Restoran Mak Jah, Danok Thailand.

#makan #danok #daging bakar #halal #thailand #menarik #sedap

Day trip yang amat memenatkan ke danok, Thailand. Mula2 keluar Malaysia dengan kereta. Lepas sejam masih dalam kereta hampir tak bergerak dalam kawasan imigresen Malaysia. Ikut perkiraan mungkin lagi 4 jam untuk sampai ke imigresen Thailand walaupun jaraknya cuma 1km lebih. Last2 decide u-turn masuk balik Malaysia, tinggalkan kereta di tepi jalan dan jalan kaki ke Thailand. Jalan kaki selama 20 minit di bawah matahari terik. Kesian kat tok, ameer dan areef. Lepas tu perlu 1 jam lagi untuk urusan imigresen. Kemudian jalan kaki lagi 600m ke restoran Kak Jah yg di rekomen wife. Wife dok mengidam nak makan Ikan puyu goreng.






Nasib baiklah kami dihidangkan dengan masakan Thailand yang sedap di Restoran Kak Jah Danok ni. Berikut adalah serba ringkas tentang restoran ni.


Location: Dari imigresen Thailand, jalan kaki 500m then masuk simpan ke kanan.(Samnak Kham, Sadao District, Songkhla 06050, Thailand)
Speciality: Ikan Puyu Goreng, Kengsom, Daging Bakar, 
budget: MYR157 untuk 5 orang makan seperti gambar dibawah
Operation time: Pagi ke malam
capacity:150 person(estimate)
childseat: provided
toilet:provided
parking:provided
Entertainment: tv











ikan puyu goreng danok





restoran kak jah dari luar

 Selain makanan yang sedap, ruang makannya juga selesa sesuai dengan cita rasa orang Malaysia. Selepas makan, kami pun berjalan pulang ke arah sempadan dan membeli sedikit makanan ringan untuk dibawa pulang.

7 eleven Danok. Wajib bagi kami untuk beli Ovaltine disini.

Pulut mangga danok.

Boleh beli pulut ayam juga dengan harga lebih kurang THB80

salah satu gerai pulut mangga
Pulut mangga beharga THB60





Beli kacang gajus THB200.



Nenas THB20

taxi motor MYR10 sehala. Naik berapa orang pun tak apa.

Lepas makan balik ke Malaysia dengan motosikal. Masing2 dah tak sanggup jalan kaki balik. Kesimpulannya, masuk Danok dah tak macam dulu lepas bangunan dan sistem baru dilancarkan. Sepatutnya masa menunggu makin singkat tapi yang jadi adalah sebaliknya. Dulu kami boleh sebulan 3 kali masuk Thailand tapi lepas ni setahun sekali pun belum tentu.