Cara nak buka akaun Maybank untuk anak

2 hari lepas saya bawa anak ke Maybank Jalan Ong Yi How Butterworth untuk buka akaun. Bank bukan pada pukul 9:30am dan nasib baik saya ingat yang bank mewajibkan pelanggan yang datang untuk pakai mask.
Bila dah masuk, ada staff yang tunggu kaunter dihadapan. Bila saya bagitahu nak buka akaun untuk anak, staff tersebut bagitahu kena bawa surat beranak original.

Kecewa. Kami pun terpaksa pulang dan datang semula keesokan hari sebab nak datang pun bukan dekat.

Esoknya kami datang sambil bawa surat beranak anak. Urusan nampak lancar pada mulanya dan kami diberikan borang untuk diisi dan juga nombor giliran. Selepas nombor kami dipanggil, dipertengahan proses staff Maybank minta handphone. Rupanya nak buka akaun Maybank perlu ada handphone juga. Tujuan lebih kepada pengaktifan akaun MAE apps. Anak pula tak bawa handphone. 

Aduhai....semalam staff yang kat kaunter depan tak cakap pula kena bawa handphone. Tak pasal datang pada hari kedua juga sia sia.

Maka saya nak ingatkan diri sendiri dan juga yang lain pastikan anda bawa

Kad pengenalan anak
Kad pengenalan ibu atau bapa atau penjaga
Sijil lahir original
Handphone anak yang ada simkad. Kalau tak, guna hotspot dari handphone anda.

Pengaktifan MAE account juga akan dilakukan dihadapan pegawai bank. Proses ni akan mengambil masa yang amat lama. Bila terkontang-kanting dengan pertanyaan di apps MAE dan kadangkala MAE juga akan bengong seketika, secara tak langsung ianya akan mengambil masa orang belakang juga kerana dia terpaksa tunggu kita selesai. 

walaupun ada ramai pegawai tapi bab buka akaun ni cuma 1 pegawai je. 3 orang buka akaun pada pagi tersebut. Kami luangkan 2 jam 30 minit dari mula tiba hinggalah selesai. Masa selama ini untuk buka akaun adalah tidak patut dan Maybank perlu perbaiki proses pembukaan akaun secepat mungkin.

Sekian. Moga perkongsian ini bermanfaat.

Kenapa daging bakar bahaya untuk kesihatan

 Ramai orang kita suka makan daging bakar, ayam bakar, ikan bakar dan pelbagai lagi makanan bakar. Kalau dipasar malam atau mana mana pun , kalau kita nampak banyak asap, disitulah ramai pelanggan berkerumun. Termasuklah saya sendiri. Ayam Bakar, keli Bakar, Sate, Nando's dan banyak lagi memang kegemaran saya.

 Namun begitu ramai yang tak tahu bahawa makanan bakar ini boleh membawa kemudaratan.  Pertama makanan protein yang dibakar ini boleh merubah sel DNA kita dan akhirnya menyebabkan sel kanser. Selain itu lemak lemak yang cair dan menitis ke atas arang ataupun kayu akan menyebabkan asap dan asap itu boleh  meresap ke dalam daging yang dibakar.  Walaupun rasanya sedap tetapi tindak balas kimia antara asap dan juga daging yang dibakar juga boleh merosakkan perut dan usus semasa proses penghadaman. Jika terlalu kerap makan makanan berasap atau salai, perut atau usus boleh luka dan menyebabkan pendarahan dalaman yang serius hingga boleh menyebabkan kematian.

 Jika kita teringin juga makan makanan bakar saintis memberi cadangan bahawa bahan makanan yang dibakar itu seeloknya bukan terdiri daripada daging merah dan kekerapan pula tidak lebih daripada satu kali dalam masa  2 minggu.
Antara bangsa yang dari awal lagi mengetahui bahaya makanan bakar ini adalah bangsa Turki. Sebab itu kita boleh tengok orang Turki bakar daging dari tepi supaya asap arang atau kayu tidak mengenai daging yang mereka bakar. Cara ini amat berbeza sekali dengan bangsa kita yang meletakkan daging diatas arang semasa membakar sate.

Sekarang anda dah tahu bahaya makan daging bakar. Harap tips kesihatan ini membantu para pembaca.

Bagaimana nak check had kelayakan loan rumah?

Bank bukan tengok gaji saja dalam menentukan kelulusan loan rumah. Kes gaji sebulan RM30k tapi akhirnya loan tak lulus pun saya pernah dapat. Ada yang tanya saya kenapa? Jawap saya mudah saja. 

Kalau anda bank dan ada orang tak dikenali datang nak pinjam duit, mesti anda tengok pelbagai faktor kan? Kalau orang tu gaji 30k tapi hujung bulan akaun bank jadi kosong, anda nak bagi loan? Atau dia bekerja di sektor pelancongan tapi masa tu tengah PKP atau lockdown. Atau orang tu dah tua dan tahun depan nak bersara, anda nak bagi loan?

Harap sekarang anda dah faham.

Langkah pertama dalam pencarian rumah adalah dengan mengetahui had kelayakan loan rumah terlebih dahulu. Kalau tak penat je nanti ke hulu ke hilir cari rumah. Bila dah jumpa rumah, loan pula tak lulus.

Senang nak merancang kalau dah tahu had kelayakan loan rumah kan? 

Jom check berapa maksimum bank boleh bagi kita loan untuk rumah serta cukup ke duit kita untuk kos tambahan dalam pembelian rumah.  PERCUMA je.

Saya dah sediakan borang. Sila isi semua maklumat yg diperlukan. Mudah dan tak sampai 5 minit. Kalau ada yg tak faham dari form tu boleh tanya saya. 

Cara nak alkalikan badan yang banyak asid

Bila badan kita rasa tak sedap, masa tu barulah terfikir macam macam. Google sana sini untuk mencari jawapan kepada permasalahan kita. Antara topik yang mungkin kita jumpa adalah cara untuk alkalikan badan kita. 

Tahukah anda Kalau kita selalu makan protein tinggi dan minum kopi; badan kita akan menjadi lebih berasid? Bila badan kita terlalu berasid, kita mungkin akan mengalami lemah badan, susah nak tidur, anxiety atau kerisauan melampau dan pelbagai lagi simptom simptom metabolisma yang negatif.

Cara nak tentukan makanan itu acid atau alkali bukanlah dengan hanya menggunakan kertas litmus terhadap makanan tersebut kerana cara itu salah. Contohnya jika kita letakkan kertas litmus ke ayam, kita akan dapati ianya alkali. Tapi bila ayam tersebut memasuki badan kita, sistem penghadaman kita akan memproses ayam tersebut dan akan meninggalkan kesan asid terhadap badan kita.

Saintis ada buat pengiraan yang dipanggil PRAL untuk menentukan tahap asid atau alkali sesuatu makanan. PRAL bermaksud potential renal acid load. Pengiraan adalah berdasarkan kandungan mineral yang ada pada sesuatu makanan contohnya calcium, magnesium, potassium dsb.

Menurut list yang dikeluarkan oleh USDA makanan yang paling beralkali adalah herba dan rempah kering. daun parsley kering menggungguli carta USDA sebagai makanan paling beralkali. Penyediaan makanan juga mempengaruhi tahap alkali atau asid sesuatu bahan. Daun parsley biasa tidak se alkali daun parsley kering. 

Secara amnya daun, sayur adalah bersifat alkali.

Untuk kategori buah pula apprikot adalah yang paling beralkali. Tapi makanan yang saya sebutkan tadi tak mesra untuk orang Malaysia. Kalau di Malaysia ni nak senang makan pisang yang dikeringkan. Tiada data setakat ini untuk kita katakan kerepek pisang termasuk dalam kategori Pisang kering sebab kerepek pisang ada proses menggoreng. 


Untuk makanan berasid pula, bahan bahan yang digunakan dalam pembuatan kek dan  puding mengguli carta. Untuk kategori daging pula, ayam bakar adalah yang paling berasid. Seperti disebutkan sebelum ini Cara masakan juga memainkan peranan dalam asid dan alkali sesuatu makanan. Didapati bahawa makanan yang dibakar lebih berasid. Maka jika anda rasa lemah badan, kurangkan makanan bakar.

Anda boleh Google PRAL food list untuk dapatkan senarai penuh yang dikeluarkan oleh USDA. Moga informasi ini bermanfaat. 

(Selesai)Masalah alarm kereta Honda kerap berbunyi tanpa sebab diketahui

Kebanyakan pemilik kereta Honda mesti pernah alami alarm kereta kerap berbunyi tanpa sebab yang mereka ketahui. Termasuklah saya pada mulanya. Mungkin kereta jenama lain pun ada masalah yg sama tapi kebanyakan kes yg saya jumpa selalunya Honda. Pada mulanya saya ingatkan pintu tak rapat, parking tak rata atau memang ada masalah software. Selalunya berlaku ketika saya balik kampung.

Namun ada kejadian yang membuatkan saya yakin bahawa serangga adalah pencetus kepada bunyi alarm. Dalam kes saya, selalunya lalat sebab di kampung saya di Sungai Wangi, Perak memang banyak lalat.  Kadangkala bila lambat tutup pintu kereta, ada lalat yang berjaya masuk. Bila check lepas alarm berbunyi, memang ada lalat bersembunyi dalam kereta. Bila dia terbang , itu yang trigger alarm untuk berbunyi.

Namun dari sembang sembang dengan beberapa lagi orang yang pernah menghadapi masalah ini, ada beberapa lagi serangga yang menjadi pencetus bunyi alarm kereta. Antaranya lipas, nyamuk, ulat dan mungkin serangga yang berbahaya.

Tak percaya? Ketika bunyi segera ke kereta tengok serangga apa yang ada. Sensor terletak atas dekat dengan cermin tengah. Button sensor dekat lutut kanan logo mcm wifi dlm kereta.
Penyelesaian jangka pendek....tekan butang lambang yg macam Wi-Fi tu untuk off kan sensor. Sensor tu untuk kebaikan sebenarnya. Manalah tahu kita tertinggal anak dalam kereta, ataupun ada ular masuk dalam kereta.

Penyelesaian jangka panjang

Sediakan kain /atau apa2 benda yang sesuai, letak dekat pijak kaki penumpang hadapan.. Sediakan penyembur nyamuk. Spray pada kain tersebut. Lebih2 spray tu ye.. tutup rapat pintu kereta lebih 4 jam. Sebaiknya pada malam kita nak tidur tu/ tak guna kenderaan.. Hujung minggu lagi cun..

Percayalah, esok akan jumpa banyak serangga kecil termasuk lipas2 akan bergelimpangan di merata2 dalam kereta.. tak percaya cubalah.. 
Tiada lagi gangguan alarm berbunyi tengah malam.. jika 2-3 bulan muncul semula, boleh ulang lagi...

Jika ada rakan yang mencuba, sila share sini ya... 

Tq.