Cameron Valley Tea House

Plan asal kami adalah untuk ke ladang teh Boh di Sg. Palas. Oleh kerana hujan, lapar, traffic jam yang teruk, jalan ke sungai palas yg sempit dsb, kami pun teruskan perjalan kami dan terpaksa menundakan plan kami ini. Setelah tiba dihotel dan berbincang dengan wife semula kami decide untuk ke Cameron Valley Tea House yang terletak tak jauh dari hotel kami. Tak ramai yang singgah disini dan mudah untuk mendapat parking.
 
Kami ke Tea house untuk memesan teh dan celebrate birthday untuk Ameer dan Areef dengan cara yang unik.
Suasana disini cafe tak lah sibuk sangat dan tenang sahaja. Kami ambil tempat duduk dan yang paling tepi untuk menikmati panorama indah.


Akhirnya inilah kek yang kami pilih untuk birthday anak kami.
 



2 kek, 1 hazelnut tea, 1 teh n icecream...MYR29.
Teh disini memang teramat sedap. Rasa macam nak order lagi je. Kek pun sedap juga tapi ada kek yang lagi sedap disini. Selepas mengumpul tenaga kami pun turun ke ladang teh untuk bergambar. Tak lama kami disini sebab hujan sudah mula turun.


Kemudian kami ke kedai teh yang terletak ditepi cafe. Harga lebih kurang sama dengan kedai tapi dah alang2 sampai...beli la yang fresh.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan