Penang-Padang Besar-Hatyai-Songhkla

Ini kali kedua bulan ni kami ke Hatyai dan kali ni kami bersama puteri kesayangan kami Adelia. Kami bertolak dari Butterworth pukul 5:45pagi.Dalam perjalanan ke utara kami lihat sudah banyak kereta menghala ke sempadan dan kami tak dapat singgah bersembahyang subuh di RnR Gurun kerana parking dah overloaded. Kami tiba di Changloon pukul 7:15am dan sempat lagi sembahyang subuh. Kebetulan kedai insurans Thailand ada disebelah masjid sahaja.Kemudian kami terus ke sempadan Bukit Kayu Hitam. Agak terkejut kami kerana jalan sudah jam 2km dari immigration Malaysia.Setelah melayan jam selama 30min, kami membuat keputusan untuk U-turn dan memasuki Thailand melalui Padang Besar.

imegresen Padang Besar Thailand
Perjalanan menganbil masa lebih kurang 20 min ke Padang Besar dan perjalanan kami lancar hingga memasuki immigration Thailand. Agak ramai disini sebab ramai lari dari Bukit Kayu Hitam dan proses mengambil masa selama 30~40min.
Ini kali pertama kami melalui Padang Besar Thai dan cabaran kedua ialah mencari kedai Pengurup Wang di padang Besar ketika 1st day Chinese New Year. Alhamdulillah kami jumpa kedai dibawah ni.


Town Padang Besar
Jam sudah menunjukkan hampir pukul 10am dan kami perlu sarapan pagi. Kami jumpa gerai ni yang menjual sarapan pagi. Terletak bersebelahan dengan landasan keretapi(GPS: 6.669898, 100.325704)



Train on the move

Tak banyak pilihan disini dan basically kami ambil pulut & nasi Ayam. Semuanya berharga THB290. Agak mahal dan better makan kenyang2 kat restoran mamak kat area changloon.

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Hatyai yg mengambil masa 1jam lebih. Kami tinggal di hotel budget shj dgn kos MYR60 tapi kami rasa berbaloi. Setelah berehat kami dan tiba untuk makan tengah hari, kami pun bertolak ke Zaina Restaurant. Kami pernah makan pagi disini 3 minggu lepas.




Tomyum

kerabu seafood

Seperti yang kami jangkakan, masakan disini mmg sedap. Restoran ni mmg jadi tumpuan warga Thai walaupun yg bukan islam. Maknanya mmg sedap. Kami berbelanja THB960 disini. Kemudian kami ke Hatyai municipal park dan menaiki bukit untuk melihat pemandangan Hatyai dari atas.
Setelah sampai diatas, kami singgah di Hatyai Observatory.Bangunannya nampak futuristik.
Tiket sebanyak THB20 dikenakan kepada dewasa dan kanak2 free. Terdapat banyak teleskop disini namun sedikit mengecewakan teleskop hanya digunakan untuk melihat matahari. Alangkah baiknya pusat ini dibuka hingga malam untuk melihat bintang.


Selepas 15min kami pun keluar dari pusat itu dan berjalan disekeliling.

pemandangan Hatyai



Selepas 30min , kami bertolak ke destinasi wajib iaitu Klong Hae floating market. Untuk mengetahui lebih detail mengenai Floating markiet ni, Boleh lihat cerita kami di post yang sebelumnnya.
Floating market

Hari hampir malam dan kami pun pulang. Setelah bersiap kami bergerak pula ke Night Market dan menghabiskan malam kami disana.
Keesokannya kami bersarapan di Zaina Restoran sekali lagi.Kami makan  3dimsum, nasi kerabu, roti canai 3, roti pizza, bubur nasi beberapa kuih tempatan yg kami x tahu nak explain dan beberapa air. Semuanya berjumlah THB460. Mmg berbaloi.

Roti canai


Roti canai pizza

Kemudian kami ke Songhkla Zoo. Harga tiket adalah THB150 utk dewasa dan kanak2 free. Boleh bawa masuk kereta ke dalam Zoo.Terlalu ramai orang kali ni sebab cuti sekolah + CNY hinggakan haiwan hilang konsentrasi semasa persembahan. Persembahan terpaksa ditamatkan 15min awal.

Rusa bebas berjalan kat sini

Adelia tengok zirafah

Boleh bagi zirafah makan

Bagi burung makan
Kami penuhkan aktiviti kami di Zoo dengan melawat binatang dan memberi makanan. Pelawat dibenar untuk keluar makan tengah hari dan masuk kembali. Kami makan di Samila Beach. Ingat nak pergi ke restoran lain tapi kami end-up dengan restoran yang sama iaitu Restoran Makanan Islam.


Kami makan tomyam, kerabu seafood, telur goreng 2, daging masak merah dan semuanya berharga THB550.
Selepas makan kami masuk semula ke Zoo untuk tunaikan hajat ameer. Dlm Zoo ada water theme park. Ameer spent 20~30min disini. Water park disini free!

Selepas Ameer penat, kami pun pulang ke Penang.

Semogo cerita kami yg ringkas ni membantu anda dlm merancang perjalanan ke sana...

Kedai Makan Sedap: Yong Tau Foo Bagan ajam



Sejak kebelakangan ni saya selalu bersiar di area pantai bersih untuk menikmati pemandangan cantik Pulau Pinang dari seberang Perai. Selepas bersiar saya akan melalui satu jalan dimana disitu ada terdapat banyak gerai. Namun ada satu area ni memang penuh orang. 2, 3 kali dah saya lalu dan memang penuh. Kali ni saya singgah untuk mengetahui kenapa.

Lokasi : Bagan Ajam (GPS: 5.448007, 100.380209)
Operation time: 4pm~8:30pm
Serving: Yong Tau Foo
Waiting time: 20~30min( ramai. sebab tu kami order cucuk udang sementara menunggu)
Parking: roadside
Toilet: No
Entertainment: no
Budget: mcm gambar
padangan luar
kami mengambil tempat

pilih lauk apa yang kita nak
Basically Yong Tau Foo disini adalah jenis sup. Selepas itu kita perlu memilih sama ada kita nak ia datang bersama bihun, koeyteow ataupun mee. Kami pilih koey teow dan bihun.Kemudian nombor akan diberi. Kami dapat nombor 27.
sementara tu kami order cucur udang ala2 padang kota lama. Memang sedap. Harga MYR3.



Selepas kena cucoq udang!


Nyam Nyam...MYR7.20.


Selain dari saiz mangkuk yang besar, rasanya memang sedap. Tak ada masalah untuk yang ada masalah tekanan darah tinggi sebab tak masin.
Suasana dapur


Bayar disini


rupanya bil ada diletakkan dibawah mangkuk


Dah kol 5pm.Makin berduyun orang datang.
Gabungan resepi terbaik and Really nice food in Penang!!