Tips kurangkan dos atau berhenti ubat darah tinggi


Image result for hypertension

Anda mungkin mempunyai tekanan darah tinggi (hipertensi) jika bacaan tekanan darah anda secara konsisten 140/90, atau lebih tinggi, dalam tempoh beberapa minggu.


Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi, tekanan yang lebih tinggi ini meletakkan tekanan tambahan ke atas jantung dan saluran darah anda. Dari masa ke masa, tekanan tambahan ini meningkatkan risiko anda mendapat serangan jantung atau strok.

Tekanan darah tinggi juga boleh menyebabkan penyakit jantung dan buah pinggang, dan berkait rapat dengan beberapa penyakit lain.

Kaedah yg selalu digunakan untuk mengawal tekanan darah adalah dengan memakan ubat. Namun ubat darah tinggi juga mempunyai banyak kesan sampingan. Doktor akan menilai dan hanya memberikan ubat kepada anda jika kebaikkannya melebihi dari tahap keburukan. Namun ada pakar yang mempunyai pandangan berbeza dan membuat kesimpulan seperti dibawah:
  • Tidak ada manfaat untuk individu yang bacaan diastoliknya kurang dari 100mm Hg.
  • Tidak ada bukti kukuh untuk menyatakan seseorang perlu diberi ubat untuk bacaan sistolik tertentu
  • Tekanan darah berbeza setiap keadaan. Adalah lebih baik untuk mengambil bacaan dalam pelbagai situasi sebelum menentukan seseorang individu itu perlu diberi ubat darah tinggi.
  • Adalah lebih baik untuk menghentikan tabiat merokok terlebih dahulu jika tekanan darah atas sikit dari border line.
Dengan maklumat yang mudah didapati kini, ramai juga yang risau jika mereka mungkin mengidap apa2 penyakit kronik. Lalu rasa gementar ketika pemeriksaan kesihatan dijalankan dan mengakibatkan bacaan tekanan darah yang tinggi. Ini dipanggil "white coat hypertension". Jika anda rasa anda dalam golongan ini dan doktor menasihatkan suruh anda datang lain hari untuk mendapatkan bacaan; langkah terbaik adalah membeli alat bacaan tekanan darah tinggi. Antara jenama yang dipercayai adalah omron. Ambil bacaan dirumah selama beberapa hari dlm pelbagai situasi dan kemudian bincang dengan doktor, Mungkin anda sebenarnya tidak perlu mengambil ubat darah tinggi dan cuma perlu mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Adalah lebih selamat jika anda invest MYR200 daripada anda terpaksa memakan ubat darah tinggi selama lamanya.

Ubat darah tinggi tidak akan mengubati penyakit darah tinggi dan ia hanya berfungsi sebagai langkah pengawalan sahaja. Maka kalau seseorang itu tidak melakukan sesuatu perubahan dan hanya memakan ubat sahaja, maka individu tersebut terpaksa mengambil ubat seumur hidup.

                                    Image result for hypertension drugs

Penyakit darah tinggi sebenarnya adalah simptom dan bukannya penyakit. Sebagai contoh seorang pesakit pneumonia atau radang paru2 yang datang ke klinik dengan simptomnya ialah demam. Kalau doktor hanya merawat demam, lambat laun pesakit itu akan mati. Begitu jugalah dengan darah tinggi. Punca darah tinggi haruslah dikenal pasti dan dirawati.

Menurut beberapa pakar, badan kita mempunyai mekanisma untuk memperbaiki sel sel yang rosak dengan sendirinya jika kita mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Antara kaedah yang drastik tetapi mempunyai peratusan yang tinggi untuk pulih dari tekanan darah tinggi adalah dengan mengamalkan Water Diet. Pada mulanya diberikan sayur dan buah buahan sahaja diet selama 2~3 hari, kemudian disambung dengan minum air sahaja selama 10~11 hari. Dipertengahan makanan rendah lemak, kurang garam dan vegan diet akan diberikan dan disambung pula dengan water diet. Cara ini sangat ekstrem dan di US ia dilakukan dengan pemantauan doktor. Menurut PubMed.gov daripada 174 subjek yang menyertai program ini, 90% berjaya mengawal tekanan darah mereka dan berhenti menggunakan ubat darah tinggi. Paling banyak penurunan dicatatkan daripada subjek yang mempunyai tekanan darah 180/110 mmHg pada peringkat awal.

Namun di Malaysia kita tidak ada kemudahan seperti di US. Jika kita jumpa doktor, sudah tentu doktor akan syorkan ubat darah tinggi. Maka antara kaedah yg lebih selamat adalah dengan mengamalkan vegan diet. Vegan diet adalah diet yang hanya memakan tumbuhan termasuklah tidak mengambil susu, telur dan sbg. Menurut hasil kajian , mengeluarkan daging dari diet membawa kepada pengurangan tekanan darah dan pada masa sama mengurangkan berat badan serta risiko penyakit cardiovaskular. Ini dibuktikan lagi dengan negara yang tidak mempunyai laut(landlock) atau bergantung kepada sumber daging mempunyai kadar kematian yang tinggi akibat dari penyakit carviovaskular contohnya Tukmenistan, Uzbekistan, Kazakhstan, Kygyztan dsb.
Image result for kyrgyzstan food

Namun strict vegan juga tidak bagus untuk kesihatan kerana kekurangan beberapa zat penting dalam memastikan kesihatan saluran dan peredaran darah. Dan tanpa diet yang seimbang, usaha untuk pulih dari tekanan darah tinggi tidak akan berhasil. Sebenarnya ada juga sesetengah pengamal diet ini yang akhirnya mendapat tekanan darah tinggi. Contoh nutrient yang kurang dari pengamalan vegan ini adalah:

Protein- Secara amnya diet vegan kurang mengandungi protein sedangkan protein adalah penting dalam pembaikan sel. Protein mudah didapati dari sumber haiwan contohnya ayam. Antara elemen protein yang selalu disebut2 dalam membaiki saluran darah adalah Arginine. Arginine didapati banyak terdapat dalam ayam belanda(dada 16g) dan juga ayam(dada 9g). Namun ada yang berpendapat sumber protein dari haiwan tidak effektif dalam membasmi tekanan darah tinggi. Jadi sumber protein yang disyorkan adalah datang dari soya contohnya tauhu, tempeh dsb. Soya juga sebenarnya tidak baik untuk kesihatan kerana kebanyakan soya dizaman ini datang dari hasil perubahan genetik yang boleh menyebabkan masalah lain. Namun menurut kajian, soya yang melalui
proses fermentasi seperti tempe tidak menunjukkan kesan2 sampingan dari pengambilan soya berlebihan.

B12- Adalah vitamin yg berpunca dari haiwan. Kekurangan vitamin ini akan mengakibatkan atheroclerosis(saluran darah mengeras) dan akhirnya mendapat penyakit cardiovascular. Untuk pengamal vegan diet, vitamin ini perlu didapati dalam bentuk supplement.(B complex)

                                            Image result for vegan
 Untuk yang mungkin perlukan contoh; saya cadangkan resipi dan cara mengamalkannya dibawah.

Resipi

Masa penyediaan: 10 min

Bahan:
100g                  tempe
100g                  tauhu
1 biji                  bawang besar
4 biji kecil         bawang putih
1 hiris kecil       halia  
1/4 kuntum       broccoli
1/4 kuntum       bunga kobis
0.2 cup              carrot
1/2 sudu besar  kunyit
6 biji                 lada hitam
suku sudu kecil garam bukit(iodize)
4 sudu besar      minyak zaitun extra virgin
sedikit air

Cara:

  • Tumis tempe, tauhu, bawang putih, halia sampai kuning
  • masukkan sedikit air
  • masukkan kunyit, lada hitam, garam, broccoli dan bunga kobis
  • Gaul hingga masak dan siap untuk dihidangkan.

Fakta:
Tempe- selain membekalkan protein, tempe juga dikatakan mempunyai enzim untuk meleraikan darah beku.
Tauhu - selain dari membekalkan protein, tauhu juga mengandungi kalsium. Salah satu nutrient yang diperlukan oleh saluran darah untuk berfungsi dengan baik.
Bawang : Mempunyai proanthocyanidins Oligomeric (OPC). Ia melawan radikal bebas dan menyokong aliran darah, tekanan darah, dan saluran darah. lagi baik kawal dimakan mentah.
Halia - mengurangkan cholesterol dan menghalang darah dari membeku(clot).
Broccoli & Bunga Kobis - Mengandungi pelbagai nutrient dalam menyokong kesihatan
Carrot - Selain berfungsi sebagai pelengkap zat dalam resipi ini, carrot mempunyai fiber yang membuang cholestrol.
Kunyit - Mengandungi curcumin dalam mengahalang pembentukan plak pada saluran darah.
Lada hitam - Mengandungi Piperine yang diperlukan untuk penyerapan curcumin. Tanpa lada hitam, kunyit tidak bermakna.
Garam - Iodin perlu utk thyroid berfungsi dengan baik.
Minyak Zaitun - Mengandungi polyphenols, antara elemen penting dalam penurunan tekanan darah. Kebaikannya banyak disebut dalam jurnal perubatan dan al-quran.


Nutrien untuk resipi ini. Boleh dikatan seimbang dan lengkap.

Seperti diberitahu tadi, diet ini kurang mengandungi vitamin B. Juga kurang mengandungi Zinc dimana zinc juga penting dalam mengawal tekanan darah yang baik. Maka anda perlu dapatkan nutrien ini dari supplement. Supplement yang saya syorkan adalah Surbex Zinc kerana mempunyai vitamin B complex dan Zinc dalam satu tablet selain vitamin C,E dan folic acid.

Tak semua orang berjaya dengan menjadi vegan tapi anda juga boleh menambah peratusan untuk pulih dengan menambah ubatan ayurveda yang pupular dari gabungan bawang putih, halia, cuka, cuka epal dan madu. Resipinya boleh didapati dari internet atau anda boleh membelinya. Antara jenama yang disyorkan ialah Pati Herba Madu.

Berbalik kepada resipi diatas, untuk golongan yang bekerja saya syorkan kerja memotong dilakukan pada malam dan kemudian disimpan didalam peti ais. Esok pagi sebelum pergi kerja, terus masak. Jimat masa. Bawa bekal ini ke tempat kerja anda sebagai sarapan pagi dan tengah hari. Diwaktu malam anda boleh makan sayuran lain ataupun memakan oat. Jika anda jemu makan masakan yang sama setiap hari, kreatifkan resipi anda dengan menambah cendawan, tomato, kentang, cili cameron highland dan kalau boleh pelbagaikan warna didalam masakan itu. Pada hujung minggu anda boleh kembali ke diet asal tapi masih lagi perlu menerapkan pemakanan yang sihat.

Image result for healthy diet foods

Seperti yang dikatakan, kemungkinan untuk tekanan darah anda kembali normal adalah tinggi dan anda harus sentiasa mengawasi tekanan darah anda supaya tidak terlalu rendah. Tekanan terlalu rendah akibat dari pengambilan ubat darah tinggi adalah amat berbahaya. Tidak sama dengan tekanan rendah secara semulajadi. Segera dapatkan doktor jika anda rasa pening2, hampir pitam atau sebarang abnormal yang anda alami. Menyediakan alat bacaan darah tinggi dirumah adalah yang terbaik. Juga anda boleh membawanya ke pejabat. Ambil bacaan dalam pelbagai situasi dan dapatkan nasihat doktor. Doktor akan mengurangkan dos secara berperingkat dan menghentikan ubat darah tinggi anda jika perlu.

Menurut seorang pakar, target tekanan darah jika mengambil ubat adalah 85~90 diastolic dan bukannya rendah dari itu. Badan perlu diberi ruang untuk merawat punca tekanan darah tinggi. Jika anda berjaya menghentikan pengambilan ubat, target tekanan darah anda seterusnya ialah 110/70mmHg. Biasanya dos ubat tekanan darah tinggi boleh dikurangkan kepada setengah pada peringkat awal diet ini dan kemudian diturunkan seterusnya secara berperingkat. Kecuali jenis Beta Blocker(Atenolol, propanolol, bisoprolol dsb) ianya perlu diberi perhatian lebih oleh doktor kerana kesan pengurangan dosage yang tidak betul boleh membawa kemudaratan.

Kesimpulannya, ada harapan untuk pulih dari tekanan darah tinggi. . Harap artikel ini memberi manfaat kepada pembaca dan disampaikan kepada pengidap tekanan darah tinggi yang lain. Selamat mencuba! Sekian.


Sumber:
https://www.drmcdougall.com/health/education/health-science/common-health-problems/hypertension-high-blood-pressure/
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/11416824
http://articles.mercola.com/sites/articles/archive/2014/03/10/lowering-blood-pressure.aspx
https://authoritynutrition.com/is-soy-bad-for-you-or-good/
http://www.livestrong.com/article/326854-what-are-the-effects-of-vitamin-b12-on-blood-pressure/
http://www.health.harvard.edu/heart-health/key-minerals-to-help-control-blood-pressure
https://www.drsinatra.com/eat-these-foods-that-lower-high-blood-pressure
http://www.webmd.com/hypertension-high-blood-pressure/news/20000329/extra-virgin-olive-oil-reduces-need-blood-pressure-medication#1
http://www.worldlifeexpectancy.com/cause-of-death/coronary-heart-disease/by-country/
http://www.livestrong.com/article/520177-effects-of-zinc-on-blood-pressure/
https://www.drsinatra.com/white-coat-hypertension-and-high-blood-pressure-readings