Keluhan suami teraniaya yang dipandang sepi

Baru ni saya tengok video ustaz Azhar Idrus menjawab soalan tentang apa hukumnya seorang isteri yang tak sempat minta maaf kepada suami kerana suaminya sudah meninggal. Namun saya tertarik dengan komen komen yang ditinggalkan didalam video tersebut kerana ia menggambarkan bahawa ramai suami yang mengalami masalah dan dianiaya oleh isteri.

Ada lelaki yang ambil langkah perceraian tapi ramai juga yang tak sanggup bercerai demi masa depan anak anak. Sanggup teruskan perkahwinan walaupun dimaki hari hari oleh si isteri. Walaupun kita ada kementerian yang bertanggungjawab dalam hal hal rumahtangga tapi selalunya kes isteri teraniaya yang selalu diambil perhatian. Di berita arus perdana pun kebanyakan laporan berkenaan penganiayaan isteri tapi setakat ini tak pernah saya dengar kes suami teraniaya masuk berita.

Kalau nak bercerai pun selalunya akan ada sesi kaunseling. Tapi kaunseling pun macam tak membantu. Ada kaunselor yang dari awal lagi dah target si suami yang bermasalah dan macam macam dinasihatkan si suami sedangkan yang bermasalah dan minta cerai adalah si isteri. Yang lebih teruk, dinasihatkan si suami di depan si isteri yang memang seronok tengok si suami kalah.

Secara ringkasnya, isu suami teraniaya ni diharap mendapat perhatian sewajarnya. Memang kuasa cerai terletak di tangan suami tapi tak semua suami sanggup ambil jalan ini. Kalau isteri selalu berperangai negatif, sudah tentu anak juga akan ikut. Sedangkan mak pun boleh tak hormat ayah, agaknya anaknya akan hormat ayah juga?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara scan dokumen dan IC depan belakang free dengan menggunakan handphone

Panduan Mudah: Klaim Balik Insurans Kereta yang Tidak Digunakan selepas Jual Kereta

Nasi Kandar Ali Khan, Sungai Dua Butterworth