Swiss court apartment damai laut


Salam kepada pembaca setia blog ni. Just nak share pengalaman kami bercuti menggunakan voucher percuma 3 hari 2 malam oleh SGI Vacation club. Voucher ni diterima setelah saya hadir ke sessi taklimat oleh SGI Vacation club di Swiss garden Sungai Petani. Setelah selesai taklimat, baru la dapat voucher ni. Saya diberi pilihan untuk menginap dihotel Swiss-Garden Residences Bukit Bintang Kuala Lumpur; Swiss garden Kuantan dan Swiss-Court Holiday Apartments Damai Laut.  Pada mulanya saya cuba booking KL tapi susah nak dapat dan tarikh pun tak sesuai dengan saya. Akhirnya saya mengalah dan ambil Damai Laut.

Damai Laut ni rasanya ramai yg dah pernah pergi dan tahu betapa terpencilnya tempat ini dan susahnya nak cari makan. Disini nanti kami akan kongsikan tempat makan yang berdekatan dengan swiss Garden ni.

Kami bertolak dari Penang melalui jalan lama bermula pukul 9am dan dijangka tiba pada 12pm. Tepat pada waktu makan tengah hari. Tapi kita dah tahu pasal susah nak cari makan, maka kami singgah makan di pekan Trong. Restoran Selera Mak Wok nampak macam well established dan mungkin inilah satunya Restoran yang sebegini disepanjang perjalanan ke Damai Laut. Memang ada beberapa warung lain ditepi jalan cuma mungkin lauknya tak banyak jenis dan kurang selesa. Disini lauknya ada lebih urang 30~40 jenis dan sedap belaka. Harganya berpatutan dan selesa.








Selepas makan , kami teruskan perjalanan dan singgah di Billion Pantai Remis untuk membeli makanan ringan untuk bekalan di apartment nanti. Selain Billion, ada kedai 99 Speedmart yang boleh membantu kita berjimat. Kami tiba di Damai Laut pada pukul 2pm dan check in. Damai Laut kalau nasib tak baik mungkin kena musim lalat. Alhamdulillah masa kami sampai, lalat terkawal juga. Boleh kata kalau jumpa pun tak sampai sepuluh. Terdapat block A, B, C, D, E dan F dan didalam blok tu sendiri ada yang jenis apartment 2 bilik, Apartment 1 bilik dan ada juga yg Studio.(tak ada bilik. Kitchen , bilik tidur, ruang tamu setempat).



 Setelah berehat, kami pun bersiap ke swimming pool. Peraturan disini tak ketat sengat. pakaian macam Ameer & Areef ni pun dah OK. Cuma sedikit komen dari saya ialah kalau boleh kolam kanak2 ni dibesarkan sikit. Kebanyakan yang nak mandi sangat kolam ni sebenarnya budak2. Pelampung juga disediakan dengan bayaran MYR5~20. Kami ambil pelampung yang paling besar beharga MYR20 sejam. Kalau pecah, kena ganti MYR100. Selain tu disini ada permainan dart, sauna secara percuma. Aiskrim, Satay dsb pun ada cuma harganya boleh kata 2 kali ganda dari biasalah.




 Lepas puas bermandi manda, tak sah rasanya kalau tak menikmati sunset disini. Sunset matahari terbenam di sini adalah antara yang tercantik di Malaysia.




 Selepas menikmati pemandangan indah sewaktu matahari terbenam, kami pun mencari port makan malam yang berdekatan dengan Swiss Garden ni. Kami ke MAME Mee Udang yang terletak di Batu 3 Segari 9km dari Swiss Garden. Makanan dan harganya menepati cita rasa. Cuma masa menunggu makanan tu agak lama juga la.(20~30min). Lepas makan, kami pun pulang ke Swiss Garden.


 Esok paginya saya pergi ke Batu3 Segari lagi untuk mencari makanan untuk dibawa balik ke Swiss Garden. Disini ada 2~3 gerai menjual sarapan pagi dan ada 1 warung roti canai. Harga pun berpatutan dan sedap. Kami makan di apartment sahaja. 
Selepas makan, anak2 dah tak sabar nak mandi kolam lagi. So kami ke kolam mandi lagi dari 9am hinggalah ke 10am. Kemudian suruh anak2 buat kerja sekolah. 

 Kami Check out pada 12pm. Walaupun voucher untuk 2 malam, kami guna 1 malam sahaja. rasa berat hati nak tinggalkan apartment sebab rasa macam tak puas. Tapi apa kan daya , esok anak dah nak sekolah. Voucher SGI hanya boleh digunakan pada Ahad~Khamis sahaja.(weekday). Walaupun ramai yg memberikan komen negatif tentang apartment ni, tapi alhamdulillah ianya tak terjadi kepada saya sekeluarga. Kami terutamanya anak2 amat gembira dengan percutian ini.