Pasar Malam Brinchang

Selepas berehat dihotel, kami ke Brinchang untuk ke pasar malam. Jalan jam amat teruk maka kami parking kereta berhampiran dengan Iris Hotel dan berjalan kaki ke pasar malam. Saya pernah ke pasar malam sini dan jalan kaki ke pasar malam bukanlah masalah besar bagi saya.Hampir 10 tahun saya tidak ke sini rupanya tapak pasar malam sudah berubah. Kami terpaksa berjalan kaki sejauh 500m dan menaiki bukit. Memang letih.
 

Setelah sampai kami lihat kebanyakan peniaga menjual sayur dan buah terutamanya strawberri. Kami mencari sesuatu yang kami boleh makan untuk malam. Akhirnya kami beli udang goreng(MYR10), sotong goreng tepung( MYR10), nasi lemak (MYR1.50 x 2) dan juga jagung rebus(MYR3.50).
 Hujan semakin lebat dan kami terpaksa pulang ke hotel.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan