Mengatasi Cabaran Mengubah Audience Setting di Facebook Marketplace Iklan
Ketika menggunakan Facebook sebagai platform pengiklanan, saya mengambil keputusan untuk menggunakan Facebook Marketplace sebagai medium untuk menarik lebih banyak prospek. Namun, baru-baru ini saya berdepan satu masalah berkaitan dengan audience setting atau tetapan sasaran audien. Dalam iklan yang saya siarkan di Facebook Marketplace, saya perasan bahawa iklan tersebut turut disiarkan kepada mereka yang berumur 18 tahun. Sedangkan sasaran saya adalah golongan berumur antara 35 hingga 55 tahun. Saya cuba beberapa kali untuk menukar tetapan umur audien ini, namun setiap kali saya mencuba, perubahan tidak dapat dilakukan. Merasa keliru dengan situasi ini, saya memutuskan untuk menghubungi pasukan sokongan Meta Pro Team. Berikut adalah maklum balas yang saya terima daripada mereka: --- Balasan dari Meta Pro Team: Hi Nazree, Kami berharap anda berada dalam keadaan baik dan selamat. Terima kasih kerana menghubungi pasukan Meta Pro. Nama saya Steve. Email ini adalah berkenaan kes anda denga...