Misi mencari tempat yg boleh menerima baju terpakai yg masih elok di Penang
satu hari isteri saya panggil saya untuk membuang baju-baju yang dia dah tak pakai. Setelah dikumpulkan ada lebih kurang 6 karung beg plastik juga semuanya.
Tapi sebelum saya buang saya sempat membuka beg plastik tersebut dan saya dapati bahawa banyak baju-baju yang masih elok dan harganya saya rasakan mahal.
Saya tak sampai hati nak membuangnya. Saya rasakan mesti ada orang yg akan appreciate baju baju ni. Isteri saya cikgu. Faham faham lah. Cikgu kan suka bergaya.
Maka saya memutuskan untuk mencari tempat yang boleh menerima baju-baju yang terpakai. Setelah saya bertanya di fb group saya dapati bahawa Masjid Bertam Indah dan juga Masjid Permatang Rambai di Penaga ada menerima baju terpakai.
Pada mulanya saya pergi ke masjid Bertam Indah namun hampa kerana saya dapati bahawa mereka sudah tak terima baju terpakai lagi. ini kerana mereka mengalami kesukaran untuk mengasingkan baju-baju tersebut dan ada juga baju yang sudah langsung tidak boleh digunakan lagi.
Biasanya baju yang sudah tidak boleh digunakan lagi tokei bengkel akan mengambilnya untuk kegunaan mengelap tangan di bengkel motor atau kereta mereka. Hanya baju yang masih elok sahaja yang akan diberikan kepada mereka yang memerlukan. Oleh kerana pengasingan ini adalah amat sukar maka pihak masjid Bertam Indah sudah tidak terima baju terpakai lagi.
Maka saya ke destinasi berikutnya iaitu Masjid Permatang Rambai, Penaga. Nampaknya Masjid ini menerima baju terpakai dan tempat yang disediakan juga amat mudah di jumpai oleh mereka yang pertama kali datang ke sini. maka mereka yang ingin menderma baju yang terpakai dan masih elok anda boleh membawa baju tersebut ke tempat ini.
Ulasan
Catat Ulasan