8 Tempat makan dan free activity yang best di Kuantan

Selalu kalau orang luar ada tugasan atau plan bercuti ke Kuantan, soalan utama biasanya ialah
" Apa yg best kat Kuantan ni?". Saya berkesempatan tinggal di Kuantan selama 2 tahun dan berikut adalah rekomen saya secara ringkasnya. Utk detail dan lebih gambar boleh search dalam blog saya ni.

Makanan:
Makan malam Ana Ikan Bakar Petai
Terletak di Tanjung Lumpur ada yg kata tak sah kalau ke Kuantan kalau tak merasa ikan bakar petai kat sini. Rasanya lemak2 gitu. Start beroperasi dari Petang ke malam.(detail)




Makan malam Satay Zul.
Kalau lalu ke Teluk cempedak , sure jumpa tempat ni. Akan kelihatan orang start bakar arang diwaktu petang. Org mula ramai kat sini waktu malam.(detail)





Makan pagi Nasi Lemak Zaman
Terletak di tepi main road KL-Kuantan dan berdekatan dengan TUDM, Nasi lemak ni legendary sebab org kena beratur panjang kat dapur utk amik nasi lemaknya.(detail)




Makan pagi Nasi Kerabu D'Jelira
Terletak di Tanjung lumpur, tempat ni best utk makan pagi ala2 kelantan.(detail)






Makan Petang di Warung Paksu & Maksu
terletak di Tanjung Lumpur, tempat ni menyediakan macam2 makanan goreng waktu petang mcm keropok lekor dsb. Tapi cabaran pemilik kat sini adalah utk menyediakan beribu sata satu hari.(detail)






Tempat beriadah percuma sekeluarga:

Taman Teruntum
Terletak berdekatan dengan Teluk Cempedak, tempat ni adalah tumpuan paling utama utk keluarga beriadah. Ada mini Zoo, taman permainan dan lain2 aktiviti kanak2. Tempat ni mmg patut dijadikan contoh oleh majlis bandaran lain.




Teluk Cempedak
Selain pantainya mmg mengamit pengunjung kesini terdapat pelbagai restoran seperti KFC, McD, Burger King dan jenama2 besar yg lain disini.




Sungai Lembing
Terletak lebih kuran 40km dari Kuantan, anda akan rasa seolah2 "Back in Time" disini.(detail)



ada tempat lain yang anda syorkan? Silakan komen....

Things to do in Perlis

Nak ke Perlis tapi tak tahu apa yang best? Ok...ni yang saya rekomen untuk anda.

Makanan:
Kak Su Laksa
Restoran Anjung Keli

Tempat:
Gua Kelam
Padang Besar
Muzium Kota Kayang
Masjid Terapung Kuala Perlis

Sila click label" perlis" diatas.
Kalau ada orang Perlis yang nak bagi cadangan, amatlah saya alu alukan.

Gua Kelam, Perlis

    Asalnya Gua Kelam adalah bukan destinasi utama kami di Perlis. Dengan anak2 kecil, kami rasa agak tidak sesuai untuk dibawa masuk ke dalam gua ni. Namun selepas kami makan tgh hari di Anjung Keli dan sementara nak menunggu waktu yang sesuai untuk makan di Laksa Kaksu, kami perlukan aktiviti yang akan membuatkan kami lapar. Maka kami pun singgah disini. 
   Terletak 33km dari Kangar, perjalanan kami disajikan dengan pemandangan menarik seperti bukit batu kapur dan juga tasik Timah Tasoh. Apabila sampai disini, kami amat teruja dengan kehijaun alam yang terdapat disini. Parking tidak menjadi masalah.
 
 
   Dari sini kami perlu berjalan beratus meter untuk memasuki Gua Kelam. Rupanya disini juga terdapat air sungai yang sejuk dan juga taman permainan kanak2.Semasa berjalan kami mendengar pelbagai bunyi unggas dan juga deruan air sungai.


 Akhirnya kami tiba dikaunter tiket. Bayaran masuk(entrance fee) ke Gua Kelam adalam MYR2/dewasa dan MYR1 untuk kanak2.

 Setelah bayaran dibuat, kami pun meneruskan perjalanan.
 Gua Kelam ni memang gelap tapi ada disediakan lampu disesetengah tempat. Kami disajikan dengan bunyi air yang mengalir deras dibawah, air yang menitik dari atas dan juga bunyi kelawar.
 Disesetengah tempat ada disediakan titi gantung untuk kita berjalan. pendek kata tak susah untuk kanak2 dan juga warga emas berjalan didalam gua kelam ni.
 
 Setelah beberapa minit, tak silap saya 5~10min, kami pun tiba di pintu gua diseberang bukit sana. Pemendangan disini pun menarik dengan sungai dan juga pokok2 menghijau. Udara disini amat nyaman.
 Disini ada " Secret Garden" dan terdapat pelbagai pokok hiasan disini.
 Setelah hampir 30min disini, kami pun pulang dengan melalui pintu gua tadi.


Kedai Makan Sedap:Aziz Mee Pak Ngah, Sg.Dua Butterworth

#mee # sungai dua #udang # butterworth # sedap

Kalau anda menggunakan highway ke Alor Star dari selatan, jangan lupa singgah di Sungai Dua. Tak jauh mana pun tempat yang saya nak rekomen ni sebab jaraknya cuma 1km dari highway sahaja dan sebelum anda memasuki tol PLUS utara.

menu kegemaran
pemandangan dari luar

Time tak ramai orang

kaunter

pemandangan sawah dari restoran

Nasi goreng pun ada


Location: Sungai Dua, Butterworth, Penang. (Before Petron) 
GPS: 5.446320, 100.422400. Mudah je nak kesini.
Serving: Mee Udang, Mee Rebus, Char Koey Teow, Satay(Purnama), Sotong Kangkung
Operation hour: about 5pm~1am. Sometime open for lunch.
Capacity: about 100 person
Waiting time: about 5 min
Parking: roadside
Toilet: provided
Babychair: provided
Entertainment: radio
MY comment: Menggunakan resepi yang sedap sehingga menjilat pinggan dan antara kedai makan yang sedap di Pulau Pinang.

tolong share kan.

Kedai Makan Sedap: Satay Zul, Kuantan













Adress:

Terminal Satay Zul

Jalan Teluk Sisek
25250 Kuantan
Pahang
GPS: 3.816830, 103.339436
Serving: satay ayam, daging, perut, kambing, hati
Operation time: about 5pm~ midnight
Serving time: 15~20minutes
Capacity: about 100 person
parking: roadside
toilet: provided
surau: not sure
babychair: provided
entertainment: radio
My comment: Basically OK.