Follow

Agoda Penang

mobile

Big Red Strawberry Farm

Sebelum pulang ke Penang, kami singgah dulu ke Big Red Strawberry Farm. Lebih kurang 10km dari hotel kami tapi perjalanan mengambil masa 1 jam! Walaupun kami dah mencilok mengkut jalan pintas berpandukan GPS. Kami parking kereta terletak lebih kurang 200m dari pintu gerbang ini.
 
Jalannya menaiki bukit. Rupanya kami belum lagi tiba di Big Red. Ini adalah pintu gerbang cactus valley yg bukan destinasi utama kami disini. Kami terpaksa jalan kaki lagi lebih kurang 200m. Akhirnya sampai la tempat dibawah.
Kami ingatkan sudah sampai, rupanya kami terpaksa jalan kaki lagi sejauh 200m. Penat sungguh sambil menaiki bukit.
Setelah sampai kami pun mengambil basket plastic dan gunting dari kaunter. Syarat dan harga seperti digambar bawah.
Kawasan strawberry picking bukan berada dikaunter belakang ye. Ada kawasan tertentu saja yg dibenarkan untuk strawberri picking ni dan bergantung juga dengan masak tak masaknya buah dikawasan itu.Kami kena berjalan sejauh 200m lagi menaiki bukit untuk ke kawasan yang dibenarkan.
Setelah masuk, kami pun mula memetik buah strawberri.


Setelah selesai memetik, kami pun pulang ke kaunter untuk bayar. Semua strawberri kami beharga MYR57.