Rugi ke join takaful tapi tak dapat pampasan?

 Hai assalamualaikum semua. kali ini saya nak ulas tentang Adakah anda rugi jika anda sertai Takaful tetapi tidak berpeluang mendapat sebarang pampasan .  

 Mungkin ada sesetengah orang yang berpendapat Jika aku meninggal dan waris aku dapat duit, ini bermakna aku menang. sebaliknya Jika aku hidup dan waris aku tak dapat duit pampasan, ini bermakna aku kalah. Saya ingin tanya ada kembali Adakah anda ingin hidup ataupun anda ingin mati? Adakah anda mahu sihat atau anda mahu sakit?

seperti saya pernah Terangkan melalui video sebelum ini Takaful menggunakan konsep tolong menolong sesama ahli yang mempunyai risiko yang sama seperti kematian, hilang, upaya kekal dan juga sakit. Jika anda tidak berpeluang untuk menggunakan wang pampasan Takaful, sepatutnya anda bersyukur bahawa anda tidak ditimpa musibah. sebaliknya sumbangan yang anda berikan setiap bulan kepada pihak Takaful digunakan untuk menolong peserta-peserta yang mengalami musibah. Jika niat anda Betul insyaallah anda juga mendapat pahala daripada sumbangan yang anda berikan setiap bulan. Sebab itu ianya dipanggil sumbangan takaful dan bukannya bayaran takaful. Sumbangan anda ibarat sedekah.

 bayangkan Jika anda bersedekah setiap bulan secara konsisten, mesti banyak ganjaran yang anda akan dapat. kadang-kadang ganjaran datang bukan dalam bentuk wang ringgit sahaja tetapi dalam pelbagai bentuk contohnya sihat, ketenangan, keluarga yang baik dan pelbagai lagi 

Versi YouTube
https://youtu.be/zEaCQ09z_Ck

5 cadangan lepas dapat pampasan RM1 juta



Hai dan Assalamualaikum semua. Kali ni saya nak kongsikan 5 idea bagaimana waris boleh menggunakan wang pampasan takaful RM1 juta.

Pertama: Labur wang pampasan 1 juta ke dalam unit amanah yang mempunyai pulangan sama atau lebih dari 5% setahun. Dengan cara ini waris kita akan dapat paling minima RM50 ribu setiap setahun tanpa usik duit pampasan tadi. RM50k ini juga akan dapat sampai bila bila sebab duit pampasan tidak diusik. Kalau dibahagi kepada 12 bulan, RM50k bersamaan RM4 ribu lebih sebulan.

Cara kedua, waris kita boleh Keluarkan duit ini secara bulanan contohnya RM5000 sebulan dan ianya akan bertahan sehingga 16 tahun lebih. Bagi saya lebih baik pilih cara yang saya sebutkan sebelum ini iaitu melabur di unit amanah sebab duitnya kekal dapat sampai bila bila. Dan tak banyak beza pun RM4 ribu dengan RM5 ribu sebulan tu.

Ketiga:Jika kita belum beli rumah mungkin, mungkin waris kita boleh gunakan sebahagian daripada pampasan RM1 juta itu untuk membeli rumah secara tunai.  contohnya Ambillah RM300 ribu untuk membeli rumah teres setingkat dan waris kita masih ada lagi baki sebanyak RM 700 ribu untuk dilaburkan ke Unit Amanah.  jika prestasi Unit Amanah memberi pulangan sebanyak lima peratus setiap tahun ini, bermakna Waris kita akan mendapat  hampir RM3000 satu bulan sampai bila-bila.  dengan cara ini rumah pun dapat, duit pun dapat.

Keempat: Jika kita sudah mempunyai hutang, waris boleh gunakan wang ini untuk selesaikan segala hutang. Waris pun tak perlu risau. Rumah tak kena lelong, kereta tak kena tarik dan pelbagai lagi masalah dapat dielakkan. Kalau ada lebihan, boleh simpan atau laburkan.

Kelima: Kalau kita tiada Waris, mungkin kita boleh hadiahkan wang pampasan kita ke Baitulmal,  Masjid, Sekolah Tahfiz, NGO  dan pelbagai lagi badan amal untuk pahala yang berterusan ketika kita sudah tiada. Dengan RM1 juta, kita mungkin boleh ada surau sendiri

Itulah sedikit sebanyak idea saya tentang bagaimana wang pampasan boleh digunakan oleh waris anda.
Jika yg menonton video ini adalah si pencari rezeki untuk keluarga, adakah anda ingin meninggalkan waris dalam keadaan susah dan meminta minta? Kalau tak nak boleh hubungi saya untuk dapatkan sebut harga dengan percuma.


Versi YouTube

https://youtu.be/Ap2oWpjOsP0

Dilema nak ambil Takaful atau tidak

 Kebanyakan orang tak setuju untuk ambil Takaful sebab dirasakan membazir, tapi 100 peratus orang yang telah kehilangan suami Nyatakan Takaful adalah satu perkara wajib yang perlu ada bagi setiap suami.
Semasa hidup dan sihat, suami mampu bekerja untuk mencari rezeki. Jika anda seorang suri rumah, 100 peratus pendapatan keluarga datang dari suami. Jika anda bekerja saya percaya sebahagian besar pendapatan keluarga masih lagi ditanggung suami.

Persoalannya, Berapa jumlah simpanan yang dikhaskan oleh suami dan isteri setiap bulan secara konsisten? Jika anda menyimpan RM150 sebulan selama 10 tahun, maka selepas 10 tahun jumlahnya bersamaan RM18 ribu. Itu kalau anda boleh simpan secara konsisten. Rasanya boleh ke? Kalau boleh Rasanya berapa lama RM18 ribu tu boleh habis? 6 bulan? Atau lebih singkat lagi? 

Lebih dari separuh rakyat Malaysia menghidap minimum satu dari 39 penyakit kritikal seperti darah tinggi, kencing manis, strok, kanser, sakit jantung. 

persoalannya, Jika ianya berlaku kepada suami, apa akan terjadi? kemungkinan besar 1) suami tidak lagi mampu bekerja seperti biasa. Jika selalu MC, mungkin lama kelamaan suami akan dinasihatkan berhenti oleh majikan. Ataupun suami terpaksa berhenti secara sukarela kerana tidak mampu lagi menanggung tugas atau menyusahkan rakan sekerja. Maka, tiada Lagi pendapatan tetap. hanya ada simpanan di bank, ASB dan sebagainya
2) suami juga perlu diberi perhatian lebih dari segi penjagaan dan rawatan. pembelanjaan juga akan meningkat dari biasa
3) bagi suri rumah, anda perlu bekerja menggantikan tempat suami. perlukan usaha yang lebih untuk Menjaga suami dan anak-anak Jika anda ada pengalaman Kerja dan kelayakan yang baik, anda mungkin berpeluang. tetapi jika tiada pengalaman atau Sudah lama tidak bekerja, macam mana?
4) bagi isteri yang bekerja Anda mungkin perlu bekerja lebih masa untuk menampung gaya hidup semasa penjagaan, rawatan suami dan pembelajaran anak-anak. Apakah simpanan anda dan suami cukup untuk menampung segalanya? jika cukup berapa lama pula ianya bertahan?
Jika suami meninggal dunia
Mati itu pasti.Tapi Bilakah masanya? Mungkin lagi 40 tahun? Mungkin lagi empat tahun? Mungkin Lagi empat bulan? Sekejap lagi?Tiada siapa yang tahu.
persoalan: jika ianya berlaku kepada suami anda, kemungkinan besar
1) anda sebagai surirumah 100%, tiada pendapatan. maka mahu tidak mahu isteri kena bekerja tungkus lumus untuk bekerja meneruskan hidupnya serta menjaga anak-anak
2) harta-harta suami akan dibekukan termasuklah akaun bank, KWSP, Tabung Haji, Unit Amanah, ASB, Hartanah dan sebagainya. nak selesaikan kosnya tinggi. urusan ini juga perlukan masa yang panjang. Sementara nak selesai, anda nak makan apa?
3) Walaupun mengikut faraid si isteri mendapat sikit berbanding dengan waris yang lain tetapi realiti kehidupan sekarang ni jika nak tuntut hutang suami, mereka akan mencari si isteri terlebih dahulu berbanding dengan waris yang lain
4) rumah yang dihuni sekarang akan menjadi Rumah Pusaka dan perlu diselesaikan dengan proses faraid. mahkamah memerlukan kos dan masa untuk selesaikan segalanya. Kalau waris yg lain nak kan rumah, anda nak duduk mana selepas tu?
5)perancangan pendidikan masa depan anak-anak mungkin terjejas. kekurangan masa akibat Kerja lebih masa peningkatan kos pendidikan dan kenaikan kos sara hidup menjadi salah satu faktor ianya dari dari apa yang dirancang.
 Apakah anda sudah bersedia menempuh segala kemungkinan kemungkinan ini?atau redha dan pasrah dengan apa yang akan terjadi pada masa hadapan? Apakah cukup dengan bantuan simpati orang keliling?Anda mungkin tidak perlukan Takaful Jika sekarang anda boleh sebutkan 3 nama yang boleh bantu anda setiap bulan menanggung segala perbelanjaan.

 Mungkin Takaful RM150 sebulan Nampak macam satu pembaziran pada hari ini, tapi ketahuilah ketika tuntutan diselesaikan isteri akan sangat berterima kasih kerana bulanan RM150 itulah yang membantu diri dan anak-anaknya untuk beberapa tahun akan datang. 

Jika yg baca ini adalah para suami, adakah anda ingin meninggal waris dalam keadaan susah dan meminta minta?

Versi YouTube
https://youtu.be/eQ5BXDuGkJI



Kenapa perlu check kelayakan loan rumah terlebih dahulu (part 2)


Kali ini saya nak sentuh bab yang saya pernah sentuh sebelum ini; iaitu mengapa kita perlu cek had kelayakan loan terlebih dahulu bila kita buat keputusan untuk cari rumah yang kita nak beli.

  Mungkin ada sesetengah pembeli yang berpendapat bahawa cek had kelayakan loan ini adalah perkara remeh. Nak tengok rumah terlebih dahulu dan jika berkenan barulah mereka nak check kelayakan loan. Mereka tak kisah ke hulu ke hilir, berhujan berpanas, bawa baby, luangkan masa, tenaga dan juga duit untuk tengok rumah.

 Mereka kena faham bahawa nak tengok rumah subsales ni, kita perlu dapat persetujuan daripada pihak penjual. Kalau anda sendiri pun adalah penjual mesti anda tidak mahu ramai orang sewenang wenangnya datang tengok rumah anda. Pasti anda akan setkan beberapa kriteria untuk datang tengok rumah anda. Contoh soalan basic yang anda mungkin tanya adalah "adakah prospek yang datang ni loan boleh lulus?". Adakah yang datang ini adalah pembeli yg serious? Dari pengalaman saya hampir kesemua pembeli yang serius akan beri kerjasama dengan agent hartanah mereka untuk sembang bab kelayakan terlebih dahulu.

 Kalau kita bagitahu yang nak datang ni loan boleh lulus dan cukup syarat, maka pemilik rumah pun senang hati untuk menerima kunjungan bakal pembeli tadi. Sebab bila bakal pembeli datang untuk melihat rumah, maka si pemilik tadi perlulah tetapkan jadual dia dan batalkan semua urusan lain. Rumah pun kena kemas sebaik-baiknya. Ada juga pemilik yang tinggal di rumah berbeza dari rumah yang nak dijual. Maka si penjual perlu mengeluarkan kos minyak untuk melayan si bakal pembeli.

Harap bakal pembeli faham mengapa perlunya check had kelayakan loan rumah terlebih dahulu.

Versi YouTube

Hati hati bila nak beli rumah subsales kos rendah


Kali ini saya nak sentuh bab mengapa kita perlu hati-hati bila kita nak beli rumah kos rendah. Bila kita scroll iklan-iklan jual rumah yang ada di pelbagai platform,  mungkin kita akan terjumpa beberapa rumah yang dalam kategori rumah kos rendah. Ramai yang tak tahu yang rumah subsales atau rumah secondhand kos rendah ni bukan senang-senang boleh dijual. Kebanyakan rumah kos rendah memerlukan kelulusan kerajaan negeri untuk  penjualan. Perkara ini boleh disahkan melalui geran.  Lain negeri lain syaratnya tetapi ada juga syarat-syarat yang lebih kurang sama antara negeri-negeri. Contohnya rumah kos rendah tersebut tidak boleh dijual dalam tempoh 10 tahun dari tarikh pembelian.

Saya sendiri pun pernah ada kes di mana kawan saya minta tolong saya untuk jualkan rumah kawan dia yang baru 5 tahun pemilikan.  Kawan dia atau pun pemilik rumah tersebut dah cuba untuk mendapatkan pertolongan dari beberapa agen hartanah tapi mereka semua menolak sebab mereka sudah tahu yang rumah tersebut susah untuk dijual serta akan membazir masa. Walaupun saya tahu yang rumah tersebut sukar untuk dijual tapi saya tolong juga atas dasar kesian dan juga saya pun ingin cuba kalau kalau berjaya.

Rumah tersebut terletak di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan tuan rumah pula sekarang ni tinggal di Perlis. Alasan yang beliau berikan  untuk menjual rumah tersebut adalah kerana beliau tiada lagi kepentingan untuk mempunyai rumah di Pulau Pinang.  Nampak macam ada harapan untuk rumah tu dijual tapi dari awal saya tak janji sebab semuanya terletak pada Kerajaan negeri.  Rumah tersebut pada asalnya dibeli pada harga RM40 ribu dan harga yang beliau ingin jual adalah pada RM200k. Setelah berbincang  beliau bersetuju untuk turunkan harga kepada  RM160 ribu.

Setelah dapat  pembeli  dan urusan permohonan loan pun telah diluluskan, maka Saya pun ke proses seterusnya iaitu urusan guaman.  Permohonan kelulusan kerajaan negeri diuruskan oleh peguam.  Malangnya permohonan untuk penjualan kami tidak diluluskan oleh kerajaan negeri.  Kemudian kami mohon untuk pertimbangan semula selama beberapa kali namun tetap gagal sehingga hari ni. Kes masih belum selesai selepas 3 tahun. Nampaknya alasan yang diberikan masih tidak kuat untuk dapat kelulusan dari kerajaan negeri.

Dalam kes ini kita tidak boleh menyalahkan kerajaan negeri kerana apa yang mereka lakukan adalah untuk melindungi kepentingan awam.  Bayangkan beli pada harga RM40k dan jual kembali dengan harga RM160k.  dalam masa 5 tahun untung Rm110k.  Skim cepat kaya apakah ini kan?  Saya harap semua faham apa yang saya nak sampaikan.

Versi YouTube:

https://youtu.be/kZpwtU1anhk

Kelebihan ada takaful awal sebelum beli rumah


Ramai yang tak tahu bahawa bila kita apply loan dengan bank, bank akan minta kita untuk apply insurance rumah sekali. Ini bertujuan untuk jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal kepada kita, maka ada pihak yang akan tolong bayar hutang rumah kita. Bank tak nak menanggung kerugian jika si peminjam kematian atau hilang upaya kekal. 

Tapi lebih ramai yang tak tahu bahawa insurans atau Takaful ini boleh diambil lebih awal sebelum anda membeli rumah. Contoh jika anda mengambil Takaful hayat ataupun hibah yang bernilai RM300k hari ini dan jika esok anda meninggal ataupun hilang upaya kekal akibat kemalangan selepas polisi anda aktif, maka keluarga anda sudah boleh mendapat pampasan sebanyak RM300k dan wang itu boleh digunakan untuk membeli rumah secara tunai.

 Memang pernah ada kes sebelum ini di mana waris membeli rumah secara tunai setelah mendapat wang pampasan dari pihak Takaful. Ada juga kes yang takafulnya diambil lebih awal lagi semasa bujang kerana sumbangan bulanan Takaful adalah lebih murah semasa muda dan sihat.

 Oleh kerana paras gaji yang rendah dan juga harga rumah yang teramat tinggi sekarang ni, ramai juga yang lambat untuk memiliki rumah. Jika nak beli rumah baru nak apply Takaful, ketika itu sumbangan takaful sudah menjadi tinggi kerana umur sudah lanjut dan mungkin juga kita sudah mempunyai penyakit. 

 Ada sesetengah bank yang menetapkan syarat bahawa jika loan layak sekalipun tapi tidak dapat perlindungan insurance, maka permohonan loan boleh dibatalkan. Masa kita sihat terpulang kepada kita untuk memiliki polisi Takaful. tapi jika kita sudah sakit maka ianya terpulang kepada Takaful pula sama ada menerima kita ataupun tidak.

 Biasanya bank akan memberitahu kita satu amaun lumpsump yang perlu dibayar untuk insurans ataupun Takaful ini. Jika anda tidak ada wang yang cukup untuk membayar Takaful, maka bank akan masukkan amaun ini ke dalam loan rumah.

 Bila amount ini dimasukkan ke dalam loan Maka kita sekarang ni bukan saja membayar kos insurans, malah kita juga membayar interest yang dikenakan oleh Bank kepada kita. Dengan cara ini bank akan lebih untung. Ada juga kes di mana kos takafulnya menjadi terlalu tinggi jika bank memberi perlindungan 100 peratus terhadap loan tersebut. Ini disebabkan faktor risiko umur, pekerjaan dan kesihatan. Dalam kes ini bank mungkin akan menurunkan nilai ataupun kurangkan tempoh perlindungan. Option pertama contohnya loan RM300k tetapi insurans cover hanya untuk RM150 ribu sahaja. Jika ada hutang RM300k dan berlaku kematian Maka kita perlu settlekan lagi RM150k
Option kedua contohnya loan selama 35 tahun tapi perlindungan hanya Untuk 5 tahun sahaja. Jika kita meninggal di tahun ke 6, tiada pampasan yang akan diberikan dan waris perlu sambung bayar rumah.

So nak ambil takaful awal atau nak ambil masa beli rumah?

Versi YouTube: https://youtu.be/11BP1q8Sk-g