Tular video pekerja baling barang courier.


https://www.facebook.com/groups/950917849081189/permalink/1114899762682996/

 baru-baru ni heboh tentang video yang viral mengenai barang-barang yang dibaling secara kasar oleh pekerja syarikat penghantaran. rata-rata memberikan komen yang negatif mengenai cara syarikat tersebut mengendalikan barang-barang yang telah dibeli oleh client. 

 Pada pendapat saya tidak boleh menyalahkan kepada yang pembaling sahaja kerana kita kena tengok juga SOP di tempat kerja berkenaan. Kalau nak harapkan tenaga perempuan tersebut untuk naik dan turun lori berulang kali untuk meletakkan barang elok-elok adalah tidak logik. maka syarikat tersebut diharapkan untuk memperbaiki standard operating procedure pengendalian barang-barang.

 syarikat penghantar barang-barang menguruskan beribu barang setiap hari kita tak boleh nak buatkan mereka untuk mengendalikan barang-barang secara berlemah lembut atau bersopan santun. Mesti akan ada aksi baling membaling namun dengan SOP yang betul, dah tentu aksi baling membaling ini dapat dikurangkan.

 bila video seperti ini tular tertentu ramai pelanggan yang rasa susah hati bila menggunakan khidmat syarikat tersebut. Nanti bila datang barang yang sudah rosak dah tentu akan jadi masalah di antara penjual dan pembeli. kebanyakan dari kita malas nak hadapi masalah di kemudian hari. 

komen komen menarik kes Professor kecam golongan B40.

 Baru-baru ni viral video yang menunjukkan seorang Profesor telah memarahi anak muridnya kerana masih tiada laptop. namun yang menjadi panas adalah apabila kata-kata Profesor tersebut seperti memperkecilkan golongan b40. akibat dari tindakan beliau maka ramai yg tidak berpuas hati dan meluahkan perasaan di komen-komen Facebook.

 Mari kita lihat komen-komen yang agak bernas dari kedua-dua belah pihak yang menyokong dan juga yang mengecam.

 Sebenarnya masih terlalu awal untuk sesiapa pun komen kerana kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Ambil contoh kes sebelum ini di mana ramai netizen yang mengecam tindakan seorang imam masjid memandikan pencuri tabung masjid seperti memandikan jenazah sebagai pengajaran. Akhirnya tak lama kemudian barulah kita mengetahui cerita yang sebenarnya dan ramai yg malu dengan komen sebelum tu. Begitu juga dengan kes ini. Mungkin ketika ini ramai yang mengecam professor tersebut tapi kita pun tidak tahu latar belakang pelajar yang dinyatakan itu. Mungkin juga Profesor tersebut telah lama simpan geram dengan pelajar itu atas kesalahan sebelum ini. Namun kata-kata Professor itu tentang b40 adalah tidak boleh dimaafkan. Inilah yang peribahasa katakan terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya.

Difahamkan Professor tersebut mengajar di UiTM Seri Iskandar dan professor tersebut sepatutnya sedar yang UiTM wujud untuk golongan b40. Amat mengejutkan juga bila perkataan ini dikeluarkan oleh orang yang disegani di institusi pendidikan yang mengutamakan b40.

 UITM juga akan menyiasat dan mengenakan tindakan yang sepatutnya kepada Professor tersebut. Harap perkara ini dapat diselesaikan segera supaya cakap-cakap belakang ataupun komen yang tidak tepat dapat dihentikan serta-merta. Tak pasal ramai yg dapat dosa nanti.

Senarai peniaga kuih raya Sungai Petani

 Bila raya dah dekat dah tentulah masing-masing sibuk nak cari kuih raya. kuih raya dulu dengan kuih raya zaman sekarang banyak beza. bukan saja rupa malah nama pun nama yang ada agak trending. kali ini saya ingin senaraikan peniaga-peniaga kuih raya yang berniaga di sekitar Sungai Petani.

  Ada yang boleh self pickup dan ada juga yang boleh hantar COD.  Pelbagai jenis kuih raya  yang dijual  dari kuih moden hinggalah ke kuih tradisional.  Kerepek pun pelbagai rasa sekarang ni . Ada yang perasa salted egg, teriyaki, cheese dan seaweed.

Selain dari jenis kuih yang diniagakan juga disertakan nombor contact untuk anda hubungi.


Serunding pun ada

Simpul kasih

yg ni panggil apa ye? Crunchy nuts?
nestum toping manik
Aneka biskut raya

Pistachio crunchy
Brownie cookie
Popia Sira
popia nestum

yg ni pula 4 setalam...dalam tu ada almond London, samprit, tart nenas, jejari oat

Kek lapis roll chocolate
Yg ni banyak juga pilihan. Ada almond London, tart nenas, mazola, tart blueberry, snowy Nestum, semprit, semprit susu, Florentine, batang buruk, Swiss hazelnut, short bread, Capuccino Almond, kuih Kapit dan aneka tempeyek dan kerepek.

Makmur pandan, Swiss tart blueberry, Swiss tart biscoff, bright eye Susan, jejari oat, Buble rice Almond, cornflakes crunchy, onde onde gula Melaka, biskut pasir( macam mana rupa?), Biskut Arab( pun tak pernah tahu), Swiss tart Nutella, Tart Cadbury.
Kuih siput
Ada yg nak tambah? Sila tulis diruangan komen.

Sebab perempuan selalu gaduh dengan lelaki.

 Hidup berumah tangga ni tak sah kalau tak bergaduh langsung. Paling tidak mesti ada gaduh sikit-sikit.  Kali ini kita nak tengok apa sebab perempuan suka gaduh dengan lelaki.  Banyak juga sambutan yang saya dapat dari survey yang telah dibuat. 
Dari 722 komen, saya ringkaskan seperti dibawah.

 Kalau dah curang memang mestilah gaduh. Takkanlah tak gaduh langsung kan? Kalau tak gaduh bila curang maknanya orang tu tak sayang kat kita. Begitu juga dengan sikap kedekut. Tapi saya tak pasti apa situasi sebenar yang komen sebab kadang-kadang ada juga lelaki yang berjimat-cermat dan bukan kedekut. Kalau dekat rumah tak tengok TV sangat tapi nak ambil pakej macam-macam di Astro, mesti lelaki tak bagi kan? 
 Kebetulan masa survey ini buat masa tu heboh dengan kes doktor Hanafi sikat tepi. Maka Ramai yang suka Troll "sikat tepi" ni.

 Yang ni betul-betul pantang.  kalau lepas tudung dah digosok dan kita duduk pula atas tudung itu memang nahas lah jawabnya. Cuma selalunya tudung ni diletakkan atas katil.

 Kalau gaduh sebab rokok rasanya tu bukanlah gaduh tapi lebih kepada teguran. Kan bagus kalau berhenti merokok. badan lebih sihat dan duit pun lebih jimat.

 yang ini dalam maksudnya
 yang ni pun ada benarnya juga sebab ada sesetengah orang yang memang hobi bergaduh. Kalau tak gaduh sehari tak sah.

 Yang ni memang patutlah perempuan gaduh sebab malas sangat laki ni. Minum ketum pula.

Betul tu. perempuan mana pernah salah.

 Yang ni pun betul juga sebab singki boleh jadi gaduh laki bini

Hahaha
 Mimpi laki kahwin lain. Lepas bangun dari tidur terus cari pasal dengan laki.
 yang ni lawak

Hahaha
 Betul juga tu kalau tak sayang tak gaduh

hanafi lagi
Betul juga tu untuk rumah yg ada satu tandas. Sebab berak boleh gaduh.
 Memang betul pun. Pasal duit macam-macam boleh berlaku termasuklah perceraian. 

Power pakcik

 Memang tak dinafikan ada lelaki yang jenis suka duduk rumah saja tanpa bekerja. Kesian perempuan kalau dapat lelaki yang macam ni.


Sekarang anda dah tahu sebab kenapa perempuan suka gaduh dengan lelaki.

Ada apa-apa ni nak tambah? boleh isi Di ruangan komen.