Pengalaman kereta Perodua Myvi tak boleh hidup ( bukan masalah bateri) dan barang apa yang bengkel tukar

Semalam kereta Perodua Myvi saya ada masalah untuk Start enjin. Dah beberapakali cuba tapi tetap tidak berjaya. Maka saya pun ke bengkel terdekat dan minta mereka datang untuk periksa. Mereka hantar seorang staff bersama bateri. 
Bila tiba, Staff pun buka bonet depan dan dia bagitahu bateri kereta masih lagi original. Saya pun sebenarnya terlupa langsung untuk tukar bateri kereta sebab kereta ini jarang digunakan. Dia ingatkan kereta ini berusia 3 tahun. Bila saya bagitahu usianya sudah 6 tahun, staff tu terkejut. 

Selepas dicuba dengan bateri baru, ianya masih tidak boleh hidup. Kemungkinan throttle body kotor atau masalah spart plug katanya. Maka kereta harus ditunda ke bengkel. Untuk towing, saya menghubungi takaful Malaysia dan alhamdulillah takaful Malaysia sangat membantu dan memudahkan. Ini kali kedua saya menggunakan khidmat tunda melalui Takaful Malaysia. 
Sejam kemudian lori tunda pun tiba dan kereta saya dibawa ke bengkel. Baru saya perasan yang kedai itu sebenarnya adalah kedai tayar. Saya pastikan sekali lagi adakah mereka mampu buat dan mereka katakan ya. Mereka beritahu memang banyak kereta Perodua Axia dan Myvi yang ada masalah tak boleh hidup. 

2 jam kemudian saya terima Call dari bengkel dan diberitahu apa yang perlu ditukar. Barang yang perlu ditukar adalah 

Bateri yang berharga RM220
Computer tuning yang berharga RM150
Spark plug Iridium yang berharga RM280

Spark plug terlalu mahal bagi saya dan saya minta mereka cari alternatif lain. Kemudian mereka kembali dengan  cadangan untuk menggantikan Spark plug ke jenama Denso. Ianyanya juga iridium dan berharga RM220. Saya setuju. Oleh kerana hari sudah lewat petang, bengkel beritahu bahawa kereta tak boleh siap pada hari semalam juga. Saya OK. 

Hari ni bengkel bagitahu kereta sudah siap. Saya pun pergi ambil kereta dan bayar semua dengan harga RM590. Alhamdulillah kereta hidup. 

Moga info ini berguna kepada sesiapa yang bakal atau sedang melaluinya. 






Pengalaman makan di Warung Arif Char Kuey Teow Kg. Pelet Bukit Mertajam

Assalamualaikum semua. Kali ni saya nak bawa anda ke satu warung char kuey teow yang mungkin anda tidak tahu melainkan anda tinggal berdekatan dengan Bukit Mertajam Pulau Pinang. Ianya bernama Arif Char kuey teow dan terletak di kampung Pelet bukit Mertajam, Pulau Pinang.


 Dari Google Maps, dinyatakan bahawa warung ini dibuka pada 6 petang, tapi malangnya ianya masih belum dibuka ketika kami sampai pada 6 petang. Kelihatan seperti gerai ini mula untuk bersiap pada 6 petang. Namun gerai di hadapan warung ini meriah dengan pengunjung ketika ini dan mari kita lihat apa yang ada disana. 
Rupanya disini ada dijual jagung Cheese tarik, jagung rebus, jagung bakar, sata, otak otak dan pepes. Jagung Cheese tarik adalah tarikan utama pengunjung di gerai ini. Tiada masalah jika anda terlupa untuk bawa dompet, tak cukup duit atau nilai duit anda terlalu besar kerana pembiayaan melalui QR code juga disediakan. 

Kami beli jagung Cheese tarik dan juga sata di sini. Namun kelihatan seperti mungkin lama masa yang diperlukan untuk kami menunggu, maka kami pun tambah lagi order dari gerai hadapan. Kali ini kami tambah pepes ayam sebab kami belum pernah mencubanya. 
Jagung Cheese tarik di sini memang sedap dan memang patut pun ramai orang berkerumun di depan gerai ini. Memang terbaik jagung Cheese tarik ini. Jom kita tengok sata pula. Sata di sini juga sedap. 

Pada 6:30 petang, kelihatan tukang masak mula beroperasi. Kami pesan 3 pinggan char kuey teow besar yang berharga RM8 sepinggan dan 1 pinggan char kuey teow kosong besar iaitu char kway teow tanpa udang berharga RM4 sepinggan. 
Oleh kerana kami sampai paling awal, maka kami punya lah yang sampai dahulu. Tengok lah char kway teow ini. Udangnya besar dan kuahnya banyak dari kebanyakan warung char kuey teow yang kami pernah pergi. Kuahnya betul-betul banjir. Ketika ini kelihatan makin ramai pelanggan tiba.

 Memang puas hati makan di sini. Selepas habis makan kami pun bayar. Kos makan kami di sini adalah RM30.50. Ais kosong di sini pula adalah percuma. Masa kami pulang, kami dapati pelanggan makin ramai sehingga meja hampir penuh dan begitu juga parking di sini yang sudah penuh.

 Diharapkan anda terhibur. Sila datang dan cuba sendiri char kuey teow di sini dan kemudian berikan pendapat anda di ruangan komen. 
Sekian terima kasih

Pengalaman makan nasi kandar di Jamal Mohamed, Butterworth

Kali ni saya nak bawa anda ke satu restoran nasi kandar yang agak kurang dikenali oleh pengunjung dari luar negeri pulau Pinang. Ianya terletak lebih kurang 2 kilometer dari Penang Sentral Butterworth dan terletak dibelakang TM Butterworth. Mudah untuk sampai disini menggunakan Google Maps, cuma parkir kenderaan sahaja yang mungkin mencabar kerana sentiasa penuh terutamanya waktu tengahari.


 Kebetulan saya dah sampai sini atas urusan lain dan waktu pun sudah tengahari. Maka saya ambil kesempatan ini untuk makan di nasi kandar Jamal Muhammad.  Nasib baik tak ramai yang beratur ketika ini, sebab waktu baru menunjukkan pukul 12 tengah hari dan hujan pun baru berhenti. 


Kelihatan banyak lauk pauk yang disediakan. Dari yang taraf marhaen hingga ke taraf kayangan. Saya mengambil nasi, ayam goreng, sayur peria goreng dan kuah banjir. Nasi dia special sikit seakan-akan nasi minyak, cuma saya rasa kurang senang sebab nasinya lembik. Di resit tertulis RM9.30 belum termasuk air. Saya order air suam sahaja. 


Suasana makan disini agak selesa dengan kerusi yang empuk, kipas yang kuat dan pencahayaan yang bagus. Meja juga banyak disediakan dan agak luas. Selepas saya habiskan makanan, saya pun ke kaunter untuk membayar. Rupanya bayaran yang dikenakan kepada saya adalah sebanyak RM10.25 kerana ada cukai servis yang dikenakan. 


Sekarang anda dah tahu pilihan lain selain dari nama-nama besar yang ada di Pulau Pinang. Anda boleh cuba Nasi Kandar Jamal Mohamad dan kemudian tuliskan komen anda tentang tempat ini di ruangan komen.  Sekian terima kasih dan jumpa lagi

Ketahui 7 Sebab utama pinjaman perumahan ditolak dan cara untuk pastikan pinjaman perumahan anda lulus

Zaman sekarang bukan senang untuk cari pembeli rumah yang layak untuk membeli rumah. Kali ni kita nak kupas apakah masalah utama yang menyebabkan pinjaman perumahan bakal pembeli sering ditolak oleh Bank dan cara untuk pastikan permohonan anda diluluskan. Maklumat yang saya kongsikan ini adalah berdasarkan dari perbincangan dengan beberapa pegawai bank dan pengalaman sendiri dalam menguruskan pinjaman perumahan untuk pembeli yang membeli melalui saya. 

Rekod pembayaran hutang yang tidak cantik. 
Bank boleh tengok rekod anda melalui CTOS dan CCRIS. Kalau anda ada hutang tetapi selalu lambat bayar atau bayar kurang, bagaimana pihak bank boleh percaya yang anda mampu untuk membayar hutang baru dengan baik? Secara amnya bank hanya akan bagi pinjaman kepada mereka yang berdisiplin dalam melunaskan hutang. Maka pastikan hutang anda dibayar tepat pada masanya. 

Tiada rekod CCRIS. 
Jangan ingat jika anda tidak pernah berhutang, anda boleh terlepas dari kategori pertama. Ini juga antara masalah utama kerana jika tiada rekod langsung, bagaimana bank boleh tahu bahawa anda adalah seorang yang berdisiplin dalam membayar hutang? Selalunya bank akan cadangkan anda untuk ambil kad kredit dan buktikan yang anda adalah individu yang berdisiplin dalam membayar hutang selama 6 bulan. Namun untuk hal ini, bank mungkin boleh bagi pengecualian sekiranya umur anda masih muda tetapi bergaji besar. 

Tiada pendapatan yang stabil
Jika pendapatan anda tidak menentu, bagaimana bank nak percaya bahawa anda mampu untuk membayar hutang mereka secara konsisten? Bayangkan kalau bulan depan pendapatan anda kurang separuh atau tiada langsung. Dah tentu anda akan menghadapi masalah untuk membayar hutang. Individu yang bekerja sendiri kena berhati hati tentang bab ini. Untuk yang kerja bergaji pula, walaupun gaji puluhan ribu contohnya pemain bola sepak, anda juga ada masalah untuk membuat pinjaman bila kelab bola sepak anda tidak membayar gaji pemain. Maka pastikan pendapatan anda stabil. 

Pekerjaan tidak stabil
Selain dari pendapatan tidak stabil, ada juga yang masuk dalam kategori pekerjaan tidak stabil. Contohnya jika kerja anda adalah lantikan kontrak, bagaimana anda boleh jamin bahawa tahun depan kontrak anda akan disambung? Jika anda mempunyai lantikan tetap dan bergaji stabil sekalipun, tetapi pekerjaan atau majikan anda terlibat dalam sektor yang berisiko tinggi, mungkin permohonan anda juga akan ditolak. Contohnya ketika zaman Covid dahulu, boleh dikatakan semua pekerja dalam bidang sektor pelancongan dan penerbangan tidak dapat pinjaman untuk membeli rumah. Pernah satu ketika pekerja sektor minyak dan gas pun susah untuk mendapatkan pinjaman kerana zaman itu terdapat banyak syarikat minyak dan gas membuang pekerja mereka. Bank bukan tengok anda sahaja tetapi dengan siapa anda bekerja juga. Maka tukar syarikat atau bidang yang lebih stabil jika perlu. 

Tiada bukti pendapatan ataupun dokumen sokongan
Untuk kes begini rasanya semua orang faham. Semua perlukan bukti. Ada yang awalnya bagi tahu agen yang gaji mereka adalah RM3000 sebulan tapi lepas dapat slip rupanya RM1800 shaja. Rupanya RM3000 itu adalah gaji termasuk OT dan Bonus. Kalau slip gaji RM3000 sebulan tapi yang masuk ke dalam bank adalah RM10000 sebulan pun masalah juga. Dari mana datangnya duit tu? Adakah dari rasuah atau dari aktiviti penggubahan wang haram? Kalau anda masuk penjara, siapa pula nak tolong bayar hutang nanti? Atau adakah company anda masukkan gaji pendatang haram melalui akaun anda dan kemudian anda pula yang keluarkan duit tersebut untuk diserahkan kepada mereka secara tunai? Bank boleh kesan jika terdapat sesuatu yang mencurigakan dari aktiviti duit keluar masuk akaun anda. Kalau bank curiga, mereka ada hak untuk bertanya atau tolak permohonan anda. Maka pastikan dokumen sokongan semua lengkap. 

Nisbah hutang yang sudah terlalu tinggi Kalaulah gaji RM3 ribu tetapi hutang sekarang sudah mencecah RM1800, ini bermakna nisbah hutang anda adalah 60%. Untuk individu bergaji RM3000, nisbah hutang 60% boleh dikatakan sudah agak tinggi. Bagaimana anda nak meneruskan kehidupan jika anda menambah hutang baru? Secara amnya kos untuk hidup satu keluarga sekarang lebih kurang sebanyak RM1000. Nilai ini mungkin hanya cukup untuk makan, petrol, bil utiliti, sekolah anak, pengasuh dan belum lagi termasuk duit untuk beraya, melancong, dsb. Setiap peringkat gaji ada nisbah masing-masing. Ada yang 60% dan ada yang 80% bergantung kepada gaji. Secara amnya lagi tinggi gaji, lagi tinggi lah nisbah pendapatan yang dibenarkan untuk anda berhutang. Pembeli rumah pertama yang sangkut disini selalunya mereka telahpun membuat pinjaman peribadi yang besar dan membeli kereta yang mahal. Maka elakkan pinjaman peribadi dan pakailah kereta seadanya. 

Menjadi gerentor kepada seseorang yang telah pun blacklist oleh Bank. 
Bab ni rasanya jelas dan tak perlu diperjelaskan lagi. Selagi yang kita gerenti itu ada masalah bank, selagi itulah kita tidak akan mendapat pinjaman. Maka jangan jadi gerentor kepada sesiapa pun selagi anda belum lagi ada rumah. 

Sekarang anda dah tahu sebab sebab utama pinjaman perumahan ditolak oleh bank. Jom rancang dari sekarang untuk membolehkan anda membeli rumah tanpa ada masalah. 

Kalau ada soalan lanjut boleh Click www.wasap.my/60164449278/nakbeli

Cara nak bagi gambar cantik dari Astro Ultrabox

Anda ada TV mahal tetapi malangnya bila anda sambungkan ia ke Astro ultrabox, kualiti gambar yang dihasilkan tidak seperti yang anda harapkan. Jom saya tunjukkan cara macam mana kita nak dapatkan kualiti gambar yang lebih baik dari Astro Ultrabox.  Antara faktor utama mengapa kualiti gambar tidak seperti yang kita harapkan adalah kerana setting yang dilakukan oleh kita ataupun mungkin juruteknik yang datang untuk installl ultrabox kita tidak padan dengan TV kita.

Selalunya jika kita tidak tahu tentang sesuatu, kita akan lebih cenderung untuk set ke auto. Mungkin itu adalah jalan selamat. Tetapi bila kita setting pada auto, kadang-kadang ultrabox akan lebih cenderung menghasilkan gambar dengan kualiti yang rendah yang mungkin bertujuan untuk menjimatkan data yang digunakan untuk dipindahkan ke TV. Mungkin juga ada masalah kelajuan Internet pada pakej ataupun kawasan anda yang membuatkan Astro Ultrabox cenderung untuk beroperasi dengan data yang rendah. 
Maka untuk kita tukar setting ni adalah kita harus ke bahagian setting di Ultrabox. Kemudian turun bawah ke bahagian audio dan video. Kemudian kita ke bahagian video resolution dan di sini kita boleh nampak ianya diletakkan pada auto. Kita perlu tukar bahagian ini ke resolusi yang sama dengan TV kita.

Contohnya kalau TV kita adalah 4k, maka kita tukar setting ini ke 4k. Kalau TV kita hanya support full HD, maka kita tukar setting ke kepada full HD 1080p. Ada 2 pilihan sebenarnya untuk resolusi 1080 iaitu p dan I. Mungkin ada yang akan tanya apa beza antara 1080p dan 1080i. Secara mudahnya jika anda selalu menonton filem yang aksi anda mungkin perlu setting kan ia kepada 1080p kerana ia akan menghasilkan gambar yang lebih lancar berbanding dengan 1080i. P adalah singkatan untuk Progresif. 
TV saya adalah 4k maka saya akan setting kan dia kepada 4k. Kemudian kita akan ke TV resolusion test dan tekan confirm jika tulisan nampak tajam. 

Kemudian tekan channel yang ada menyiarkan gambar dalam resolusi 4k. Seperti saya, saya lebih suka untuk Test kualiti gambar di Channel 549 Love Nature sebab ini cara paling cepat untuk saya capai channel 4k yang saya langgan melalui Astro. Saya juga ada langgan Netflix yang mempunyai 4k dan Dolby Atmos. Anda juga boleh cuba Netflix untuk test kualiti gambar dari Astro Ultrabox anda. 

Kini anda dah tahu cara untuk menghasilkan gambar yang cantik setara dengan kualiti TV anda. Harap maklumat ini membantu. 

Tolong like dan subscribe channel ini sebagai tanda sokongan. Terima kasih dan jumpa lagi. 

Kisah lawak dan sedih di KFC Baling

16 September di KFC baling... 
Auntie: Saya mahu atas peha
KFC: Dah habis
Auntie: Bagi tetek pun tak apa

Tak tahu lah nak gelak ke nak menangis. Ni cerita betul tau. Bukan rekaan. Bila saya dengar autie tu cakap, saya macam tak percaya je. Kot kot lah saya salah dengar. 

Di Thailand orang cina sudah boleh jadi Perdana Menteri tapi kat Malaysia ni nampaknya jauh lagi perjalanan. Mana tidaknya, rata rata orang cina masih lagi tidak menguasai bahasa Melayu. Tapi cita cita politik mereka besar. 

Ini semua salah ahli politik dari dulu hingga kini tak kira dari parti mana pun yang nampaknya masih tiada keinginan untuk mewujudkan sistem satu sekolah seperti negara-negara lain. Mungkin saya salah dan kalau ada parti politik yang nak wujudkan sistem satu sekolah, tolong perbetulkan saya. 

Bagi saya selagi sistem satu sekolah tidak diadakan, sampai bila pun kita akan masih menghadap permasalahan antara kaum. 

Selamat Hari Malaysia

Tak jumpa beras tempatan di Baling

Semalam sempat meninjau keberadaan beras di Baling. Sebelum ni saya tak ambil kisah sangat dengan keberadaan beras di kawasan sekitar sebab selama nj saya makan beras perang. Oleh kerana sekarang ni ramai bising sebab tak ada beras maka saya pun pergi meninjau alang alang isteri dan anak anak nak brli barang di Long Wan Baling. 

Kalau di kawasan tengah Malaysia pun ada masalah, bagaimana pula dengan sempadan Malaysia-Thailand. Ternyata yg ada cuma beras import. Di belakang saya ada brader India mengadu kata apa nak jadi dengan kerajaan sekarang ni. Bagi saya, pelik sebab yg larang beras mereka di eksport adalah India tapi yang tak ada adalah beras tempatan. 

Bangladesh pula mungkin segan nak eksport beras depa kat Malaysia. Hahaha... Selamat hari Malaysia

La Casa Lunas: The Epitome of Luxury and Eco-Living

Welcome to La Casa Lunas, the first eco-living guarded integrated township in Lunas, where a luxurious lifestyle is seamlessly blended with the wonders of nature. Nestled just 10 minutes away from the renowned Kulim High-Tech Park and conveniently connected to Penang and Kulim town via the BKE highway, this township offers an unmatched living experience that will leave you spellbound.
Spread over a sprawling 220 acres of freehold land, La Casa Lunas is a well-planned, meticulously designed township that prioritizes the wellness and convenience of its residents. With its innovative masterplan, every household is guaranteed access to the bountiful offerings of nature through the green spines that seamlessly cut through each precinct, ultimately connecting to the central park and commercial center. Prepare to be mesmerized as you embark on a journey through this unparalleled oasis.
Safety and security are of utmost importance at La Casa Lunas. As a 24-hour guarded community, residents can go about their day with complete peace of mind. Multiple security checkpoints are strategically placed throughout the township, ensuring the safety and protection of every individual within this gated haven. Rest easy knowing that your loved ones are safeguarded within the confines of this exclusive sanctuary.
Nature lovers will find solace in the mesmerizing lake at La Casa Lunas. 

Take a leisurely stroll along its banks, bask in the tranquility that fills the air, and let your worries drift away. This scenic water body provides a serene backdrop, offering respite from the hustle and bustle of daily life. Indulge in the myriad of recreational activities that the lake offers, as you embrace a lifestyle that harmonizes with nature.

The homes at La Casa Lunas redefine luxury living. With a range of options available, including the coveted 1.5 zero lot bungalows, residents can choose from an array of housing types that suit their unique tastes and preferences. Land areas measuring a generous 35'x65' ft provide ample space for families to flourish and create cherished memories. Both aesthetics and functionality have been thoughtfully considered, resulting in homes that exude elegance and style.
Step inside these exquisite abodes, and you will be greeted by an abundance of features that cater to your every need.High ceilings measuring 22' add to the sense of openness, allowing for better air circulation and natural lighting that illuminates every corner of your home. Two master bedrooms ensure optimal privacy and comfort, while three car parks guarantee ample space for your vehicles. Experience the joy of tending to your very own private garden, enveloping yourself in nature's wonders. Additional bedrooms with shared bathrooms provide enough room for a growing family or visiting guests, making La Casa Lunas the perfect haven for both privacy and socializing.
In conclusion, La Casa Lunas personifies the epitome of luxury living. With its unparalleled location, idyllic natural setting, top-notch security measures, and a range of exquisite homes, this township is poised to revolutionize the way we live. Immerse yourself in the marvels of nature, indulge in a range of recreational activities, and revel in the ultimate luxury that La Casa Lunas has to offer. Discover a life of opulence, tranquility, and eco-consciousness unlike anything you have ever experienced before.
Let's set an appointment to see the house and for further discussion by contacting 0164449278 or WhatsApp (preferred) by clicking www.wasap.my/60164449278/lacasalunas

Cara nak elak scammer telegram

 Semalam saya dapat satu mesej di Telegram dari salah seorang kenalan dalam bidang hartanah. Dalam mesej tersebut beliau menyatakan bahawa saya punya ic atau kad pengenalan telah digunakan untuk dalam grup my homestay untuk scan orang. Bila dapat mesej seperti ini tentunya kita akan berasa panik dan kita akan terus menjawab dan meneruskan perbualan dengan si penghantar mesej. 
Tapi nasib baik saya bijak kali ini apabila saya telah menghantar WhatsApp ke kenalan tersebut dan kenalan tersebut juga telah membalas WhatsApp saya dengan menyatakan bahawa telegram beliau telah digodam. Begitu juga dengan kejadian sebelum ni dimana ada satu mesej di telegram yang saya terima bertanyakan adakah kita hendak menonton filem secara percuma. 

Bila dapat mesej seperti ini sudah tentunya ramai di antara kita yang akan menjawabnya ya dan kita akan teruskan perbualan hinggalah kita akan tersedar yang kita akan ditipu. Nampaknya ada 2 taktik yang digunakan oleh Scammer di telegram iaitu dengan menawarkan sesuatu yang terlalu bagus yang susah kita nak tolak atau membuatkan kita jadi panik.

 Tapi satu tips yang saya nak kongsikan disini adalah apabila kita dapat mesej mesej seperti ini kita haruslah menghantar WhatsApp ataupun terus call pemilik pemilik akaun telegram tersebut untuk memastikan bahawa yang menghantar mesej tersebut adalah beliau sendiri atau scammer. 

Sekarang anda dab tahu cara nan mengelak dari jadi mangsa scammer di Telegram. Mohon sebarkan dan diharap tips ini berguna

Nasi Kandar Deen Mutiara. Sedap dan paling underated kat Penang.

 Pulau Pinang terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang sedap-sedap tapi ada satu tempat yang menyediakan makanan yang sedap tapi tak ramai orang tahu iaitu nasi Kandar Deen Mutiara yang terletak di Sungai Dua Butterworth. 
Saya sendiri pun sebelum ni lebih banyak meluangkan masa pergi ke Nasi Kandar Ali Khan kerana harganya yang amat berpatutan dan selalu tengok ramai orang beratur. Kalau ambil nasi, ayam dan sayur, biasanya harga adalah RM6.40. Tapi semenjak saya tiba-tiba rasa teringin nak makan nasi kandar yang paling power dan selalu ke Pulau Pinang sebab feri baru dan percuma, saya selalu juga singgah makan di beberapa kedai nasi kandar contohnya ke Hameediah, Line Clear dan sebagainya.
 Saya terfikir juga takkan di Seberang Perai tak ada langsung nasi kandar yang kuah pekat ala Hameediah tapi harga lebih murah? Maka saya pun cuba explore cari ke beberapa kedai nasi kandar yang lain di seberang Perai dan akhirnya saya jumpa Jamal nasi kandar di Butterworth. Tapi saya tak puas hati dan teruskan lagi pencarian. 

Kemudian saya nampak berapa iklan di tepi jalan di Sungai Dua Butterworth iaitu iklan Deen Mutiara yang mempunyai tag line "kena sekali mimpi selalu".
Sebenarnya banyak kali saya datang ke kedai ini untuk membeli roti canai dan memang kuah roti canai di sini boleh dikatakan yang paling sedap di Pulau Pinang. Walaupun sedap tapi tak tergerak hati pun untuk mencuba nasi kandar sebab susah nak tengok orang beratur makan disini walaupun waktu tengahari. 
Secara psikologi nya bila kita nampak tak ramai orang beratur, dah tentu kita rasa masakan di sini biasa biasa saja tapi saya memberanikan diri juga untuk mencuba. Ternyata sangkaan saya selama ini meleset dan nasi kandar di sini memang sedap sehingga isteri saya yang tak berminat nasi kandar pun mula mula minat nasi kandar di sini. 

Kalau di restoran nasi kandar ternama harga untuk nasi, ayam dan sayur mungkin mencecah RM13, tapi di Deen Mutiara harganya adalah RM7.70. Berbaloi bagi saya dengan kuah yang pekat dan sedap. 

Sekarang ni Deen Mutiara dah jadi kegemaran saya sampai hari ni dah 5 hari berturut-turut saya makan disini. Segan lah pula. Esok saya cuba pergi kedai lain pula. Tapi korang kalau nak cuba, saya memang boleh rekomen lah kedai ni. Bagi saya inilah restoran nasi kandar yang paling underated di Penang. 



Pengalaman ke Teashop 2 Bharat tea Cameron Valley

Kemudian kami ke Bharat tea. Selalunya sibuk dan susah nak cari tempat letak kereta dan tempat duduk semasa cuti sekolah. Bergerak turun dari Tanah Rata, kami mengambil keputusan untuk melawat Teashop 2 kerana takut kedai teh 1 yang original, vintaj dan unik itu sudah sesak. 
Kami tidak pernah mengunjungi kedai teh 2 sebelum ini.
Kami tiba di kedai Teh 2 kira-kira jam 12:30 tengahari dan ini adalah waktu puncak mereka. Namun kami bernasib baik kerana berjaya mencari tempat letak kereta di tepi jalan berhampiran restoran. Beratur untuk makan dan minum juga tidak lama.
Pemandangan dari balkoni adalah menakjubkan dan ia sesuatu yang semua orang tidak boleh ketinggalan. Tidak ramai yang tahu bahawa pemandangan dari tandas juga menakjubkan.
Ini adalah makanan dan minuman kami. Ia berharga MYR72.
Saya memesan teh masala dan rasanya sangat enak.
Teh Masala berasal dari India telah mendapat populariti di seluruh dunia kerana rasa dan sifat memanaskan badan. Teh Masala paling sesuai dinikmati selepas makan ketika cuaca sejuk. 


Apa pun perasaan makan dan minum disini tak seseronok makan dan minum di teaShop 1 kerana meja makan kami agak jauh dari pemandangan lembah teh. Walaupun agak kecil tetapi TeaShop 1 lebih dekat dengan lembah teh dan menawarkan pemandangan yang lebih menarik. 

Terdapat juga kedai di mana boleh membeli produk berkaitan teh dan cenderahati lain. Kami sudah membeli teh di BOH sungai palas. Maka kami tidak membeli teh disini. 

Pengalaman di Taman Abang Cameron Highlands Steamboat & Grill

Kami memulakan perjalanan ke Tanah Rata dan ianya lancar sepanjang perjalanan. Kami tiba di Taman Abang Cameron Steamboat & Grill pada 5 petang. Tak ramai orang ketika ini. Kami pernah makan disini beberapa tahun dahulu bersama Adelia. Ada sedikit peningkatan harga berbanding dengan kedatangan kami sebelum ini, tapi kami rasakan ianya masih munasabah. 
Harga untuk dewasa adalah RM45 manakala untuk kanak-kanak macam Arif pula adalah RM32. 

Secara keseluruhan suasananya masih sama seperti pengalaman kami sebelum ini, tapi kami terperasan yang kali ini tiada payung bergantungan diatas seperti dahulu. 
Jom kita lihat apa yang disediakan disini untuk pelanggan. Ada pelbagai jenis perapan daging ayam, lembu dan kambing. Kemudian disini ada makanan laut seperti ketam, udang, kepah, Lala dan beberapa lagi. Kemudian ada Maggi, telur, Kueyteow, mee dan beberapa bahan cicah.
Kemudian ada disini ada stesen sayur-sayuran seperti paprika, brokoli, jagung, kobis, tomato, bak choy dan cendawan. 
Kemudian ada stesen makanan sejuk beku seperti bebola dan Kek ikan. 
Kemudian ada stesen minuman di mana air panas, kopi, air jagung dan pelbagai lagi disediakan. 
Kemudian ada stesen makanan siap dimasak seperti nasi goreng, bihun goreng dan nasi lemak. 
Kemudian ada stesen ais krim dimana terdapat pelbagai perisa disediakan. Kemudian terdapat stesen makanan ringan seperti naget, kentang goreng, jagung susu dan bertih jagung. 
Kemudian ada stesen terakhir iaitu buah buahan dimana disini disediakan epal, limau dan tembikai. 
Kami kekenyangan disini dan kami keluar sejam setengah kemudian. 

Melawat pasar malam Cameron Highlands 2023

Kemudian kami ke pasar malam yang terletak diantara Tanah Rata dan Brinchang. Dari simpang masuk ke sini kami dapati kenderaan sudah beratur. Kami sangkakan tiada pasar malam pada hari ini kerana hari ini adalah hari Isnin. Rupanya pasar malam tetap beroperasi setiap malam pada musim cuti sekolah. 
Kami parkir kereta ditempat yang sama kami parkir sebelum ini dan kemudian berjalan kaki. 
Berikut ialah beberapa perkara yang kita boleh jangkakan untuk ditemui di pasar malam ini. 
Strawberi,Makanan bergoreng, Sate, Campuran teh, Burger, cenderahati seperti rantai kunci, magnet peti sejuk, tumbuhan hiasan, pakaian, mainan, madu, sarang lebah, sayuran segar seperti baby kai lan, tomato, ubi keledek, jagung, terung, gula-gula, makanan ringan seperti cendawan goreng, strawberi yang dicelup coklat, Apam Balik, jagung rebus dan bakar, minuman strawberi, jem strawberi dan jem buah buatan sendiri yang lain. 

Selepas pusing pasar malam sebanyak 2 kali, kami pun pulang ke apartmen. Perjalanan lancar ke kea Farm disebabkan oleh semua kedai telah pun ditutup. Kemudian kami bersantai di ruang balkoni sambil menikmati makanan yang dibeli di pasar malam tadi. Ketika ini suhu adalah sekitar 19 darjah Celsius. 

Melawat BOH Sungai Palas 2023

Kami memulakan perjalanan dari Apartment kami yang terletak hanya 700 meter ke selekoh BOH Sungei Palas. Ia dibuka setiap hari dari 8:30 pagi hingga 4:30 petang kecuali Isnin.

Walau bagaimanapun, pemanduan ke kawasan ini mungkin memerlukan kemahiran memandu yang baik kerana laluan yang sempit.
Perjalanan bertukar menjadi menarik selepas 1.5km dari selekoh di mana kita boleh melihat pemandangan lembah teh yang menakjubkan. Sungguh cantik dan beruntung kerana Malaysia mempunyai ladang teh yang terpelihara dengan baik.
Ruang parkir juga luas disediakan untuk para pengunjung. Kemudia kami mendaki ke atas untuk ke pusat pelawat dan kafe. Setelah tiba diatas, kami dapati barisan untuk makanan sudah menjadi terlalu panjang. Maka kami buat keputusan untuk tidak beratur dan akan makan di Bharat tea masa perjalanan pulang nanti. 

Lawatan kilang juga disediakan dengan pemandu pelancong. Di sini kita dapat mempelajari bagaimana daun teh diproses. Ia merupakan pengalaman yang baik untuk semua dan ianya percuma.

Terdapat stesen yang menyediakan minuman promosi percuma dan kita boleh membelinya dari kedai mereka nanti. Di kedai teh disini, terdapat pelbagai jenis teh yang disediakan dan harganya berpatutan. Jangan lupa untuk membeli versi premium kerana kita tidak akan menemuinya di tempat lain.

 Pengalaman kami disini pasti lebih bermakna jika dapat menghirup teh sambil melihat lembah teh yang indah ini. 

Menginap di Zarania Hillhomes Kea Farm Cameron Highlands

Kami mula cuba untuk Check in apartmen. Agak sukar juga untuk mencari lobby yang menguruskan Zarania Hillhomes hingga kami terpaksa berpusing beberapa kali.

Apartmen kami kali ini adalah Zarania Hillhomes yang ditempah melalui Agoda. Harga yang ditawarkan adalah sebanyak RM250 termasuk cukai yang dikenakan oleh kerajaan negeri Pahang. Apartment ini terletak di belakang Copthorne Hotel dan suasana disini seakan-akan kita berada di luar negara.
 Setelah mendapat kunci, kami pun mula mencari apartmen kami dan kami berpusing-pusing lagi sehinggalah kami menjumpainya. Lokasi apartmen kami agak tersembunyi berbanding dengan apartmen lain. 

Apartmen kami terletak ditingkat bawah dan suasana luarannya juga agak menakutkan. Walaupun begitu, persekitaran di dalam apartmen adalah jauh berbeza dan Ameer Areef teruja apabila pertama kali memasuki apartmen ini. Suasana di balkoni juga menarik.

 Rupanya dari sini kami boleh nampak dengan jelas tempat kami parkir kereta sebelum ini untuk ke Bazar. Parkir tersebut sebenarnya terletak betul-betul di belakang apartmen kami. Kami berehat sebentar di apartmen ini sebelum keluar semula untuk makan Steamboat di Tanah Rata. 

Parking di tempat baru Kea Farm 2023

Kami sampai di Tringkap lebih kurang 11:30 pagi. Namun keadaan trafik mula perlahan dan boleh dikatakan terus berhenti apabila kami berada lebih kurang 2 kilometer sebelum Kea Farm. Selepas 2 jam, kami pun tiba di Kea Farm dan cuba untuk Check in awal, namun tidak dibenarkan. Check in apartmen hanya dibenarkan selepas 3 petang. 

Oleh kerana itu, kami luangkan masa yang ada untuk ke gerai gerai yang terdapat disekitar Kea Farm yang menjadi kewajipan bagi setiap pengunjung di Cameron Highlands. 


Kami parking tempat parking yang baru dan kami agak risau kerana kelihatan seperti kami perlu mendaki bukit yang tinggi dan berjalan jauh ke gerai gerai jualan. Parking disini adalah berbayar. Bayaran adalah RM4 untuk jam pertama dan RM3 untuk jam berikutnya. Setelah mengambil tiket, kami pun masuk. Parking disini amat luas. Buggy disediakan untuk naik ke atas. Kami sangkakan buggy ini akan membawa kami hingga ke gerai gerai diatas, namun sangkaan kami meleset selepas buggy ini berhenti berdekatan pintu keluar parking dan semua orang diminta turun.
 Kami pun mulakan perjalanan. Rupanya tidak penat langsung. Mungkin ianya disebabkan kami leka melayan pemandangan gerai gerai yang terletak dalam laluan untuk kami keatas. 
Apabila tiba diatas, mulalah mama berbelanja.

 Mula mula kami singgah di gerai yang menjual aiskrim yang unik dan dikatakan hanya boleh didapati di Cameron Highlands. Rata rata aiskrim disini berharga RM6 hingga RM8. Selepas itu, kami menyeberangi jalan untuk ke Bazar yang terletak di seberang jalan. Walaupun banyak gerai, tapi rata-rata nya menjual produk yang sama. Cuma kita perlu mengingati harga sesuatu barang di gerai tersebut dan kemudian kita perlu bandingkan harga dengan gerai yang lain. Setelah jam menunjukkan hampir 3 petang, kami pun pulang ke parkir untuk ke Apartmen