Pengalaman makan di Warung Arif Char Kuey Teow Kg. Pelet Bukit Mertajam

Assalamualaikum semua. Kali ni saya nak bawa anda ke satu warung char kuey teow yang mungkin anda tidak tahu melainkan anda tinggal berdekatan dengan Bukit Mertajam Pulau Pinang. Ianya bernama Arif Char kuey teow dan terletak di kampung Pelet bukit Mertajam, Pulau Pinang.


 Dari Google Maps, dinyatakan bahawa warung ini dibuka pada 6 petang, tapi malangnya ianya masih belum dibuka ketika kami sampai pada 6 petang. Kelihatan seperti gerai ini mula untuk bersiap pada 6 petang. Namun gerai di hadapan warung ini meriah dengan pengunjung ketika ini dan mari kita lihat apa yang ada disana. 
Rupanya disini ada dijual jagung Cheese tarik, jagung rebus, jagung bakar, sata, otak otak dan pepes. Jagung Cheese tarik adalah tarikan utama pengunjung di gerai ini. Tiada masalah jika anda terlupa untuk bawa dompet, tak cukup duit atau nilai duit anda terlalu besar kerana pembiayaan melalui QR code juga disediakan. 

Kami beli jagung Cheese tarik dan juga sata di sini. Namun kelihatan seperti mungkin lama masa yang diperlukan untuk kami menunggu, maka kami pun tambah lagi order dari gerai hadapan. Kali ini kami tambah pepes ayam sebab kami belum pernah mencubanya. 
Jagung Cheese tarik di sini memang sedap dan memang patut pun ramai orang berkerumun di depan gerai ini. Memang terbaik jagung Cheese tarik ini. Jom kita tengok sata pula. Sata di sini juga sedap. 

Pada 6:30 petang, kelihatan tukang masak mula beroperasi. Kami pesan 3 pinggan char kuey teow besar yang berharga RM8 sepinggan dan 1 pinggan char kuey teow kosong besar iaitu char kway teow tanpa udang berharga RM4 sepinggan. 
Oleh kerana kami sampai paling awal, maka kami punya lah yang sampai dahulu. Tengok lah char kway teow ini. Udangnya besar dan kuahnya banyak dari kebanyakan warung char kuey teow yang kami pernah pergi. Kuahnya betul-betul banjir. Ketika ini kelihatan makin ramai pelanggan tiba.

 Memang puas hati makan di sini. Selepas habis makan kami pun bayar. Kos makan kami di sini adalah RM30.50. Ais kosong di sini pula adalah percuma. Masa kami pulang, kami dapati pelanggan makin ramai sehingga meja hampir penuh dan begitu juga parking di sini yang sudah penuh.

 Diharapkan anda terhibur. Sila datang dan cuba sendiri char kuey teow di sini dan kemudian berikan pendapat anda di ruangan komen. 
Sekian terima kasih

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara scan dokumen dan IC depan belakang free dengan menggunakan handphone

Panduan Mudah: Klaim Balik Insurans Kereta yang Tidak Digunakan selepas Jual Kereta

Nasi Kandar Ali Khan, Sungai Dua Butterworth