Macam mana kiraan dividen dan bonus ASB untuk orang yang rajin keluar masuk duit?

Kebanyakan orang tahu yg ASB hanya akan umumkan kadar dividen dan bonus setiap hujung tahun. Tapi bagaimana pula jika kita rajin masuk keluar duit ASB dalam setahun, sebulan atau seminggu? Bagaimana kiraannya?


Saya rancang untuk masukkan semua pendapatan saya ke ASB setiap bulan dan keluarkan sedikit untuk perbelanjaan bulanan. Berbaloi ke cara macam ni dan bagaimana kiraan keuntungan? Untuk ini saya telah ke Maybank untuk dapatkan nasihat.

Menurut pegawai bank disitu; ASB akan mengira keuntungan berdasarkan nilai simpanan terendah kita pada setiap bulan. Sebagai contoh jika kita ada RM100,000 pada awal bulan dan di pertengahan bulan kita keluarkan RM10,000; kemudian kita masukkan semula RM7,000 dihujung bulan; ASB akan mengira keuntungan kita berdasarkan RM90,000 dan bukannya RM97,000. 

Kalau jika kita ada RM100,000 pada awal bulan dan di pertengahan bulan kita keluarkan RM10,000; kemudian kita masukkan semula RM20,000 dihujung bulan; ASB akan mengira keuntungan kita berdasarkan RM90,000 dan bukannya RM110,000.

Wallahualam 
 
Untung ke kalau buat cara ni? Bagi saya masih berbaloi dari simpan jumlah yg besar di akaun simpanan bank. Anda pula bagaimana? Moga info ini memberi manfaat.

Pengalaman makan menu Rahmah burger king

Sejak dilancarkan Menu Rahmah ni, nampaknya berebut-rebut peniaga buat menu Rahmah. Antara yang mencuri tumpuan saya adalah Burger King. Macam mana agaknya Burger yang branded macam ni boleh perkenalkan menu Rahmah? Dengan rasa ingin tahu maka saya pun pergi ke Burger King yang berdekatan. 

Masa sampai dikaunter, saya was was juga sebab menu tersebut tidak dipamerkan di skrin. Bila tanya staff di kaunter, staff tersebut kata menu Rahmah ada disediakan. Maka saya pun order. Prosesnya sama je dengan order yang standard. Saya datang pada jam 12pm.
kadangkala makanan berjenama ni harga diiklan murah tapi bila bayar harga jadi lebih tinggi lepas campur cukai dan sebagainya. Namun ianya tidak berlaku untuk menu Rahmah. Anda akan bayar RM5 saja.
Ini lah rupa Burger menu Rahmah. Agak nipis dari jangkaan saya.Lepas tu saya pun buka lah Burger tu untuk tengok dalam.
Rupanya ada Burger daging, bawang dan sos mustard. Dari iklan saya ingatkan yang kuning itu cheese tapi rupanya sos mustard. Sedikit kecewa tapi tak mengapa sebab paling tidak Burger King dah tunjuk keperihatinan kepada rakyat marhaen. Walaupun menu Rahmah disediakan, tapi tak adalah orang berduyun duyun beratur semata-mata menu Rahmah saja. Saya rasa macam saya seorang je yang order menu Rahmah ni. Yang lain semua order signature burger BK.


Sedap ke menu Rahmah burger king ni? Saya rasakan sedap. Kalau ditambah keju, salad dan pickles memang terbaik. Kalau yang rajin, mungkin boleh bawa balik dan tambah sendiri bahan yang saya sebutkan tadi. Burger ini di datangkan sekali dengan air mineral Dasani. Kalau ditukar air ke French fries, lebih baik. 

Singgah di kedai yang menjual pelbagai jenis kerepek, Nasz Kerepek di Sungai Besar.

Ameer selalu meminta kerepek bawang setiap kali kami melakukan perjalanan jauh. Di Penang, agak sukar untuk mencari kedai yang menawarkan banyak pilihan kerepek. Namun, kami mempunyai rancangan lain kerana kami ingin pulang ke kampung di Kuantan melalui jalan yang lebih jauh kali ini. Jalan ke Genting Highland masih ditutup setelah kejadian tanah runtuh pada bulan November 2022.

Perjalanan kami akan melalui beberapa pekan kecil seperti Sabak Bernam, Sekinchan, Sungai Besar, dan Tanjung Karang. Kami masih ingat ada banyak gerai tepi jalan di pekan-pekan tersebut yang menjual produk kampung. Pastinya terdapat kedai yang menjual kerepek seperti yang disukai oleh Ameer.

Kami tidak sempat untuk melakukan kajian tentang kedai terbaik kerana sibuk dengan persiapan pulang ke kampung. Ketika dalam perjalanan, Ameer tiba-tiba mengingatkan kami untuk membeli kerepek. Sebenarnya, kami hampir lupa.

Ketika sampai di Parit Haji Dorani, kami melihat papan tanda Nasz Kerepek di tepi jalan. Kami terus berhenti di sana. Tidak susah untuk mencari tempat letak kereta karena masih ada jarak sedikit dengan jalan utama.
Kedai tersebut agak besar, mungkin terdiri daripada 4 lot, dan setiap lot memiliki ruang yang menjual kerepek dengan pelbagai jenis. Saiz packing kerepek juga berbeza-beza.

Ianya sangat menarik terutama bagi penggemar kerepek. Cukup membuat kami terliur melihat kerepek sebesar bantal itu.

Jika anda melewati Sekinchan dan Sungai Besar dan tidak tahu apa yang boleh dibawa sebagai buah tangan, anda harus singgah di Nasz Kerepek ini. Pasti terdapat barang-barang yang boleh dibawa pulang atau dimakan dalam perjalanan. 

Setelah singgah di Nasz Kerepek, perjalanan kami diteruskan ke Kuantan. Kami mengambil jalan pintas kerana keadaan lalu lintas utama yang sibuk. Kami melalui kampung kecil yang cantik, terkenal dengan hasil pertaniannya. Melihat pemandangan sawah yang hijau sangat menyegarkan dan menenangkan jiwa.

Setelah beberapa jam perjalanan yang jauh, kami akhirnya tiba di Kuantan. Kami disambut dengan gembira oleh keluarga dan sanak saudara yang telah lama menanti kepulangan kami. Tidak malu untuk membawa kerepek bawang dari Nasz Kerepek sebagai buah tangan bagi mereka.

Kami sangat berpuas hati dengan pengalaman kami di Nasz Kerepek dan sokongan yang kami berikan kepada kedai tempatan ini. Para pekerja di sana juga ramah. Kami merasa sangat bertuah telah menemui kedai kerepek berkualiti dengan banyak pilihan. Nasz Kerepek adalah kerepek yang wajib dicuba jika anda melalui Sekinchan dan Sungai Besar.

Jika anda sedang mencari kedai kerepek berkualiti dengan banyak pilihan di Sekinchan dan Sungai Besar, jangan ragu-ragu untuk pergi ke Nasz Kerepek. Pasti anda akan menemui kerepek yang anda suka. Nikmatilah kerepek yang sedap itu dan selamat menikmati perjalanan. Mari sokong kedai tempatan!

Pengalaman makan Mee Udang Selambak Cik Wa, Telaga Nenas


Mee Udang Selambak Cik Wa, sebuah restoran hidangan laut yang terkenal di Kg. Telaga Nenas, Ayer Tawar, Manjung. Walaupun saya tinggal di mukim yang sama sejak kecil, baru-baru ini sahaja saya berpeluang untuk mencuba hidangan yang sangat terkenal ini. Mengikut cerita ibu saya, ia amat enak. Akhirnya, saya memutuskan untuk mencuba sendiri dan melihat apakah yang membuat hidangan ini begitu istimewa.Jom!

Di sini terdapat pelbagai menu menarik yang boleh anda nikmati, tetapi menu utamanya adalah hidangan yang menggunakan udang sebagai bahan utama. Kami memilih untuk mencuba Mee Bandung udang, koeteow udang, nasi goreng udang, dan juga nasi goreng kampung. Namun, yang membuat saya gembira ialah di sini kita juga boleh memesan makanan yang tidak menggunakan udang. Ianya merupakan peluang yang baik untuk berjimat kerana banyak restoran mee udang yang saya pernah pergi wajib memesan makanan berasaskan udang. Malah, saya terkejut bahawa kanak-kanak berusia 3 tahun pun perlu memesan nasi goreng udang. Jika nasi goreng udang tersebut dijual dengan harga RM5, tak apalah juga. Ini harganya RM15!

warung ni terletak di hujung jalan dan bersebelahan dengan jeti nelayan dan masjid. Masjid sini pun cantik. Masjid terapung.
best sembahyang kat sini. Rasa tenang saja.
Mee udang Selambak Cik Wa terkenal dengan udang yang segar dan mee yang lazat. Udang yang digunakan dalam hidangan ini adalah bersaiz besar dan manis. Untuk Mee Bandung, Udang dimasak dengan sempurna sehingga dagingnya menjadi lembut dan berair. Udang ini kemudian disajikan dengan mee kuning yang dicampur dengan kuah yang kaya dan berperisa. Rasanya adalah kombinasi yang sempurna. Setiap suapan memberikan nikmat yang tidak terhingga.

Pengalaman makan di sini memang sangat memuaskan. Rasanya sangat berbaloi untuk menempuh perjalanan jauh dan sampai ke tempat ini apabila dapat menikmati hidangan yang sedap seperti ini. Sungguh memuaskan. Ketika saya membayar, saya diberitahu bahawa harganya hanya RM45. Bagi saya, itu adalah harga yang murah. Saya ingatkan akan mencapai kira-kira RM60. Apapun, saya pasti akan datang lagi. Tidak hairanlah ramai yang datang ke tempat ini walaupun ia terletak di kampung yang terpencil.
Makan mee udang Selambak Cik Wa memang berbaloi. Harga yang dikenakan adalah berpatutan dengan kualiti dan kuantiti hidangan. Anda pasti akan puas dengan hidangan ini.

Bagi sesiapa yang ingin mencuba hidangan ini, pastikan anda membuat hubungi mereka terlebih dahulu. Restoran mungkin bercuti atau tutup kerana tidak cukup udang. Pastikan terlebih dahulu supaya anda tidak kecewa setelah penat mengharungi perjalanan anda.

Akhir kata, mee udang Selambak Cik Wa adalah warung yang wajib dicuba oleh sesiapa yang menggemari makanan laut. Ia adalah hidangan yang enak, memuaskan, dan pasti akan menggugah selera anda. Jadi, jika anda berada di daerah Manjung, jangan lepaskan peluang untuk mencuba mee udang Selambak Cik Wa yang terkenal ini. Anda pasti tidak akan menyesal.

Dilema baik buruk markup loan rumah

 Kebanyakan projek perumahan di Malaysia kini menawarkan rebat sebanyak 10 peratus dari harga rumah. Ini bertujuan untuk memudahkan pembeli yang hanya layak memohon pinjaman bank 90% membeli rumah mereka.

 Contohnya jika rumah tersebut dijual pada harga RM500,000 dan kemudian pihak pemaju menawarkan 10 peratus rebate, ini bermakna pembeli dapat penjimatan sebanyak RM50,000. Secara tak langsung harga rumah yang dibeli tadi sebenarnya adalah RM450 ribu sahaja. 

Namun ada sesetengah pembeli yang layak untuk full loan atau 100% loan cenderung untuk menukarkan rebet ini kepada markup.  
Bermaksud dari memohon pinjaman sebanyak RM450,000;  golongan ini terus memohon loan sebanyak RM500,000 mengikut harga asal.  Dengan ini mereka ada lebihan sebanyak RM50,000 yang boleh digunakan untuk kegunaan renovation rumah ataupun hal-hal lain.
 Ramai kakitangan tentera yang membuat pinjaman koperasi dan mengalami masalah untuk membayar hutang koperasi setiap bulan.  Oleh kerana itu ada dikalangan anggota tentera yang mengambil keputusan untuk membeli rumah semata-mata untuk menutup hutang koperasi. Walaupun ianya nampak seperti jalan mudah tapi sebenarnya ia hanya ibarat gali lubang dan tutup lubang.

Cuma hutang bank ini mempunyai tempoh pembiayaan yang lebih panjang. Bila jumlah hutang dibahagi dengan tempoh pembiayaan yang lebih panjang, ianya membuatkan hutang bulanan koperasi ini nampak sedikit setiap bulan. Contohnya mungkin selama ini mereka membayar RM800 sebulan untuk hutang koperasi, tapi selepas membuat markup loan mereka mungkin hanya perlu membayar RM200 sebulan. 

 Itu adalah serba sedikit pengenalan dan kebaikan markup loan rumah. Jom kita berbincang tentang keburukannya pula. Untuk ini saya ingin menginspirasikan kisah benar tentang seorang individu yang membeli rumah di pantai timur yang markup loan sehingga RM100 ribu lebih. Ya. Memang ada developer yg kecil kecilan yang boleh aturkan untuk mendapatkan pinjaman yang lebih. Saya pun tak pandai nak ulas lanjut tapi ianya wujud. Individu tersebut sebenarnya tinggal di pantai barat Malaysia dan tidak ada kena-mengena langsung dengan pantai timur. Tiada adik beradik atau saudara mara pun di sana dan beli rumah tersebut hanya semata-mata untuk menutup hutang. 

Ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Individu tersebut mengalami masalah kewangan yang lebih serius membuatkan beliau terpaksa menjual rumah tersebut.

 kita kena ingat bahawa bila kita membuat markup loan untuk menutup hutang lama, kita kena ingat bahawa kita sekarang cover 2 hutang dalam satu akaun. Pertama hutang yang kita buat pada awalnya dan kedua adalah hutang rumah baru yang kita beli. 

Orang lain yang tidak markup hanya perlu membayar RM1000 sebulan tapi anda yang markup loan terpaksa membayar 1200 sebulan untuk rumah yang sama. Maka kini kita mengalami dilema kewangan yang baru. Antara jalan keluar yang ada adalah menjual rumah tersebut. 

Bila kita membuat keputusan untuk menjual rumah, pertamanya mestilah kita membuat penilaian tentang berapa baki hutang kita. Contoh rumah tersebut mempunyai baki hutang sebanyak RM300 ribu; mesti kita nak jual rumah harga lebih dari itu untuk mengelakkan kerugian.

 Namun ketika itu ada beberapa rumah lain di taman perumahan yg sama dijual pada harga RM200 ribu. Mula mula bila kita dapat tahu, agak sukar kita nak percaya dan marah mengapa orang lain jual dengan harga yang jauh lebih rendah dari harga kita. Namun setelah kita selidiki rupanya mereka boleh jual murah sebab hutang mereka sedikit. Dulu mereka tak markup loan. Bila jadi begini, adakah kita rasa wujud pembeli yang bermurah hati membeli rumah kita berbanding rumah orang lain?

Mesti tidak kan? Maka tinggallah kita dalam masalah kewangan yang lebih dalam yg menjerumus ke arah kebangkrapan. Maka nasihat saya buatlah keputusan dengan bijak sebelum membuat pinjaman. Moga perkongsian ini memberi manfaat.

Tak nak beli rumah sebab tak nak kena jawab di akhirat!

Ternampak satu posting di FB group berkenaan mengapa orang masih menyewa. Namun saya lebih tertarik dengan komen ni.

Menurut beliau, adalah lebih baik tidak membeli rumah jika kita terpaksa memohon pinjaman bank. Katanya tak nak menjawab diakhirat. Mungkin beliau muda lagi sebab gambar pun macam baru kahwin. Sekarang boleh lah cakap tak nak beli rumah sebab takut nak jawap di akhirat. Saya harap agar beliau istiqamah dengan pandangan tersebut sampai bila-bila.


 Bukan saya nak menidakkan beliau tapi saya ingin membawa anda ke alam realiti. Bukan tak boleh simpan duit dan beli rumah secara tunai. Masalahnya kenaikan harga rumah lebih tinggi dari kenaikan simpanan duit tunai kita. Lainlah kalau kita ada business viral yg dalam 6 bulan boleh jadi jutawan. Saya bercerita tentang rakyat marhaen yang kebanyakannya kerja makan gaji. 

Sekarang ni islamic finance pun ada. Bab hukum, biarlah mereka yg menjawapnya. Mereka pun ada panel syariah yang bijak pandai dalam hukum hakam agama Islam. Siapalah kita nak membidas mereka. Belajar agama pun rata rata sampai form 5 je. Itu pun belum tentu dapat A1. Kadangkala orang yg cakap lebih lebih ni kalau kita check handphone mereka, entah entah banyak download lagu dan movie juga. Itupun ada hati nak cerita pasal halal haram.

Beli rumah ni pusing kot mana pun....siapa yg beli awal, dia untung. Saya rasa untung sebab saya terus beli rumah lepas saya rasakan kerjaya saya stabil pada umur 28 tahun. Beli rumah pada tahun 2006 teres 2 tingkat harga 170k di Butterworth. Dalam 500m radius sekarang ni ada sekolah, pasar, bank, KFC, pizza hut, 2 Speedmart, Hari hari, happy home, Mr. Diy, CoolBlog dan pelbagai lagi. Sekarang ni jual balik RM500k pun ada orang sanggup beli. 

Masa 2006 harga RM170k untuk rumah 2 tingkat saya rasakan mahal. Kalau boleh nak cari harga yg lebih rendah tapi selepas 2~3 minggu mencari, saya tak jumpa yang lebih murah. Maka saya terus booking rumah tersebut.

Kalau saya berfikiran seperti orang yg bagi komen diatas dan simpan duit untuk beli rumah....anda rasa saya dapat beli rumah saya yg sekarang ni? Silap-silap belum sempat beli rumah, saya kena penyakit kronik dan akhirnya dibuang kerja ataupun meninggal dulu. Agaknya anak anak nak duduk mana kalau isteri dah tak mampu bayar sewa? Berbeza dengan beli rumah, bank akan "paksa" kita untuk ambil takaful. Saya guna perkataan paksa sebab kebanyakan orang kita memang susah nak ambil takaful kalau tiada keperluan mendesak. Guna takaful tersebut adalah untuk melangsaikan hutang bank dan rumah tersebut tak perlu lagi waris kita bayar.

Pilihan terpulang kepada masing-masing...yang penting kita kena fikir yang mana satu bagi manfaat kepada kita. Kalau mampu, beli rumah. Kalau tak mampu, cakap tak mampu. Bolehlah menyewa dulu. Bukan menyewa atas alasan tahap dewa yg kita pun tidak arif dalam hal tersebut. 

Kenduri Lembu Golek di Gurun, Kedah


*Restoran Top D’Gurun*
*Jemput semua mai ‼️‼️‼️*

*MAKAN KENDURI*
*LEMBU GOLEK *
*Cicah air asam kampung*

✅ 13/14/15 Februari 2023
Bermula jam 11.30 pagi sampai lembu golek habis ..

Untuk menu2 lain pun ada ..cuma menu2 lain seperti Sotong Buncit Jahat dan lauk2 lain..yg tu berbayar tau😅

YANG PERCUMA 
NASI,LEMBU GOLEK DAN SUP 🔥

Restoran Top D Gurun
(Cawangan Gurun)

Parking pun dah besaq sangat dah🤩pakat mai na..nak mai 3 hari berturut2 pun boleh☺️

Minta share☺️

Misi mencari tempat yg boleh menerima baju terpakai yg masih elok di Penang

 satu hari isteri saya panggil saya untuk membuang baju-baju yang dia dah tak pakai. Setelah dikumpulkan ada lebih kurang 6 karung beg plastik juga semuanya. 

Tapi sebelum saya buang saya sempat membuka beg plastik tersebut dan saya dapati bahawa banyak baju-baju yang masih elok dan harganya saya rasakan mahal.

 Saya tak sampai hati nak membuangnya. Saya rasakan mesti ada orang yg akan appreciate baju baju ni. Isteri saya cikgu. Faham faham lah. Cikgu kan suka bergaya.

 Maka saya memutuskan untuk mencari tempat yang boleh menerima baju-baju yang terpakai.  Setelah saya bertanya di fb group saya dapati bahawa Masjid Bertam Indah dan juga Masjid Permatang Rambai di Penaga ada menerima baju terpakai.  
Pada mulanya saya pergi ke masjid Bertam Indah namun hampa kerana saya dapati bahawa mereka sudah tak terima baju terpakai lagi. ini kerana mereka mengalami kesukaran untuk mengasingkan baju-baju tersebut dan ada juga baju yang sudah langsung tidak boleh digunakan lagi.
 Biasanya baju yang sudah tidak boleh digunakan lagi tokei bengkel akan mengambilnya untuk kegunaan mengelap tangan di bengkel motor atau kereta mereka. Hanya baju yang masih elok sahaja yang akan diberikan kepada mereka yang memerlukan. Oleh kerana pengasingan ini adalah amat sukar maka pihak masjid Bertam Indah sudah tidak terima baju terpakai lagi. 
Maka saya ke destinasi berikutnya iaitu Masjid Permatang Rambai, Penaga. Nampaknya Masjid ini menerima baju terpakai dan tempat yang disediakan juga amat mudah di jumpai oleh mereka yang pertama kali datang ke sini. maka mereka yang ingin menderma baju yang terpakai dan masih elok anda boleh membawa baju tersebut ke tempat ini.