Sijil Sony Eye: Pengakuan Kualiti bagi Pekerja dan Pembekal.


Ketika saya bekerja di Alps dahulu, sesiapa yang mempunyai Sony Eye ini boleh dikatakan hebat. Apabila kita mempunyai sijil ini, ia menunjukkan tauliah dan keyakinan Sony dalam memeriksa kualiti produk Sony dari segi luaran seperti warna, cetakan, tulisan, calar, dan lain-lain. Kita ada kebolehan membuat pertimbangan sewajarnya sebelum reject sesuatu , dan bukan setiap kecacatan produk perlu ditolak. Supplier Sony juga harus memperoleh sijil ini sebagai satu langkah yang membantu meningkatkan pengeluaran produk Sony. 

Oleh kerana kuantiti produk yang dihasilkan pada masa itu adalah sekitar 200k sebulan untuk satu model, maka supplier perlu menyediakan berjuta-juta komponen untuk menghasilkan keseluruhan produk berjenama Sony termasuk untuk model lain. Secara realitinya, jika ada masalah kualiti dalam proses pengeluaran produk ini, ia akan mengganggu  pengeluaran dan membawa akibat negatif pada hasil pendapatan untuk keseluruhan rantaian pembekal. Mereka dari jabatan kualiti dan reka bentuk selalu terpilih untuk memohon sijil ini dalam membantu Sony mengeluarkan produk produk terbaik.

Sebenarnya, untuk lulus dan dapat pengiktirafan ni bukan mudah dan selalunya orang orang dari Quality Department selalu gagal. Kenapa? Sebab mereka lebih cenderung untuk menolak dari menerima kecacatan sesuatu komponen. Untuk lulus dalam ujian Sony eye ini, kita perlu pandai mengimbangi antara menolak dan menerima produk yang mempunyai kecacatan.

Sijil ini berharga semasa pencarian pekerjaan terutamanya di Sony. Seperti saya, selepas bekerja di Alps selama hampir 5 tahun, kurang dari 5 hari saya balik kerja ontime. Kalau balik pada jam 8pm tu dikira awal. Seringkali saya akan berakhir kerja pada jam 10 malam, dengan kadangkala sehingga jam 12 tengah malam. Ada ketikanya tiada langsung cuti Sabtu dan Ahad.Staff yang lain juga sudah letih dan kurang motivasi.

Setelah mengorbankan waktu seperti itu, saya dinaikkan pangkat. Bila kenaikan gaji pada tahun itu hanyalah RM30, saya rasakan ianya amat tidak patut. Alasan yang diberi majikan adalah sebab saya dah diberi kenaikan gaji semasa dinaikkan pangkat. Bagaimanapun, dari sudut pandang saya, kenaikan pangkat memberikan tanggungjawab yang lebih besar dan saya harus mengambil tanggungjawab hasil kerja tiga orang jurutera di bawah kepimpinan saya. Memang patut pun gaji berdasarkan tanggungjawab itu.

Give up! Saya terus cari kerja lain dan saya telah ditawarkan oleh Sony sebagai seorang jurutera reka bentuk. Namun bos Sony kena dapat persetujuan Bos Alps terlebih dahulu. tetapi nasib tak menyebelahi saya sebab Bos Alps tak benarkan saya berhenti dan Bos Sony pun akur.

Lalu, saya beralih untuk mencari pekerjaan lain dan saya berhasil mendapatkannya. Pada hari terakhir saya di Alps, baru bos bagitahu saya bahawa saya mendapat tawaran untuk bekerja di Sony, tetapi beliau cantas 

Ps- Saya tidak pasti sama ada Sony Eye ini masih wujud atau tidak pada masa ini.

Keluhan suami teraniaya yang dipandang sepi

Baru ni saya tengok video ustaz Azhar Idrus menjawab soalan tentang apa hukumnya seorang isteri yang tak sempat minta maaf kepada suami kerana suaminya sudah meninggal. Namun saya tertarik dengan komen komen yang ditinggalkan didalam video tersebut kerana ia menggambarkan bahawa ramai suami yang mengalami masalah dan dianiaya oleh isteri.

Ada lelaki yang ambil langkah perceraian tapi ramai juga yang tak sanggup bercerai demi masa depan anak anak. Sanggup teruskan perkahwinan walaupun dimaki hari hari oleh si isteri. Walaupun kita ada kementerian yang bertanggungjawab dalam hal hal rumahtangga tapi selalunya kes isteri teraniaya yang selalu diambil perhatian. Di berita arus perdana pun kebanyakan laporan berkenaan penganiayaan isteri tapi setakat ini tak pernah saya dengar kes suami teraniaya masuk berita.

Kalau nak bercerai pun selalunya akan ada sesi kaunseling. Tapi kaunseling pun macam tak membantu. Ada kaunselor yang dari awal lagi dah target si suami yang bermasalah dan macam macam dinasihatkan si suami sedangkan yang bermasalah dan minta cerai adalah si isteri. Yang lebih teruk, dinasihatkan si suami di depan si isteri yang memang seronok tengok si suami kalah.

Secara ringkasnya, isu suami teraniaya ni diharap mendapat perhatian sewajarnya. Memang kuasa cerai terletak di tangan suami tapi tak semua suami sanggup ambil jalan ini. Kalau isteri selalu berperangai negatif, sudah tentu anak juga akan ikut. Sedangkan mak pun boleh tak hormat ayah, agaknya anaknya akan hormat ayah juga?

Suara B40 tentang sektor hartanah sekarang

Umum tahu bahawa sekarang ni ada masalah lambakan rumah yang tidak terjual. 3 negeri yang mempunyai jumlah rumah yang tidak terjual tertinggi adalah Johor, Penang dan Perak. Apa masalahnya?



Dah banyak pakar ekonomi ulas perkara ni. Kali ni jom kita kupas isu ni dari perspektif orang kebanyakan.

Loan rumah tak lepas
"saya pun pernah buat loan rumah tapi tak lepas sebab rumah mahal gaji kecik. Dapat duit keluaran kwsp masa covid hari tu dgn sikit duit simpanan campur saya beli tanah kt kulim tanah lot 5300kps rm52,800. Baru nak plan bina rumah   ada 1 lot ja lg  rm47k untuk di jual....  orang lain yg beli semua dah bina rumah."

Sebagai ejen hartanah, inilah masalah terbesar kami. Hanya 1 dari 10 orang yang sambut iklan kami layak untuk membeli rumah tersebut. Yang layak tu pula belum tentu meneruskan pembelian sebab ada banyak pilihan yang lain.

Komitmen sedia ada dah tinggi
"Kalau ikutkan semua orang nak miliki rumah idaman tapi disebabkan loan dan komitmen yg tggi tahun2 yg mencabar ni kami mampu melihat ja sebab ada keperluan lain lagi"

Ramai juga bakal pembeli yang boleh dikatakan salah dalam pengurusan kewangan. Contohnya mohon pinjaman peribadi untuk buat majlis kahwin. Ada yang awal lagi dah beli kereta yang agak tinggi bayaran bulanannya.

Beli tanah buat rumah
"Skrg ni ramai tak lepas loan beli rumah.. terutama 300k ke atas, sebab tu ramai beli tanah lot buat rumah.."

Memang boleh beli tanah lot dan buat rumah cuma bab ni ramai yang tidak berhati-hati. Beli asal murah sahaja. Beli tanah dan buat rumah ni kena ada ilmu. Kalau tak akan menyesal di kemudian hari.

Tak mampu beli, mampu sewa
Rumah lebih pada harga mampu tengok dah sekarang. . .300k bg penjual rasa murah. . .tp bg pembeli harga lebih pada mampu sewa

Memang sekarang ni rumah tak mampu untuk dibeli tapi mampu untuk disewa.  Sewa lagi murah dari beli rumah. Cuma payah lah sikit kalau tiba tiba pemilik suruh keluar dsb.


Kesimpulannya, rumah adalah keperluan asas. Tapi kalau dah terlalu mahal mungkin satu hari nanti manusia akan tinggal dalam gua semula 

Pelanggan Astro: Cara selesaikan masalah bunyi untuk Disney plus Hotstar

 Bila kita melanggan Astro movie pack kita akan dapat sekali dengan Disney plus Hotstar. Saya selalu menonton Disney plus Star melalui Astro ultrabox tapi apa yang saya perasan adalah Astro ultrabox tidak mengeluarkan bunyi Dolby 5.1 walaupun di amplifier saya mengeluarkan notifikasi isyarat bunyi diterima dalam format Dolby digital Plus.  


Pelbagai kaedah telah saya cuba namun apa yang saya dapat sebenarnya hanyalah bunyi Dolby 2.0 sahaja berserta dengan speaker Dolby atmos yang berfungsi seperti biasa.

Akhirnya Saya mendapat satu idea untuk melihat jika Samsung TV ada apps untuk Disney Plus hotstar. Setahu saya Samsung tidak ada applikasi Disney plus Hotstar untuk pasaran Malaysia sebelum ini dan saya juga pernah menyentuh topik ini pada post saya yang sebelumnya.

 Setelah saya cari di bahagian applikasi saya dapati bahawa Samsung juga telah menambah aplikasi Disney plus Hotstar untuk pasaran Malaysia. Saya pun install.

 Kita perlu sign in dan jika kita adalah pelanggan Astro, diawalnya akan dibawa kita untuk link dengan akaun Astro.  Setelah saya berjaya install, maka saya pun cuba untuk menonton cerita-cerita dari aplikasi Disney hotstar.

Saya dapati bahawa kualiti gambar melalui aplikasi di TV adalah lebih cantik daripada melalui Astro ultrabox. Malah melalui aplikasi ini juga kita boleh melihat ataupun menonton cerita-cerita dengan menggunakan format 4k berbanding Astro ultra box yang tidak mempunyai 4k untuk cerita-cerita yang ada di dalam Disney plus Hotstar. Cuma dari segi connection stability, Astro ultrabox lebih stabil. Jika kita menonton Disney Hotstar melalui TV, ada masa cerita akan legging bergantung kepada Line internet. Saya menggunakan Unifi plan 30mbps. Tak pasti jika masalah legging ini tak berlaku pada plan yang menawarkan Mbps lebih tinggi.

 Selain itu dari segi kualiti audionya juga adalah lebih baik sebab selama ini saya hanya mendengar bunyi Dolby 2.0 sahaja. Namun apabila saya menukarkannya kepada aplikasi Samsung Disney Hotstar saya dapat bunyi Dolby digital plus 5.1. Walaupun 5.1 tapi dari segi kualiti, bunyinya masih bukan ditahap maksimum. Malah mungkin tidak mencapai tahap memuaskan.

Kesimpulannya lebih baik menonton Disney plus Hotstar melalui app di TV berbanding Astro Ultrabox.

 Diharap penerangan ini dapat membantu anda anda semua yang mengalami masalah sama dengan saya. Selamat mencuba

Cara selesaikan masalah dent atau kemek pada permukaan kereta.

Umum tahu bahawa body kereta zaman sekarang ni banyak yang nipis atas pelbagai faktor contohnya keselamatan dan juga penjimatan minyak. Namun ini juga menyumbang kepada masalah lain contohnya body mudah kemek hanya dengan tekan dengan tangan.

Baru baru ni ada complain di FB group dimana bonet kereta kemek selepas dihantar ke kedai cuci kereta.


Kemek atau dent ni adalah masalah yang biasa di kilang kereta. Dengan tools dan kemahiran yang betul, masalah dent boleh selesai. Cuma ada tempat tempat yang agak sukar untuk hilang 100%. Itu cara dikilang tapi di luar juga ada kedai kedai yang menyediakan perkhidmatan ini. 

Ini contoh bengkel yang menyediakan perkhidmatan menghilangkan dent ini. Bertempat di Pulau Pinang tapi di tempat lain pun ada juga . Kalau google dent removal mungkin akan keluar semua maklumat.
sekarang anda dah tahu. Harap maklumat ini membantu.

Patutkah gerai burger dijadikan tempat lepak kawan kawan

Burger adalah makanan ringkas dan murah untuk rakyat Malaysia terutamanya ketika waktu malam. Terdapat banyak gerai burger yang berada di Malaysia tak kiralah di kawasan bandar ataupun luar bandar. Ada gerai burger yang sentiasa kosong dan ada juga yang sentiasa ramai orang. Kadangkala yang ramai orang tu hanyalah duduk untuk melepak. Kali ini kita nak lihat apa Pro n cons untuk gerai burger yang selalu dijadikan tempat lepak kawan peniaga.

(Sekadar gambar hiasan)

Pros

1. Itulah teman dia yg support bisnes... Selalu beli walaupun 🍔 biasa...
2. Itulah teman yg sekadar memberi moral support masa niaga..
3. Itulah teman borak masa tak ada customer...
4. Itulah teman masa susah dan senang dia..
5. Itulah teman yg akan protect dia drpd diganggu..

Cons

1. Customer tak selesa especially wanita..
2. Borak gelak kuat2 yg mengganggu customer...
3. Hisap rokok / vape bdekatan dgn tempat masak...

Sekadar pendapat rakyat marhaen...ada yg nak tambah? Silakan diruang komen