Follow

Agoda Penang

mobile

Kedai Makan Sedap: Santai, Tanjung Lumpur

Bukan senang nak cari makanan identiti tempatan di Kuantan waktu malam. Yg ada pun tak banyak dan kalau dok pusing2 benda yg sama je, boring gak. So kali ni kami ke restoran ala Thai yg nampak macam santai gitu...ya namanya pun Santai.
Makanannya mmg sedap dan tak macam restoran Thai lain di Malaysia. Restoran ni cuba sebaik mungkin utk menepati rasa Thai sebenar. 
Masa menunggu pun surprisingly lebih kurang sama dengan masa meng order. Memang cepat padahal kami order mcm2 jenis dan complicated gak tu. Lebih kurang 5~10min shj datang semua lauk2.

Location: Tanjung Lumpur, Kuantan. (Opposite Petronas towards Pekan) 
GPS: 3.794718, 103.334686
Serving: Seafood Ala Thai
Operation hour: Dinner
Capacity: about 200 person
Waiting time: about 10 min
Parking: provided
Toilet: provided
Babychair: provided
Entertainment: radio
MY summary: deserve to be one of the best Thai Restaurant in Kuantan. Org Kuantan yg x larat nak drive ke Thailand, boleh singgah sini. Recommended.Gabungan resepi terbaik and Really nice food!!

Siakap xxxxxxx(x ingat sebab nama siam)










Tom yum susu


lala






Kesimpulan: Antara kedai makan yang sedap di Kuantan.

Nasi lemak Kukus Pendekar Mustar

Ini adalah pengongsian dari rakan FB. Oleh kerana ianya unik dan niat murni pemilik warung memberi makanan free kepada yg layak, saya rasa elok saya hebahkan tanpa berlengah agar rezeki pemilik warung ni bertambah secepat mungkin. Orang dok kat area2 ni pun ada yg tak tahu warung ni. Insyaallah, soon saya akan singgah disini jika berkesempatan.
Sebarkan....













Mean Machine 2015

Kini acara tahunan Mean Machine di Autocity sudah bermula dari hari ini 31 Oct hingga 1 November 2015. Acara bermula dari 12pm~12pm tapi meriahnya selalu start dari pukul 5pm. Saya datang seawal 3pm untuk mengelakkan kesukaran mencari parking dan selalu hujan di waktu petang. Pada pandangan saya penyertaan kenderaan pada tahun ni agak berkurangan dari tahun sebelumnya. (Boleh lihat post sebelumnya dari blog ini).Tahun ni juga kita tak dapat menyaksikan booth antara penaja utama dari Blaupunkt pada tahun ni susulan dari penutupan operasinya seperti yg disiarkan dimedia.



















Still mcm2 ada disini. So jangan lepaskan peluang untuk melawati Mean Machine esok!

Lost World of Tambun

Sempena harijadi Ameer & Areef tahun ni, kami ke Lost World of Tambun, Ipoh. Keputusan dibuat setelah bermacam blog saya survey nak compare antara Lost World of Tambun dengan Bukit Merah laketown Resort. Pertama nak tahu berapa harga tiket masuk. Kami beli online je sebab katanya kat situ ada diskaun. Mmg ada diskaun tapi tak la banyak. So harga tiket masuk memalui online selepas GST adalah MYR50.4 untuk dewasa dan MYR44.07 untuk kanak2. Sekali fikir mmg mahal. Tapi kalau nak dibandingkan naik gajah kat Hatyai pun MYR60 sorang hanya utk 20~30 min baik lagi Lost World yg boleh enjoy berjam2.


Officially tiket ini adalah untuk sekali masuk. So make sure barang yg diperlukan dibawa masuk ke dalam Lost World ni. Parking kereta disediakan dgn bayaran MYR1 untuk sekali masuk. Security juga disediakan. Parking bukan masalah besar kat sini.
Selepas masuk kita akan dapat tag yg perlu dilekat kat tangan. Kemudian kita akan melalui check point utk check beg. Makanan adalah dilarang. Seeloknya makan tengah hari puas2 dekat luar dan kemudian baru masuk ke Lost World ni. Air mineral boleh dibawa masuk. Sebelum masuk kami dah beli 2 botol mineral besar letak dlm bag. Mungkin officially air pun tak boleh tapi pekerja dia tutup sebelah mata saja.

 lepas settle semua check point, maka sampai lah kami ke dalam Lost World.

Mula2 kami pergi main permainan yg tak basah contohnya mcm naik kuda, swan lake, roller coaster, tour train, petting zoo, rumah hantu dsb.






merak ni dilepaskan dan jalan merata2 dlm theme park ni.







Lepas spent lebih kurang 2 jam jalan2 theme park ni, kami pun start tukar pakaian untuk mandi. Untuk pakaian pula, theme park ni tak strict sgt. Boleh tengok gambar2 dibawah ni.
Bila dah berendam tu mestilah lapar. Dalam ni pun ada dijual makanan tapi harganya basically 2 jali ganda dari luar. Contohnya mee kari ni harganya MYR8. Tapi dalamnya ada udang besar dan sedapnya mmg jauh mengalahkan Mee Kari yg dikatan legend kat tgh bandar ipoh tu.
Terdapat pelbagai jenis kolam disediakan . Ada yg untuk kanak2, ada untuk dewasa, ada untuk family dan ada juga untuk ekstrim.


Ada medan selera berdekatan dengan kolam untuk kanak2. So mak bapak boleh tengok anak main2 kat dalam kolam tu sambil makan. Makanan kat sini pun sedap2 belaka cuma harganya 2 kali ganda dari luar. Contohnya mcm cendol kat dalam gambar ni, rasanya mmg superb. Harganya MYR4.50.


Kebetulan masa kami masuk sini time Halloween. hantu la sgt tapi bagi saya biasa biasa je. Ada persembahan depan kolam dan kelihatan budak2 besar enjoy dgn persembahan diorang.


Setelah hampir 3 jam berendam dlm air sampai mata pun dah merah, kami pun balik. Kol 5 adalah waktu sesuai untuk balik. Kalau tak jam dlm bilik persalinan. Bilik persalinan rasanya mampu menampung lebih kurang 100~200 org shj.


Kesimpulannya Lost World mmg tempat yg berbaloi utk dilawati.