Melawat BOH Sungai Palas 2023
Kami memulakan perjalanan dari Apartment kami yang terletak hanya 700 meter ke selekoh BOH Sungei Palas. Ia dibuka setiap hari dari 8:30 pagi hingga 4:30 petang kecuali Isnin.
Walau bagaimanapun, pemanduan ke kawasan ini mungkin memerlukan kemahiran memandu yang baik kerana laluan yang sempit.
Perjalanan bertukar menjadi menarik selepas 1.5km dari selekoh di mana kita boleh melihat pemandangan lembah teh yang menakjubkan. Sungguh cantik dan beruntung kerana Malaysia mempunyai ladang teh yang terpelihara dengan baik.
Ruang parkir juga luas disediakan untuk para pengunjung. Kemudia kami mendaki ke atas untuk ke pusat pelawat dan kafe. Setelah tiba diatas, kami dapati barisan untuk makanan sudah menjadi terlalu panjang. Maka kami buat keputusan untuk tidak beratur dan akan makan di Bharat tea masa perjalanan pulang nanti.
Lawatan kilang juga disediakan dengan pemandu pelancong. Di sini kita dapat mempelajari bagaimana daun teh diproses. Ia merupakan pengalaman yang baik untuk semua dan ianya percuma.
Terdapat stesen yang menyediakan minuman promosi percuma dan kita boleh membelinya dari kedai mereka nanti. Di kedai teh disini, terdapat pelbagai jenis teh yang disediakan dan harganya berpatutan. Jangan lupa untuk membeli versi premium kerana kita tidak akan menemuinya di tempat lain.
Pengalaman kami disini pasti lebih bermakna jika dapat menghirup teh sambil melihat lembah teh yang indah ini.
Ulasan
Catat Ulasan