Follow

Agoda Penang

mobile

Lawak : Engineer vs Doktor

Seorang engineer masih tak dapat kerja setelah beberapa lama mencuba. Akhirnya si engineer decide nak buka klinik dan letak sign board besar di depan klinik " Dapatkan rawatan dengan MYR500 atau kalau masih tak baik, kami akan pulangkan MYR1000".

Seorang Doktor fikir mungkin ini cara terbaik untuk dia dapat MYR1000 dengan mudah.

Doktor: Saya hilang deria rasa kat lidah saya.
Engineer: Nurse...tolong ambil ubat dari box A dan bagi 3 titik kat lidah pesakit.
Doktor: Ni Petrol!
Engineer: Tahniah..anda dapat balik deria rasa anda. Chargenya ialah MYR500.

Doktor tak puas hati dan datang balik beberapa hari kemudian untuk dapatkan balik duitnya.

Doktor: Saya hilang ingatan.
Engineer: Nurse...tolong ambil ubat dari box A dan bagi 3 titik kat lidah pesakit.
Doktor: Itu Petrol!
Engineer:Tahniah..anda dapat balik ingatan anda. Chargenya ialah MYR500.

Kali ni Doktor jadi marah. Doktor tak puas hati dan datang balik beberapa hari kemudian untuk dapatkan balik duitnya.

Doktor : Daya penglihatan saya dah makin lemah
Engineer: Yg ni saya tak ada ubat....nah ni MYR1000.
Doktor: Eh...ini MYR500.
Engineer:Tahniah..anda dapat balik penglihatan anda. Chargenya ialah MYR500.