Ramai yang tidak sedar bahawa semasa menjual kereta, kita sebenarnya boleh mendapatkan balik insurans kereta yang tidak digunakan. Contohnya, jika kita menjual kereta dan masih ada baki insurans selama 5 bulan, kita boleh mengklaim baki yang tidak digunakan tersebut. Malangnya, ramai Penasihat Jualan kereta yang tidak memberitahu atau membantu mengenai perkara ini. Oleh itu, kali ini saya akan menunjukkan cara membuat tuntutan untuk baki insurans tersebut.
Pertama, kita perlu mendapatkan e-auto slip yang dikeluarkan oleh pihak yang mengambil kereta kita untuk dijual, biasanya penjual kereta terpakai. Bagaimana rupa e-auto slip ini? Saya sertakan lampiran di sini supaya anda boleh rujuk.
Setelah anda mendapatkan e-auto slip ini, anda boleh pergi terus ke pejabat syarikat Takaful atau melakukannya secara dalam talian untuk proses tuntutan.
Jika anda memilih untuk pergi terus ke pejabat syarikat Takaful, di sana mereka akan menyediakan borang tuntutan. Tidak banyak bahagian yang perlu diisi dan cukup mudah, tidak sampai 5 minit.
Sebaiknya, bawa salinan fotokopi kad pengenalan (IC) dan juga e-auto slip. Tetapi, jika anda tidak dapat melakukannya, anda masih boleh menghantar dokumen dalam bentuk salinan digital melalui e-mel kepada pegawai yang melayani anda di kaunter, dan mereka akan membantu mencetaknya.
Setelah selesai, anda akan mendapatkan resit daripada pegawai yang menyatakan jumlah nilai yang akan dikembalikan kepada anda. Mereka akan mengembalikan wang tersebut ke akaun bank kita, bukan tunai.
Jika anda ingin melakukannya secara dalam talian, anda perlu mempunyai akaun untuk portal pelanggan dalam talian. Borang tuntutan perlu dimuat turun. Selepas diisi, anda perlu melampirkan e-auto slip dan salinan IC sebelum mengirimkannya.
Semoga penjelasan ini sedikit membantu anda dalam membuat tuntutan. Selamat berjaya!
!
Ulasan
Catat Ulasan