Chang Puak Camp, Hatyai

Antara aktiviti yang popular di Hatyai adalah menaiki gajah. Aktiviti ni boleh dilakukan di Chang Puak Camp(GPS: 7.056423, 100.511626) yg terletak lebih kurang 5km dari Hatyai Icedome menghala ke Songhkla. Beroperasi setiap hari bermula dari pukul 8am hingga 5pm waktu Thailand. Selain itu, aktiviti menaiki menunggang ATV dan BB gun shooting juga disediakan. 

Harga tiket adalah THB500 utk dewasa dan THB250 utk kanak2. Seekor gajah boleh dinaiki oleh dua orang sahaja. Selain itu anda juga akan diminta sama ada nak beli makanan utk gajah atau tak. Selalunya orang beli la. Sebakul pisang dijual THB100. Ada beberapa staff boleh berbahasa melayu so no problem.

Makanan gajah boleh diberi sebelum atau selepas kita naik gajah. 


Masa yg diberi adalah 30min melalui jungle trek yg disediakan. Nak kata jungle pun tak la jugak tapi mencabar bila time gajah tu menjunam masuk ke dalam air. Dengan tak ada seat belt, mmg rasa mcm naik roller coaster pun ada.



Basically aktiviti menaiki gajah ni boleh la dikatakan berbaloi cuma agak mahal. Dgn duit Malaysia yg jatuh, kami spent lebih kurang MYR200 disini hanya utk 30min. Kalau kat Malaysia mcm2 dapat. Lepas turun dari gajah, nanti ada orang datang jual gambar kita naik gajah dengan harga THB170 sekeping.