5 cadangan lepas dapat pampasan RM1 juta
Hai dan Assalamualaikum semua. Kali ni saya nak kongsikan 5 idea bagaimana waris boleh menggunakan wang pampasan takaful RM1 juta.
Pertama: Labur wang pampasan 1 juta ke dalam unit amanah yang mempunyai pulangan sama atau lebih dari 5% setahun. Dengan cara ini waris kita akan dapat paling minima RM50 ribu setiap setahun tanpa usik duit pampasan tadi. RM50k ini juga akan dapat sampai bila bila sebab duit pampasan tidak diusik. Kalau dibahagi kepada 12 bulan, RM50k bersamaan RM4 ribu lebih sebulan.
Cara kedua, waris kita boleh Keluarkan duit ini secara bulanan contohnya RM5000 sebulan dan ianya akan bertahan sehingga 16 tahun lebih. Bagi saya lebih baik pilih cara yang saya sebutkan sebelum ini iaitu melabur di unit amanah sebab duitnya kekal dapat sampai bila bila. Dan tak banyak beza pun RM4 ribu dengan RM5 ribu sebulan tu.
Ketiga:Jika kita belum beli rumah mungkin, mungkin waris kita boleh gunakan sebahagian daripada pampasan RM1 juta itu untuk membeli rumah secara tunai. contohnya Ambillah RM300 ribu untuk membeli rumah teres setingkat dan waris kita masih ada lagi baki sebanyak RM 700 ribu untuk dilaburkan ke Unit Amanah. jika prestasi Unit Amanah memberi pulangan sebanyak lima peratus setiap tahun ini, bermakna Waris kita akan mendapat hampir RM3000 satu bulan sampai bila-bila. dengan cara ini rumah pun dapat, duit pun dapat.
Keempat: Jika kita sudah mempunyai hutang, waris boleh gunakan wang ini untuk selesaikan segala hutang. Waris pun tak perlu risau. Rumah tak kena lelong, kereta tak kena tarik dan pelbagai lagi masalah dapat dielakkan. Kalau ada lebihan, boleh simpan atau laburkan.
Kelima: Kalau kita tiada Waris, mungkin kita boleh hadiahkan wang pampasan kita ke Baitulmal, Masjid, Sekolah Tahfiz, NGO dan pelbagai lagi badan amal untuk pahala yang berterusan ketika kita sudah tiada. Dengan RM1 juta, kita mungkin boleh ada surau sendiri
Itulah sedikit sebanyak idea saya tentang bagaimana wang pampasan boleh digunakan oleh waris anda.
Jika yg menonton video ini adalah si pencari rezeki untuk keluarga, adakah anda ingin meninggalkan waris dalam keadaan susah dan meminta minta? Kalau tak nak boleh hubungi saya untuk dapatkan sebut harga dengan percuma.
Versi YouTube
https://youtu.be/Ap2oWpjOsP0
Ulasan
Catat Ulasan