Kellie's Castle

Selepas 20 tahun , saya kembali melawat Kellie's castle. Antara produk pelancongan terkenal di Perak. Kalau dulu saya masuk free je tapi kali ni berbayar. Tiket sebanyak MYR5/dewasa dan MYR3/kanak2 dikenakan. Parking MYR2/kereta juga dikenakan.So total berjumlah MYR18 untuk kami sekeluarga hanya untuk 30min. Agak mahal kami rasakan hanya untuk melawat bangunan tinggalan Inggeris. Sedangkan Muzium Negeri Pulau Pinang yg juga bangunan zaman British yang sarat dengan info sejarah pun cuma mengenakan bayaran MYR1 shj. Rumah kelahiran P Ramlee yg penuh dengan info menarik pun free je. Saya harap kerajaan negeri dapat memainkan peranan dlm mengurangkan harga tiket. Saya rasa pemuliharaan bangunan ini tak memerlukan kos yang tinggi.

Tapi setelah merentasi jalanraya dari Ipoh yg banyak traffic light dan juga bonggol, takkanlah bila tengok tiket masuk mahal, kita balik terus je kan? So kami pun masuk je lah.

















So kalau datang ke Perak, jangan lupa singgah ke tempat menarik ini.