Tokyo travel log

Salam;
Atas permintaan kawan2, saya pun tulis lah travel log yang panjang ni untuk dijadikan rujukan kepada yang berminat ke Tokyo. Semuanya bermula apabila kami berpeluang membeli tiket murah dari Thai Airways dengan harga MYR890/dewasa dan MYR650/kanak. Lebih murah dari Airasia yg menawarkan MYR1200 utk masa yang sama. Selain dari ada makanan, entertainment dsb, timing TG lebih baik dari Airasia yang selalunya tiba lewat malam atau bertolak awal pagi. Kami decide untuk mencari apartment sebab kami tak mahu berpisah bilik dan boleh memasak, basuh baju dsb, Kami dapat apartment MYR560/semalam untuk 9 orang. Apartment ditempah melalui Airbnb. Kebanyakan Apartment juga disediakan poket wifi. So dah jimat banyak kat situ. Ini adalah apartment kami. Ratenya bergantung kepada tarikh(low/high season) dan kadar tukaran matawang. Juga ada charge untuk cleaning and service fee,
Tukaran wang dilakukan di Suria Muhabat yg pada saya menawarkan rate yg paling menarik dalam Malaysia. Suria Mubahat terdapat banyak cawangan terutama di lembah kelang dan 2 di Penang.

18 Mar 2017-
Kami bertolak dari Penang ke stesen ERL salak tinggi dan berjumpa dengan semua ahli rombongan disana. Ahli rombongan semuanya terdiri dari adik beradik dan ipar duai belaka. Kami parking kereta disini kerana charge parking disini hanya MYR3 sehari dan tambang ERL ke KLIA adalah MYR4.90 shj.Jauh lebih berbaloi dari parking di KLIA ataupun naik teksi/uber.
Setelah check in kami pun menaiki flight pada 9pm dan flight ini transit di Bangkok .Kami transit di Bangkok selama sejam dan kemudian disambungkan ke flight seterusnya ke Haneda. Kami memilih Haneda kerana kos dari Haneda ke Tokyo lebih murah dan urusan imigresennya lebih cepat dari Narita kerana kurang orang.


19 Mar 2017-
Kami tiba di Haneda pada 6:30am. kami ambil masa untuk refresh di Toilet Haneda untuk memberi laluan kepada orang lain berurusan dengan imigresen. Selepas selesai kami beratur selama 1~2 minit untuk imigresen. Untuk pengunjung yang menggunakan Airbnb, anda perlu menulis alamat rumah dengan lengkap. Berbanding dengan penginap di hotel, mereka hanya perlu menulis nama hotel dan alamat yang lebih kurang.


Selepas selesai urusan imigresen, kami ke kaunter JR yg terdapat didalam Haneda untuk membeli Tokyo Wide Pass. Pass ini berharga JPY10000/dewasa dan JPY5000/kanak2 boleh digunakan selama 3 hari berturut2 di wilayah Tokyo, Saitama, Gunma, Yamanashi, Tochigi, Chiba, Ibaraki, Kanagawa, Shizuoka dan Gala Yuzawa, Niigata. Bullet Train pun boleh naik.Kaunter dibuka dari 7:45am~6:30pm. So budget perjalanan anda untuk tiba di Haneda dalam tempoh ini. Kalau tidak anda terpaksa belanja lebih untuk tiket anda dari Haneda ke destinasi seterusnya. Di Haneda juga ada travel egent dimana anda boleh beli tiket Tokyo Subway 24 hour pass dengan harga JPY800/dewasa. Berbanding dengan 1 day pass yg berharga JPY1000, kami boleh guna tiket ini selama 24 jam. Contohnya 9am hari ini hinggalah 9am esoknya.
Kaunter JR di Haneda
Kemudian kami ke Tokyo station menaiki monorel dan normal train(yamanote line). Sementara menunggu train berikutnya ke Kawaguchiko station, kami bergambar dulu dihadapan salah satu mercu tanda tokyo ini.
Menaiki Monorel

Suasana didalam monorel

Dihadapan Tokyo Station
Di Tokyo kami sepatutnya menaiki Narita Express(NEX) ke Kawaguchiko(Mt.Fuji) tapi malangnya train ni terlibat dalam kemalangan.NEX  menyediakan 1 trip pada Sabtu dan Ahad dan option ni adalah yang paling selesa ke Kawaguchiko.Kami terpaksa menaiki train lain untuk sampai ke Kawaguchiko dan mengambil masa yang lebih lama untuk sampai. Kami lewat 2 jam dari plan asal. 
Menunggu train 

menaiki train biasa ke kawaguchiko. 80% penumpang keretapi ini adalah pelancong dengan luggage besar.
Setelah tiba di Kawaguchiko, kami membeli tiket retro bus berharga JPY1200 untuk ke Saiko Iyashi Sato no Nenba. Tiket ni boleh digunakan selama 2 hari tapi disebabkan kelewatan, kami cuma sempat ke 1 tempat sahaja. Dengar macam rugi je bayar mahal tapi pakai sikit, namun harga yang perlu dibayar jika tanpa pass ini melebihi JPY1400 untuk kesini.Disini stesen ini juga ada menyediakan coin locker, tapi nak jimat punya pasal kami letak je luggage kami diatas locker. Anyway mmg tak ada coin locker yang kosong pun. Jepun negara yang selamat.

Kawaguchiko station

Kami tiba disini pada 4:30pm dan malangnya tempat ini akan ditutup pada 5pm. Dah nak malam pun. Sepatutnya kami plan untuk sewa kimono dan pakaian samurai berharga JPY500 disini tapi malangnya kedai yg menyewakan pakaian ditutup 4pm. So kami bergambar sahaja disini. satu tips yang saya nak kongsikan ialah Gunung Fuji jelas kelihatan hanya pada awal pagi awau lewat petang. Selain dari itu kebanyakannya diselaputi awan.

Tiba di Saiko Iyashi Sato No Nenba. Belakang ada Gunung Fuji.











Kemudian kami pulang ke Kawaguchiko untuk menaiki train seterusnya ke apartment kami di Tokyo. Sebelum tu kami singgah untuk mengambil luggage kami dan membeli sedikit makanan untuk makan malam.
Alhamdulillah luggage kami masih selamat


Beli Onigiri dsb disini untuk dibawa makan didalam train
Kami menyewa apartment di Ogikubo. Nama memang menyeramkan tapi tempat ini amat strategik kerana rapid JR train akan berhenti disini dan ianya station permulaan untuk Metro Subway Marunouchi line. Pendek kata connection memang bagus. Apartment kami pun cuma 2 min berjalan kaki dari train station.

20 Mar 2017-
Hari ni kami plan untuk bermain salji di Gala Yuzawa dan kemudian ke Akihabara. Since makan di Gala Yuzawa adalah mahal, kami singgah di convinient store berdekatan(Lawson Store 100) untuk beli makanan sebanyak mungkin. Kedai ni banyak membantu kami dalam berjimat. Kebanyakan item dalam kedai ni berharga JPY100. Yang kami selalu beli ialah Onigiri, Ikan bakar, minuman dan makanan ringan. Bahasa tidak menjadi masalah sebab saya pernah tinggal di Jepun selama 3 tahun dan selalu berulang alik ke Jepun atas urusan kerja selepas itu. Cuma sebelum ni travel sorang2 je.
Di kedai ni juga dijual sayur2. Kalau yang jenis nak memasak dirumah, datang kesini pun dah cukup. Ikan yang dah siap bakar dan goreng pun JPY100 shj.

 Kami menaiki shinkansen dari Tokyo station ke Gala Yuzawa, Niigata. Alhamdulillah time ni tak ramai orang. Kami tiba di Gala Yuzawa pada 10am dan mengambil masa hampir sejam untuk urusan membeli tiket dan juga menyewa sled, boots & sarung tangan. Ada special package & diskaun jika kita pakai Tokyo Wide Pass.
dalam shinkansen

menaiki gondola









Setelah hampir 2 jam bermain salji, kami pun pulang ke Tokyo dan meluangkan masa di Akihabara" Electric & Anime City". Akihabara ni mmg meriah terutamanya diwaktu malam.


 Since dah sampai sini, bagi la anak2 chance main game kejap. Surprisingly dengan JPY100, game sini boleh bertahan lama tak macam game Malaysia MYR1 yg tahan cuma 2~4min shj. Dekat sini dengan level Ameer n Areef yg tak pernah main game tu pun boleh bertahan 10min. Kami spent JPY500 kat sini sebelum pulang ke Apartment.
Menu game boleh touch screen

Saya pun tak tahu macam mana fungsi bola kristal ni.





21 Mar 2017-
Hari ni hujan sepanjang hari tapi nasib baik owner rumah sediakan 10 payung. Pada hari ni kami plan ke Nikko sebelah pagi dan ke Odaiba sebelah petang. Nikko mengambil masa 2 jam dari Tokyo dan oleh kerana altitudenya yg tinggi, suhunya lebih sejuk dari Tokyo. Oleh kerana suhu hampir diparas beku disamping hujan yang turun, kami terutamanya anak2 tak tahan dan mahu pulang secepat mungkin. Tapi tempat ni memang menarik untuk dikunjungi. Terasa ala2 samurai gitu. Disini kami spent JPY500 untuk menaiki bas yg khas untuk membawa pelancong ke tapak Unesco ini.









Dari Nikko kami menaiki train biasa ke Utsunomiya dan kemudian kami menaiki Shinkansen dari Utsunomiya ke Omiya . Dari Omiya kami menaiki saikyo line untuk ke Odaiba.

Kami tiba di Odaiba pada 2:30pm dan lokasi pertama kami ialah Fuji TV. Fuji TV ni adalah stesyen penyiar terkenal di Jepun ibarat macam Astro & TV3 di Malaysia.


ditepi Fuji TV
 Berdekatan disini ada Statue of Liberty. Rasa macam dekat New York la pulak.
 Selepas puas bergambar dengan statue of Liberty, kami ke Venus Fort iaitu tempat shopping yang menakjubkan. Berkonsepkan ala Italy abad ke 16 dengan langitnya seakan akan real. Memang seronok window shopping disini.





 Selepas penat berjalan kami pun balik ke Apartment. Trip kami ke Odaiba pasti lebih menarik kalau Gundam Statue masih wujud. Untuk pengetahuan Gundam statue dah dirobohkan untuk memberi laluan kepada project baru. Katanya Gundam yg lebih besar dihujung tahun ni.

22 Mar 2017-
Hari ni kami ke Tokyo Disneyland dan hari ini juga kami sudah tak boleh gunakan Tokyo Wide Pass lagi sebab hari ni hari ke 4. Tokyo Wide Pass hanya boleh diguna selama 3 hari sahaja. Anyway tak mahal mana pun dari tempat kami nak ke Disneyland. Kami sampai pada pukul 8:50am dan dah ramai orang beratur(at least beratur 50m). Nasib baik kami dah beli tiket secara online siap2. Tiket tak boleh dibeli direct melalui website Tokyo Disneyland atas sebab teknikal(dah confirm dgn Maybank dan forum dari negara lain pun mention benda yang sama). Kami beli melalui klook dan harganya sama dengan harga website disneyland. Kelebihan klook ialah dia tak tetapkan tarikh. Kita boleh masuk 1 hari asalkan dalam tempoh yg tertera dalam tiket tu(sampai Mar 2018). So kalau last minute nak tukar plan pun boleh. Dengan tiket ni, kita tak perlu beratur. Terus scan code yang tertera dipintu masuk dan masuk.
Makanan disini mahal maka kami beli atau prepare siap2 dan bawa masuk ke sini. Ada pemeriksaan beg sebelum memasuki Disneyland tapi makanan dibenarkan. Tujuan pemeriksaan lebih kepada tujuan keselamatan. Di website disneyland juga ada mention pasal makanan luar dilarang masuk. tapi percayalah makanan boleh dibawa masuk. Ini kali ke 4 saya masuk Tokyo Disneyland.

Disneyland sinonim dengan beratur panjang. Antara trick yg kami gunakan untuk mengelak beratur panjang adalah dengan install application Tokyo Disneyland Waiting Time. Dari sini kita boleh buat perancangan dan bermain permainan sebanyak mungkin. Sentiasa dapatkan update dari masa ke semasa. Antara trick lain ialah dapatkan Fast Pass. Kami berjaya dapatkan 2 tiket Fast Pass disini. Dengan Fast Pass kami cuma perlu beratur 1 min(hujung waktu) berbanding 1 jam tanpa Fast Pass.









23 Mar 2017-
Hari ni kami pusing2 melawat bandar2 Tokyo dengan menggunakan Tokyo Subway 24 hour Pass.
Kami bermula dari Harajuku diamana disini adalah fashion street untuk golongan muda. Disamping itu disini ada Daiso 100yen dimana kami plan untuk beli gift atau cenderahati yang rata2nya berharga JPY100. Kami luangkan masa hampir 2 jam disini.



Sakura baru nak berbunga
 Kemudian kami ke Shibuya dan wajib untuk menyaksikan beratus orang crossing jalan kat sini.
shibuya crossing

Tak makan disini pun. cuma bergambar je.
 Disamping itu shibuya juga mempunyai restoran sushi yang unik iaitu Uobei. Disamping unik, harganya juga murah disamping portionnya besar. Lihat video untuk mengetahui kenapa ianya berbeza dengan belt sushi yang lain.
Ikan Sushi ni terlalu besar sampai tak nampak nasi. Harga JPY100 shj. Sama mcm harga di Malaysia.

 Kemudian kami ke Masjid Tokyo untuk menunaikan solat. Stesen terdekat ialah Yoyogi Uehara. Selain itu masjid ni juga berfungsi sebagai pusat kebudayaan Turki.
 Hari dah nak senja dan kami tiba di Imperial Palace. Stesen terdekat ialah Otemachi. Masa ni kaki dah rasa macam nak tercabut sbb banyak berjalan dari pagi tadi. Kesian kat anak2.

 Kemudian kami ke Ryogoku. Disini ada sumo museum tapi dah tutup masa kami sampai. Bergambar dengan stadium sumo pun jadilah.
Sumo stadium
 Kemudian kami ke Tokyo Metropolitan Goverment Building untuk menyaksikan Tokyo Night View dari ketinggian 202m. Mmg cantik dan tiada bayaran dikenakan. Kemudian kami ke Kabukicho, Shinjuku untuk sushi dan juga jalan2. Oleh kerana anak2 dah tak larat jalan, maka kami tak sempat ke Tsukiji(World Biggest Fish Market) dan Tokto Skytree,
Tokyo Night View

Sakura Zushi, Kabukicho


Ada Godzilla kat celah bangunan. Setiap jam ada action Godzilla.

Kabukicho

24 Mar 2017-
Kami bertolak dari apartment 7:30am dengan menggunakan Tokyo Subway 24 hour Pass yg diguna semalam untuk ke Haneda Airport. Peak hour tapi tak ada masalah bagi kami sebab Ogikubo adalah stesen permulaan. Tak ada masalah dengan beg besar. Ada sedikit pertambahan bayaran(JPY400+ sebab line ke Airport diuruskan oleh syarikat lain(Keikyu) walaupun kami menaiki subway train yang sama. Kami tiba di Airport 8:45am dan seterusnya check in untuk menaiki pesawat TG683.

Diharap maklumat diatas boleh menjadi panduan untuk mereka yang ingin melancong ke Tokyo.Total cost perbelanjaan dari Flight, Apartment, Disneyland, Transport, Makan, Snow,game dsbnya ialah MYR2600/dewasa. Pada pandangan saya percutian ini memerlukan 1 hari lagi supaya trip ronda bandar Tokyo dilakukan selama 2 hari dan tak terlalu rushing dan letih sangat.