Follow

Agoda Penang

mobile

Old Town Ipoh

Kalau ke Ipoh, tak sah kalau tak singgah dan bergambar dengan Mural yg dilukis oleh Ernest Zacharevic. Zacharevix adalah artis kelahiran Lithuania tetapi mula terkenal di Malaysia. Lukisannya terdapat di Penang, Johor, Singapore dan yg terbaru adalah di Ipoh. Berbeza dengan hasil seninya yg lain, lukisan beliau di Ipoh adalah bersaiz besar. Saya percaya lukisan beliau di Ipoh adalah atas jemputan kerajaan negeri Perak untuk menaikkan lagi tarikan pelancong ke negeri ini.
     Matlamat utama ialah bergambar dengan "orang tua minum kopi" tapi susah nak jumpa. Jalan punya jalan akhirnya kami jumpa mural ni. Dalam perjalanan pun terdapat pelbagai tarikan lagi disini seperti gambar dibawah. 


Ameer & Areef awal2 lagi tak nak bekerjasama cari mural




Rupanya lukisan ini terletak betul 2 dihadapan pejabat Perak Tourist Information Center. Setelah bergambar kami pun masuk ke pejabat dan disini kami dapat pamphlete yg menunjukkan dimana lokasi mural ni berada beserta dengan GPS. Saya tak pakai phamplete tu sebab ada kekurangan info. Tak ada masalah kalau nak pakai phamplete tu kalau ada masa yang panjang. Oleh kerana kami ada anak kecil dan masa pun sudah tengah hari, so kami cuma boleh 2 the best mural untuk bergambar. Maka kami lebih kepada tanya orang yg lalu dekat situ.




Setelah dapat bergambar dengan 2 mural, kami pun bergerak ke Stesen Keretapi Ipoh dengan kereta. Basically disini kami bergambar dan mencari sesuatu yang classic. Kami terjumpa sign board seperti dibawah.


Ameer yg dah boring.

Lepas tu kami pun pergi ke destinasi berikutnya iaitu Kellie's Castle.

Kepada sesiapa yg nak cari mural ni, saya ada attach kan map yg disediakan oleh Kenwooi ni. Siap ada GPS lagi.