Follow

Agoda Penang

mobile

Pulut Ayam Thai, Penang

Utk orang yang pernah merasa kesedapan makanan Thai original sama ada di Bangkok, Hatyai atau Krabi, semestinya mereka akan cuba mencari masakan yg sama tetapi di Malaysia. Restoran Thai mmg banyak tapi rasanya tak sama mcm di Thailand. Itu baru bab restoran makan berat mcm Tokyam dsb tapi bagaimana pula makanan ringan? Pernah jumpa? Sebenarnya agak susah utk mencari makanan Thai original yang simple2 di Malaysia ni mcm pulut Ayam, laksa thai dsb. Even di bukit kayu hitam pun, kena masuk Danok baru jumpa. Kalau larat jalan jauh sikit ke Kuala Perlis, boleh jumpa satu gerai kecik Makcik Satun.Baru2 ni saya terjumpa satu promosi yg dibuat oleh owner ke dalam satu laman sosial. Yg bestnya ia terletak di Penang. Saya sempat berhubung dengan owner dan berikut adalah info2 yg ingin dikongsikan.



khao mok kai set rm5

pulut pandan ayam thai set rm5

pulut pandan sotong goreng set rm6



laksa thai set rm4

Harga sama mcm Thailand cuma tak perlu bazirkan masa 2 jam driving, tol, petrol dan duit rasuah kat Imigresen Thailand....hehehe. Gerai ini juga menyediakan delivery service utk minimum dua set
caj delivery rm3 area delivery bayan lepas, bayan baru .sg.ara, bukit gedung, kampong jawa, kilang fasa 1 fasa 2 fasa 2.
Kalau berminat utk membuat tempahan, anda boleh  CALL 0174297530 utk lanjut. No Telephone yg tertera dalam gambar sudah tidak aktif.
So kalau nak rasa authentic Thai, jangan malu mencuba. Sekian.