atas sampan,ada juga peniaga yg ala2 pasar malam.Souvenir pun dijual kat sini.So jangan lupa singgah disini juga.

Bersambung...

Hat Yai Night Market(GPS:7.001896,100.472331)

Lets find Halal Food in Thailand...
Pasar malam yg menjadi destinasi kami ialah disekitar Lee Garden.Ada banyak jenis makanan yg kita boleh jumpa.Perut kami dah penuh sebab makan kat floating market.Kami beli pun takat ala kadar saja.Senang kata pasar malam ni wajib dikunjungi.

Ramai orang dan kebanyakannya adalah rakyat malaysia

Cakoi dengan kaya hijau

Ustazah jual durian sorang sorang


Pulut mangga


teh tarik tepi jalan

Goreng2

Haiwan apakah ini?
Ameer dah penat berjalan dan Areef pun dah mengamuk nak tido.Maka kami pun balik la hotel.nasib baik hotel kami ni dlm kawasan night market ni.

bersambung...

Salma restaurant,Hat Yai

Lets find Halal Food in Thailand...
Hotel kami without breakfast.Malas nak amik sebab tujuan kami ke Thailand nak makan local food.So pada pagi tu kami berjalan ke Hamid Restaurant lagi.Tapi malangnya ramai org dan nak tunggu makanan sampai mungkin lambat.So kitorang jalan depan sikit(lebih kurang 50m) dan jumpa satu lagi restaurant muslim.

Restoran ni dari luar nampak ala kadar je tapi dalam dia pun cantik jugak.






Location : 50m  dari Hamid Restaurant
Speciality: Thai food
Budget: MYR20 above
Operation hour: morning until mid night
Serving time: 30 min(if crowded)
Capacity:50 person
Parking : not provided
Entertaintment: No
childseat:Couldn't find
toilet : provided
Surau:no
Credit card payment:Forgot to ask.But no VISA & Mastercard sign shows.





My Good comment:Lebih kurang sama mcm Hamid Restaurant cuma saiz kecik sikit.
My bad comment:Lebih kurang sama mcm Hamid Restaurant.
Lepas breakfast kat sini,kami pun terus berkemas utk bertolak ke Krabi.

Bersambung...

Welcome to Krabi,Tharapark View Hotel

Perjalanan pun diteruskan.Dari Wilayah Songkhla ke Trang dan akhirnya sampai lah ke Krabi.Jaraknya adalah 250km dan memerlukan 4jam  perjalanan.Perjalanan lancar kecuali di wilayah Trang yg sedang membangun.Banyak jalan yg sedang dilebarkan dan boleh membuatkan kereta anda kotor.Di sini juga tak banyak benda yg boleh dilihat kerana sini adalah agriculture area dan tupanya tak jauh beza dengan Malaysia.In fact,kitorang rasa mcm drive dari Jelebu ke Bera.

Akhirnya kami sampai ke hotel kami iaitu Tharapark View.Hotel ni agak terpencil sikit dan terletak di kawasan kampung nelayan melayu dan ada taman rekreasi.Hotel ni selesa dan kita boleh nampak PhiPhi island kalau cuaca baik.Yg confirm  boleh nampak ialah Pulau Ayam..Suasana hotel ni cantik,bersih dan staff semuanya ramah.Hotel ni taraf 2 bintang tapi service dia mmg top class.




Ao Nang,Krabi

Selepas berehat sebentar,kami pun keluar cari tempat yg best.Setelah round2 kat area pekan Krabi,kami decide utk ke Ao Nang.Mungkin terlalu awal kami round2 kat Krabi sbb Krabi happening waktu malam minggu saja.

Ao Nang terletak 15km dari hotel kami.Perjalanan ke Ao Nang disajikan dengan bukit batu kapur yang cantik dan perkampungan Melayu Thailand.Anda boleh lihat makcik2 bertudung naik motor,lepak kat depan umah dsb.

Bila sampai di Ao Nang,ternyata Ao Nang adalah tempat yg happening.Deretan kedai dan restaurant dikiri-kanan jalan.Pantainya cantik dan airnya jernih.Jauh di tengah lautan anda boleh nampak pulau2 kecil yg terdiri dari bukit batu kapur.




Perut pun sudah mula lapar.Jom makan.

Bersambung...