Kebahagiaan itu mahal


Kebahagian itu mahal 😢
.
"Aku tak pasti dua beranak ni bangla atau rohingya.
Tapi benda ni depan mata aku.. Sebelum ni si bapa hari hari akan datang kat tempat orang jual kuih ni. Duduk atas basikal lama, lepas tu dia lintas jalan pergi kedai runcit depan. Hari ni dia datang dgn anak perempuan dia.. lalu depan org juai kuih..  tak beli pun lepas tu pergi kedai runcit. Time nak balik aku tengok anak perempuan dia ambil sesuatu dari raga basikal bapa dia.. Nampak dia sangat excited.. aku pon excited jugak nak tau benda apa yg bapa dia beli. Rupa-rupanya jam tangan mainan. Si anak punya seronok.. walaupon jam tu bukan jam betul. Dia lompat peluk bapa dia dan lepas tu dia perasan aku dok perhati. Malu2 tarik facemask tutup muka.

Terasa betul.. Ni bukan drama time maghrib kat tv 3 atau astro. Ni live allah taala nak tunjuk."

Itulah yang diceritakan oleh Shah Carwash Supershine

 Nampaknya cerita ini menyentuh perasaan ramai nitizen. Tapi ramai juga yang mencemuh sebab watak dalam cerita ini adalah Rohingya. Saya percaya mereka adalah Rohingya sebab selalunya Bangla datang Malaysia tak bawa anak dan bini.  Tak kiralah apa bangsa ataupun keturunan seorang itu tapi cerita seperti ini tidak sepatutnya dijadikan bahan politik dan sebagainya. Sebaiknya kita haruslah mengambil pengajaran baik daripada cerita ini.

 Saya sendiri pun pernah mengenali satu keluarga Rohingya yang tinggal di Malaysia dalam jangka masa yang agak lama. Bermula daripada suami yang datang seorang ke Malaysia bekerja sebagai buruh binaan 20 tahun dahulu hinggalah kini mempunyai keluarga tinggal bersama di Malaysia. Asalnya saya diminta oleh kawan saya untuk menjualkan rumah beliau yang kini disewa oleh orang Rohingya.  Perkara pertama yang terlintas di fikiran saya ialah rumah itu semestinya dalam keadaan yang tidak baik dah susah untuk dijual. Namun setelah saya datang untuk melihat sendiri, saya bagaikan tidak percaya kerana rumah yang disewa oleh orang Rohingya ini amat bersih sekali. Anak-anak mereka pun kelihatan kemas dan pergi ke sekolah yang dianjurkan oleh Unicef. 

 Setiap kali bila saya bagitahu ada bakal pembeli yang ingin melihat rumah beliau, Beliau akan pastikan rumah tersebut dalam keadaan yang amat baik sekali. Begitu juga dengan kerjasama yang diberikan semasa bakal pembeli datang ke rumah.  

Berbeza dari layanan yang kadang-kala saya terima dari penyewa warga tempatan. Ada diantara mereka yang bila kita sudah set appointment untuk datang tengok rumah, tiba-tiba bagitahu tak boleh datang dengan pelbagai alasan yang diberi. Ada juga yang sudah Okey untuk kami datang tengok rumah tapi bila kami dah sampai, rumah tertutup rapat sampai bakal pembeli pun terpaksa balik dengan marah dan putus asa. 

 Yalah sebab kadang kala ada bakal pembeli yang datang bawa bayi dan terpaksa berjemur di tengah panas berjam-jam lamanya. Ada juga yang benarkan kami masuk tapi keadaan rumah macam baru lepas kena ribut. Kami faham jika rumah itu terjual maka penyewa itu terpaksa mencari rumah yang lain. walaupun keluarga Rohingya ini tahu yang mereka akan menghadapi masalah untuk mencari rumah sewa baru tapi layanan yang diberikan kepada saya semasa urusan jual beli rumah amat bagus.

 Apa yang saya nak sampaikan ialah Rohingya pun manusia juga. Setiap orang itu mesti ada cerita tersendiri. Termasuklah cerita sedih yang disampaikan oleh Syah ini. 

 Apa yang diceritakan itu memang dalam maksudnya dan cerita ini saya rasa boleh dijadikan storyline untuk iklan Hari Raya. Beberapa tahun kebelakangan ini ekonomi tidak berapa baik disebabkan oleh covid19 dan ianya telah memberi kesan kepada banyak keluarga. Adakah anak kita mempunyai reaksi yang sama dengan anak Rohingya itu apabila kita membeli sesuatu sekadar yang mampu sahaja? Kebahagiaan bukan dinilai dari wang ringgit.


Berikut adalah komen yang agak menarik..


Disney Hotstar dah boleh access dari Astro Ultrabox!! Quality macam mana?

 

Umum tahu bermula daripada 28 hari bulan April tahun 2022 pelanggan Astro yang mengambil pakej movie dah boleh akses Disney hotstar daripada ultrabox. maka bangun sahur tadi saya pun try untuk buka Disney hotstar dari ultrabox tapi nampaknya masih tiada lagi pada waktu itu. Kecewa juga sementara waktu.

 Kemudian pada pukul 8am lebih Saya cuba untuk buka sekali lagi dan kali ini saya dapati Disney hostel sudah boleh diakses melalui ultrabox. namun Sebelum tu ada proses registration yang perlu dilakukan oleh setiap pelanggan walaupun pelanggan tersebut Mungkin pernah menonton Disney Hotstar melalui tab ataupun peranti lain. 

 proses pendaftaran nya tak susah mana pun dan ianya hanya perlu mengambil masa lebih kurang 2 minit sahaja. selepas pendaftaran selesai maka anda dah boleh access Disney Hotstar melalui peranti ultrabox.

  Pada pendapat saya kualiti gambar Disney hotstar adalah lebih baik daripada HBO. Mungkin kualitinya adalah kualiti gambar 4K ataupun ianya adalah kesan daripada Dolby vision. Saya tak pasti kerana tiada alat untuk tentukan.

Cuma kekurangan untuk Disney hotstar ini masih lagi pada kualiti bunyinya di mana ianya masih lagi menawarkan kualiti Dolby 2.0  walaupun peranti ultrabox ini mengeluarkan signal Dolby 5.1.

Selamat mencuba dan apa pula komen anda?

Ketahui manfaat Zinc sebelum anda cuba supplemen lain!




 Zink adalah salah satu nutrien yang selalu dipandang sepi oleh masyarakat terutamanya di Malaysia ini. Zink secara amnya adalah nutrien yang terdapat di seluruh badan, membantu sistem imun dan metabolisme anda. Zinc juga penting untuk penyembuhan luka dan deria rasa dan bau anda. Dengan diet yang pelbagai, badan anda biasanya mendapat zink yang mencukupi. Sumber makanan zink termasuk ayam, daging merah dan bijirin sarapan yang diperkaya dengan zinc. Namun tak semua sedar yang jika mengalami kekurangan nutrien ini.  Ini adalah benar untuk mereka yang mengamalkan diet yang kurang protein contohnya vegeterian dan juga mereka yang sudah mempunyai pelbagai penyakit.

Zink ialah nutrien yang memainkan banyak peranan penting dalam badan anda.

Kerana badan anda tidak menghasilkan zink secara semula jadi, anda mesti mendapatkannya melalui makanan atau suplemen.

 Artikel ini menerangkan semua yang anda perlu tahu tentang zink, termasuk fungsinya, faedah kesihatan, pengesyoran dos dan kemungkinan kesan sampingan.


Zinc untuk DNA repair

Ia boleh disimpulkan bahawa pengambilan zink yang tidak mencukupi boleh menjejaskan  mekanisme pembaikan DNA, menjadikan sel sangat terdedah kepada kerosakan DNA.  Oleh itu, defisit dalam pengambilan zink boleh memberi kesan yang besar kepada tahap kesihatan secara keseluruhan.

Zink diperlukan untuk pelbagai proses dalam badan anda, termasuk 

Ekspresi gen

Tindak balas enzim

Fungsi imun

Sintesis protein

sintesis DNA

Penyembuhan luka

Pertumbuhan dan perkembangan

Jika DNA anda sihat bermakna anda juga sihat secara keseluruhan kan?



Zinc untuk pemulihan jantung

Terdapat kes di mana pesakit yang mengalami kegagalan jantung diberikan suplemen zink selama beberapa bulan dan hasilnya fungsi jantung pesakit tersebut bertambah baik. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kes ini anda boleh klik link yang diberikan di bahagian rujukan nanti.

Zink nampaknya mempunyai kesan perlindungan dalam penyakit arteri koronari dan kardiomiopati.  Dalam keadaan sedemikian, penambahan semula dengan Zink ke dalam diet telah meningkatkan fungsi jantung dan mencegah kerosakan selanjutnya.


Zinc untuk kencing manis

Diabetes atau kencing manis adalah punca utama morbiditi dan kematian di seluruh dunia. Kajian telah menunjukkan bahawa Zink mempunyai banyak kesan yang bermanfaat dalam kedua-dua diabetes type-1 dan type-2.

Kajian telah menunjukkan bahawa Zink boleh memainkan peranan dalam meningkatkan sensitiviti insulin serta merangsang pemindahan glukosa ke sel dengan lebih lancar. Ini menunjukkan bahawa zink meningkatkan kawalan gula dalam darah pada penghidap diabetes. Diabetes akan memberi komplikasi jangka panjang seperti penyakit buah pinggang, saraf dan mata. Juga, risiko komplikasi kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok meningkat

 Adakah zinc boleh menyembuhkan pesakit diabetis? Nampaknya banyak lagi kajian yang perlu dilakukan namun tak salah untuk anda mencuba tapi ianya haruslah dipantau oleh doktor yang merawat. Ubat jangan lupa makan.


Zinc untuk darah tinggi terutama bacaan systolic.

Walaupun terdapat pelbagai ubat untuk menurunkan tekanan darah, ramai juga orang malas nak ambil ubat atas pelbagai alasan . Selain itu ada juga ubat-ubatan yang mungkin menghasilkan kesan sampingan untuk sesetengah orang. Ada juga orang yang dah mencuba pelbagai ubat darah tinggi tetapi tekanan darah masih juga tidak turun

Para penyelidik mendapati bahawa zink merangsang otot, sel endothelial, dan saraf deria bersama-sama, mengurangkan jumlah kalsium dalam otot dan menyebabkan mereka berehat. Ini seterusnya mengakibatkan aliran darah meningkat dan tekanan darah lebih rendah. Para penyelidik juga menyatakan bahawa saluran darah jantung dan otak terbukti mempunyai kepekaan yang lebih besar terhadap zink daripada saluran darah di tempat lain di dalam badan.

Adakah zinc boleh menyembuhkan pesakit hypertension atau tekanan darah tinggi? Nampaknya banyak lagi kajian yang perlu dilakukan namun tak salah untuk anda mencuba tapi ianya haruslah dipantau oleh doktor yang merawat. Ubat jangan lupa makan.

Kesimpulan

Di atas adalah penerangan serba ringkas tentang penggunaan zink dan kesannya terhadap kesihatan tubuh badan kita. Sebenarnya banyak lagi kajian-kajian yang telah dilakukan dan tak mampu untuk saya tulis setiap satu secara terperinci di sini. Cukuplah untuk saya bagi tahu bahawa zink adalah nutrien yang mempunyai banyak fungsi di dalam tubuh badan kita. Selain digunakan untuk fungsi harian, zink juga diperlukan untuk proses penyembuhan. 

Seorang lelaki dewasa memerlukan 11mg zink untuk satu hari.  Secawan dada ayam mengandungi lebih kurang 2 mg zink. Jika anda seorang lelaki dan ingin memenuhi quota zink satu hari, ini bermakna anda perlu makan 6 cawan dada ayam sehari. Mampu ke? Jikalau tidak mampu untuk mengambil makanan yang mengandungi zink cara semulajadi, maka dicadangkan untuk kita ambil zinc dalam bentuk supplement. 

 Tak mahal pun supplemen ni berbanding dengan harga supplemen atau jamu yg sebilangan nya terlalu "overclaim" di pasaran. Supplement zink pun ada pelbagai jenis dan saya cadangkan untuk ambil zinc picolinate kerana ianya lebih mudah untuk diserap ke dalam badan kita.

Saya sendiri dapat merasakan perbezaan setelah mengambil zinc. Tidur saya lebih mudah dan nyenyak serta tekananan darah saya juga turun.

 Diharap informasi ini membantu dalam meningkatkan tahap kesihatan anda.

Rujukan:

https://www.healthline.com/nutrition/zinc#what-it-is

https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/19625698/#:~:text=Zinc%20is%20an%20essential%20component,zinc%20depletion%20causes%20DNA%20damage.

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC7328074/#:~:text=Zinc%2C%20an%20essential%20micronutrient%2C%20affects,ongoing%20pathogenesis%20of%20heart%20failure.

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4573932/#:~:text=Two%20recent%20meta%2Danalyses%20have,diabetes%20%5B15%2C%20129%5D.

https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/32090294/

Ini kata orang tentang nilai minimum duit raya tahun ni

 Bila tiba musim perayaan dan tentulah kanak-kanak yang paling gembira terutama bila dapat duit raya. umum kita ketahui bahawa sudah dua tahun kita tidak berdaya kerana Covid 19 dan pada tahun ini tahun 2022 kita dapat merentas negeri beraya bersama-sama keluarga keluarga dan saudara di kampung.

 Apapun ekonomi negara masih belum pulih dan masing-masing masih lagi mengharapkan bantuan daripada kerajaan ataupun KWSP. maka kali ini jom kita tengok berapakah duit raya yang patut kanak-kanak terima pada tahun ini

 Selalunya bergantung kepada bilangan anak yang datang beraya. kalau yang datang beraya seorang dua mungkin dapat banyak sikit tapi kalau anak yang ramai mungkin dapat sikit.

 Namun ada juga anak-anak yang tinggi permintaannya sehingga kan bila kita bagi RM5 pun dikatanya sikit.
 Ramai juga yang mengamalkan dengan melebihkan duit raya aya untuk anak saudara berbanding dengan anak orang lain
 apa pun tak kisah berapa nilainya janji ikhlas

 minimum 50 sen pun okey juga rasanya dalam keadaan ekonomi sekarang
 dulu 10 sen dibahagi tiga orang pun ada
 Ada juga yang bagi cadangan supaya diberikan bunga api berbanding dengan duit ringgit

 Bagaimanapun pun budak-budak sekarang ni bukan boleh diberikan duit banyak-banyak kerana banyak pembaziran yang mereka akan lakukan. Budak sekarang ada yang awal-awal lagi mengimpikan untuk membeli upgrade dari mobile Legends dan sebagainya.

 Maka kita sebagai Ibu bapa haruslah memantau perbelanjaan anak-anak supaya mereka bijak berbelanja kerana di masa depan keadaan makin sukar. Dikala ini pun kita boleh tengok ramai budak-budak graduan yang tidak mempunyai pekerjaan. Kalau dari sekarang tak ada ilmu mencari duit atau pun menyimpan, maka anak-anak kita akan menghadapi masalah yang besar di masa hadapan.

Anda ada sebarang komen? Nyatakan di bawah.

Lotus tersilap letak harga gula. Betul ke?


 Lotus adalah jenama Thailand yang telah mengambil alih semua operasi Tesco di Malaysia. Banyak juga barang keperluan asas yang harganya dijual lebih murah dari pasaran ketika promosi dilakukan. Baru-baru ini tular di media sosial di mana gula 1 kg telah dijual dengan harga 79 sen sahaja di salah sebuah Lotus yg terdapat di Perak. Ini membuatkan ramai netizen teruja dan mula mengerumuni Lotus untuk mendapatkan gula dengan harga yang amat murah ini.

 Namun sebaliknya berlaku apabila pihak Lotus telah membuat satu pengumuman di mana harga promosi RM0.79 seperti yang dinyatakan berlaku kerana salah cetak di akhbar. Apa pun ramai yang berpeluang membeli gula dengan harga yang murah ni.

Namun ada juga yang kecewa kerana tak sempat membeli gula dengan harga murah ini. ini disebabkan ada sesetengah pelanggan yang membeli gula melebihi had yang dibenarkan.

Ada netizen yang mempertikaikan secara lojiknya tentang kesalahan ini. Jika ianya adalah kesalahan cetakan maka semestinya bila kita membuat bayaran, harga yang kita bayar adalah harga sebenar seperti di dalam sistem. Namun ada yang mengatakan bahawa Lotus terpaksa menjual dengan harga yang salah kerana harga itu telah tular dan diketahui umum.
 Mungkin ini bukanlah kesalahan yang tidak disengajakan tetapi ini adalah promosi dan nampaknya promosi ini berjaya meramaikan pengunjung untuk datang ke lotus
 Kalau ini salah cetakan, takkan semua Lotus pun harga sama RM0.79 kan?

Anda ada sebarang komen? Nyatakan di bawah.

Jangan buat ini setelah kereta tenggelam banjir!!!

 Banjir adalah satu fenomena alam yang tidak dapat dijangka dan dielakkan terutama sekali kepada penduduk di pantai timur seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan juga bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Selangor yang kerap mengalami banjir kilat. Banjir 2021 adalah antara yang terburuk pernah berlaku di negara kita. Kali ni saya nak tunjukkan tips penjagaan kereta selepas banjir. 

 Selepas kereta anda ditenggelami banjir saya cadangkan anda untuk tidak menghidupkan enjin kereta kerana ia akan mengakibatkan kos repair yang lebih tinggi jika air sudah memasuki sistem enjin anda. Sebaiknya anda harus terus menghubungi pihak insurans untuk menunda kereta ke service center atau bengkel yang berdekatan. 

Namun ini bergantung kepada tahap keseriusan banjir ke atas kereta anda. Jika kenderaan anda penuh dengan lumpur kemungkinan besar bengkel akan menyuruh anda untuk mencuci terlebih dahulu. Jika banjir itu tidak melibatkan Lumpur maka anda boleh terus menghantar kenderaan anda ke service center atau pun bengkel.

Setelah kereta anda tiba di servis center atau pun bengkel saya cadangkan anda untuk pesan kepada pemilik bengkel ataupun service advisor untuk sentiasa membuka tingkap kereta anda. Ini bagi membolehkan wap banjir keluar dari kereta.
  Namun kemungkinan besar permintaan anda tidak dapat ditunaikan oleh bengkel atau servis centre atas faktor keselamatan. Umum kita ketahui bahawa jika banjir berlaku di sesuatu kawasan, ianya akan melibatkan ratusan hingga ribuan kereta. Ini bermakna akan ada berpuluh kereta yang akan memasuki bengkel tersebut dan ianya akan mengambil masa yang lama mengikut giliran dan juga kesediaan alat ganti. Ada kemungkinan melebihi 3 bulan. Bila terlalu lama tingkap kereta ditutup dan wap banjir tidak dapat keluar maka ianya akan menyebabkan bau dan juga kerosakan komponen di dalam kereta anda.

 Dalam keadaan begini saya cadangkan anda untuk membeli dehumidifier yang banyak terdapat di kedai DIY dan juga platform online seperti Lazada dan juga Shopee. Pastikan ada activated charcoal didalamnya. Harga dehumidifier ini tak mahal dan boleh didapati dengan harga RM3 lebih sahaja. Beli dehumidifier ini dan letakkan dalam kereta anda sebelum ataupun semasa anda daftar masuk bengkel. Dehumidifier ini akan menyerap wap dan juga bau dari kereta. Seelok-eloknya beli lebih. Kalau bengkel tutup tingkap kereta anda pun, kesan bau dan kerosakan mungkin kurang atau tiada langsung.
Selepas kereta sudah siap dari bengkel, maka kita boleh ke proses selanjutnya iaitu cuci kereta. Jika kereta anda tenggelam melebihi 20 peratus ketinggian kereta atau air telah memasuki ruangan dalam kereta, saya cadangkan anda untuk menghantar ke kedai cuci kereta yang mahir. Di sana semua karpet dan kusyen akan ditanggal dan dibasuh cara berasingan. Kadar upah cucian adalah bermula daripada RM300 hingga melebihi RM1000. 

 Anda kena rajin bertanya dengan jiran-jiran dan kawan-kawan anda tentang kedai cucian yang baik di sekitar tempat tinggal anda. Tak semestinya yang mahal itu lebih baik daripada yang murah. Kadang-kadang yang mahal itu pun kualitinya sama juga dengan yang murah. Bagaimanapun saya cadangkan untuk anda pergi ke kedai yang murah terlebih dahulu.  Cuma anda perlu pastikan adakah mereka akan menanggalkan semua kusyen dan karpet untuk dicuci.

 Selepas kereta dicuci, anda mungkin masih boleh menghidu bau banjir dari kereta anda. Jika ini berlaku saya cadangkan anda untuk membeli dehumidifier dan letakkannya di dalam kereta sekali lagi. Sementara waktu anda boleh membeli pewangi kereta tetapi pewangi kereta itu bukanlah penyelesaian untuk jangka masa panjang kerana wap banjir itu masih ada. Saya lebih mencadangkan anda untuk meletakkan daun pandan di dalam kereta kerana ianya lebih berkesan daripada pewangi yang dijual di kedai-kedai.
 Anda mungkin terfikir untuk mengeringkan kenderaan dengan menjemur kenderaan anda di bawah matahari terik untuk selama beberapa hari. Tapi dari ujian yang dilakukan, cara ini nampaknya kurang berkesan. Dehumidifier nampaknya lebih berkesan dalam menangani masalah ini. Wap dari kereta anda akan memenuhi dehumidifier dan akhirnya terkumpul menjadi air.

 Diharap artikel ini membantu dan jika anda ada sebarang komen Sila nyatakan di bawah

Kisah Belajar di Jepun 90an: Episod 2



Episod 2
Lepas berhenti DPP, saya pun bersi4p baju dan barang kelengkapan yg perlu untuk dibawa ke Jepun. Bab baju saya tak kisah sangat asalkan ada Jeans, t shirt Dan dilapisi sweater jenama Cheetah diatasnya pun dah cukup. Saya bawa 1 luggage besar canvas warna hijau harga lebih kurang rm100 sahaja. luggage yg sama juga saya guna untuk ke Germany, Switzerland, China, Taiwan, Indonesia, Japan dll atas urusan kerja di Siemens Vdo/Continental. Tahan lama luggage tu.
Bila persiapan hampir siap, saya sempat melawat Tok Yang & tok Wan hashim di Padang chicak, Sik Kedah. Tok Wan Hashim pernah dapat surat tawaran sambung belajar kat Jepun. Tokwan terkejut sebab tua tua dapat sambung belajar. Rupanya surat tu untuk jiran belakang rumah tokwan iaitu Pak Lang Ismail bin Hashim untuk belajar bidang pertanian. Nama Tokwan adalah Hashim bin Ismail. Surat tu datang dari Jepun dan Jepun tu letak nama bapa kat depan. Tu pasal surat tu sampai kat tokwan. Alamat kampung, faham2 lah. Mungkin korang pernah dengar " 1 daerah, 1 produk". Ni kerja pak lang Ismail bawa balik dari Shikoku. Masa tu konsep ni popular dalam bidang pertanian di Jepun.
Lepas melawat tok di Kedah, saya melawat tok mak di Parit Bunga, Muar Johor pula. Sebelum bertolak dari Muar, ada bacaan doa selamat dari tok tunggal. Tok tunggal meninggal 2 minggu selepas tu.


Sehari sebelum flight, kami sekeluarga bermalam di rumah busu Tokcu Muor .Busu adalah satu satunya adik lelaki abah. Yg lain semuanya perempuan. Ketika belajar di UTM KL, saya selalu bermalam di rumah busu. Busu bekerja sebagai polis unit udara dan rumah sewa dia betul-betul dihujung landasan kapal terbang Subang. Pagar rumah tu pun kongsi dengan Subang airport punya pagar. Masa ni KLIA x ada lagi dan semua kapal terbang turun atas rumah busu. Kali pertama memang seronok sebab boleh tengok kapal terbang turun betul2 atas kepala. Ada kapal terbang yg boleh buat atap bergegar. Bila malam bunyinya lagi kuat sebab time ni la banyak kapal kargo besar2 turun. Memang susah nak tidur tapi busu boleh tidur lena. Kadang2 terjaga malam bukan sebab kapal terbang, tapi sebab dengkuran busu.
Tapi saya suka rumah busu sebab ada home theater dan ada banyak CD dan VCD. Selain tu busu ada MegaTv. Mungkin ramai yg tak tahu atau lupa ada satelit tv yg muncul lebih awal dari Astro. Masa ni Astro baru nak mula. Busu juga orang kuat kat kampung melayu subang walaupun dia asal orang luar. Petang lepas balik kerja busu main takraw dan malam gi pasar tani. Aktiviti yg paling best adalah jamming dengan budak kampung situ. Guitarist paling power situ adalah Reno. Part Kirk Hammett selamba je dia main. Tak lama lepas tu dia gi New Zealand kerja ternak lembu. Busu suka main rhythm dalam band tu. Dulu busu nyaris masuk kumpulan Crossfire tapi dia pilih untuk jadi polis. Semua ahli kumpulan Crossfire adalah rakan satu kelas Busu di Muar. Busu terkenal di kampung melayu subang sampai bila dia meninggal pun, kehilangan beliau diwar war di media sosial group setempat dan ramai yg tolong.
Berbalik kepada cerita kami bermalam di rumah busu sebelum flight ke Jepun. Masa ni busu dah pindah ke rumah yang lebih besar. Dapatlah kami tidur dengan lebih selesa. Esoknya kami bangun untuk bergerak ke Subang airport. Saya diwajibkan pakai kot biru dan bersongkok. Bila nak letakkan barang dalam kereta, saya minta kunci kereta dari bapa saya untuk buka bonet. Lepas bonet dibuka, beg dimasukkan dan tiba2 saya tergerak hati untuk check lagi sekali sama ada semua benda penting ada atau tak dalam beg. Kunci ditangan saya letak di lantai bonet sementara nak cari barang. Lepas puas hati semua dokumen dan barang cukup, saya pun tutup bonet.
Baru teringat yg kunci ada kat dalam bonet. Nak buka bonet dari kerusi driver pun x boleh sebab pintu semua berkunci. Saya cuma buka bonet sahaja tadi. Maka kami pun panick sebab flight kol 10am. Masa tu nak kol 8am dah. Macam2 cara dah cuba tapi masih tak buka juga. Masa ni saya dah hampir giveup untuk ke Jepun. Nak guna duit sendiri untuk ke Jepun memang x ada lah sebab gaji kilang ayam pun sebulan rm215 je. Mana ada simpanan. Lepas hampir setengah jam cuba akhirnya berjaya dibuka oleh busu.
Bila dah boleh buka, tanpa buang masa kami pun terus bergerak ke Subang airport. Sampai disana sepupu saya, Kak Juliana Rahim dan family dah tunggu. Flight Saya dah masa untuk check in. Since ni first time Saya naik kapal terbang, so memang berdebar dan jakun sikit. Dalam dok kalut tu saya ternampak ramai yg pakai kot biru dan songkok macam saya. Tapi ramai yg tak kenal sebab depa buat persediaan di UM. Ramai kawan saya yg ditempatkan di selatan Jepun dan depa naik flight lain ke Fukuoka, Kansai. Schedule depa lain. Flight yg saya naik adalah ke Tokyo. Flight Ni adalah untuk pelajar yg ditempatkan di tengah dan utara Jepun.
Last2 ternampak beberapa muka yg saya kenal macam Mat Jiji. Mat Jiji adalah pelajar terbaik SPM Terengganu. Dia suka buku. Tengok spec dia pun kita boleh tahu dia ulat buku. Macam saya bila cuti, saya akan kerja kilang ayam tapi mat Jiji kerja di kedai buku. Mat Jiji pun tak pernah naik flight macam saya. So kami berdua ni terpaksa redah sahaja. Orang kata kanan, kami ke kanan. Orang kata kiri, kami ke kiri. Bila dalam situasi ni, selalunya mat Jiji minta saya take lead. Lepas check in settle, kami pun jumpa family masing2. Oleh kerana saya dah alami panick nyaris terlepas flight sebab kunci tertinggal dlm bonet, maka saya akan pastikan saya x akan kena tinggal lagi. So saya cepat2 masuk ke pintu yg dijaga polis. Saya ingat lepas dari polis tu, terus masuk dalam kapal terbang. Rupanya ada banyak lagi yg perlu ditempuh. So saya pun cepat2 settlekan kastam n immigration dan akhirnya saya orang pertama yg sampai kat ruang berlepas. Masa saya sampai situ, kapal terbang pun x sampai lagi. Buat penat je. Masa tu saya rasa menyesal sebab kalau tahu, saya mungkin boleh luangkan masa lebih lagi dengan family.
Lama juga melayan perasaan sorang2. Kat tepi tu ada la ju4l barang2 tapi x mampu nak beli. Lama kemudian baru nampak beberapa kawan saya Hamidi Husin, Mat Jiji, Taufik, Azmi Abdul HamidSyahrul Bakhtiar BenReduan TakafulDin Khai, Hamidun dan beberapa lagi. Dari beratus pelajar, memang tak ramai yg ditempatkan di utara Jepun. Di kolej saya pun, saya sorang je batch 98. Berbanding di selatan ada yg sampai 3 orang satu batch.
- sambungan -
Ada Brader tough nangis dalam kapal terbang, disambut wakil kedutaan Malaysia, ramai tengok megazine pakai songkok dlm 7e

Kisah Belajar di Jepun 90an: Episod 1


Masa umur 18 hingga 20 tahun, setiap kali cuti panjang saya akan bekerja sebagai operator kilang di DPP( ayam dindings). Masa ni kat daerah Manjung sana ada kilang DPP, Mattel atau kilang sawit shj. 3 kali juga saya masuk dan keluar DPP. setiap kali saya masuk, saya akan masuk department yg berbeza.
Department yg paling berat adalah EV. Orang hebat je yg boleh bertahan disini. Rata2 nya pangkat makcik dan abg2. Ni adalah department pertama yang saya masuk lepas SPM. Disini selepas ayam disembelih, dibuang bulu, perut dsb, ada 3 operator yg angkat dan gantung ayam ke chain conveyor untuk proses selanjutnya. Saya salah seorang operator tu. Kalau pengeluaran kilang hari tu adalah 30k ayam, maknanya setiap operator kena angkat 10k ayam sehari. abg Lat otai kat sini. bila hujung bulan, lagi mencabar sebab kena angkat ayam telur yg setiap satu berat lebih 5 kilo. Bila seluk dalam perut ayam tu, boleh dapat telur. Habis kerja, berbakul juga la telur yg dibawa balik. Tapi sorry lah saya nak ambil. Kalau ambil pun x lalu nak makan. Bila waktu puasa order lagi banyak untuk stok raya. So dari 10k sehari, saya kena angkat 12-13k ayam sehari. Sini siapa yg gemuk, boleh kurus.
Kemudian saya masuk debone. Ni department potong ayam ke bahagian2 contohnya dada, kaki, peha dan potong sampai tinggal rangka shj. Dulu rangka ni orang x mau tapi ada orang datang DPP beli rangka dan jual kat pasar malam sekitar daerah Manjung 50sen seekor. Sekarang kat Kuantan rangka shj pun dah rm7. Ada isi ayam yg dihantar ke department lain. Kemahiran potong ayam saya datang dari sini.
Kemudian saya masuk ke department Further. Kat sini saya belajar buat sosej, burger, chicken ball dan nugget. Ni department paling ringan. Ruang kerja pun bersih selesa. Cuma ada cabaran tolak trolley ke peti ais sebesar bilik tidur bersuhu -40C selepas burger siap. Bila 1st time sampai Jepun, saya x heran sangat dengan suhu sejuk sebab saya dah biasa -40c dlm peti ais. Lama juga saya Kat department ni. Antara kawan baik saya kat sini ialah Mohd Rizal Kamaldin. Kami kawan dari SMAB form 1 lagi. Tak ramai yg nak kerja kilang ayam maka budak2 baya saya ni memang boleh bilang dgn jari. Ada yg datang dari jauh dari daerah larut matang, dan Perak tengah. Selain tu ramai juga kawan Bangla macam Rabiul Islam, Syed muniruzzaman, Abd Jabar, Abd Satar dll. Dari mereka saya belajar bahasa Bangla. Tahukah anda struktur bahasa Bangla lebih kurang sama macam Jepun. Depa cuma perlu tukar perkataan shj. Macam tukar bendera Jepun dari putih ke hijau untuk bendera Bangla.
Munir adalah doktor tapi decide datang Malaysia untuk kerja kilang. English pun bagus. Bagitau dia sakit apa, dia boleh bagi senarai ubat. Walaupun dia doctor tapi Bangla lagi suka jumpa doktor panel sebab boleh dapat MC. Lepas saya berhenti, munir lari dari kilang DPP entah ke mana. Rabiul pula degree in art. Suka nyanyi Hindustan kuat2 masa kerja dan last sekali kena tangkap pasal dadah kat lumut. Jabar pendiam tapi nampak gagah sorong trolley ayam ke sana ke mari. Mmg asal kampung dan orang susah. Gulam adalah ex polis Bangla tapi kat dalam kilang masih dok ingat dia tu polis. Bangla banyak x suka dia. Tapi semua Bangla takut dengan mak saya yg juga kerja kat DPP. Bila saya ke asrama Bangla, gulam jadi ramah pula. Rupanya time kerja dia memang jadi orang lain. Asrama Bangla dekat dengan panggung wayang Sitiawan. So kalau ada movie Hindustan, panggung wayang Sitiawan boleh penuh dengan Bangla.
Kat sini ada akak melayu yg beza 2 tahun dari saya, bila gaduh dia cakap Tamil. Dia suka gaduh dengan Line leader aunty Subama. Dia punya gaduh memang level filem Tamil. Mak akak tu pun kerja situ juga tapi tak tahu cakap Tamil. Setiap kali gaduh mak akak tu akan cuba tenangkan. Bila mak dia masuk campur, akak tu balas balik dalam bahasa Jawa kat mak dia. Mungkin x nak bagi aunty Subama tau. Kami yg hanya faham Melayu, hanya mengharapkan ada translator untuk kami ikuti butir pergaduhan tu. Mungkin ini pergaduhan yg paling kompleks yg pernah saya saksikan live sebab watak utama fasih pelbagai bahasa yg saya x faham.
Masa tu ekonomi gawat 1998 dan kerajaan stop hantar pelajar ke luar negara. Harapan untuk belajar di luar negara memang x ada dan keadaan kekal begitu selama beberapa bulan. Saya cakap kat Rizal " kalau aku dapat gi Jepun, aku botakkan kepala". Padahal sebelum tu kalau tukang gunting terlebih potong pun boleh nangis. Tak lama lepas tu tempat belajar saya, UTM panggil balik untuk buat passport dan urusan lain. Rupanya kami je yg kerajaan lepaskan untuk belajar keluar negara. Yg mana belajar untuk ke UK, US, Korea, semua mereka ditempatkan di Universiti tempatan. Saya ambil cuti untuk tu.
Lep4s selesai urusan di KL, saya pulang ke DPP dengan kepala botak. Selepas tu semuanya macam berlaku terlalu pantas sebab nak kena tulis surat berhenti kerja dan siap2 untuk flight je Jepun. Kami mendaftar masuk belajar di Jepun pun lewat. Tinggalkan kenangan dan kawan2 DPP. Gaji hanyalah rm215 sebulan tapi kenangan tiada harganya.
- sambungan cerita nyaris tak dapat naik flight ke Jepun

Komen Netizen berkenaan servis wad kecemasan Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani



 Setiap orang mesti pernah ada pengalaman masuk hospital paling tidak satu kali dalam seumur hidup.  Untuk mereka yang mempunyai keadaan kewangan yang bagus dah tentulah mereka mampu untuk pergi ke hospital swasta jika mengalami sakit.  Namun bukan semua orang mampu untuk pergi ke hospital swasta dan umum tahu kebanyakan penduduk di Malaysia ini tergolong di bawah kategori b40.

 Untuk golongan b40 sudah tentulah pilihan mereka hanyalah Hospital Kerajaan.  Baru-baru ini tular di media sosial tentang layanan yang diterima di wad kecemasan hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani Kedah yg dikatakan terlalu lembab.

 Namun bila kita lihat kepada komen-komen yang diberikan oleh Netizen ianya agak bercampur. 
 Umum kita ketahui bahawa setiap negeri semestinya ada satu atau dua hospital utama dimana semua kes-kes berat akan dihantar ke sana. Malangnya hospital Sungai Petani adalah salah satu dari hospital yang tergolong dalam kategori ini. Wad kecemasan akan mengutamakan kes berat terutama yang melibatkan nyawa. Jika kita rasa kes kita tidak melibatkan kehilangan nyawa jika tidak dirawat dengan cepat, maka sebaiknya kita pergi ke hospital yang bukan utama.

 Jika anda tinggal di daerah Kuala Muda, anda boleh pergi ke hospital di daerah bersebelahan contohnya Hospital Yan ataupun Hospital Kepala Batas. Walaupun anda akan meluangkan lebih masa dalam perjalanan untuk ke hospital tersebut tetapi masa menunggu di hospital tersebut mungkin lebih pendek dari hospital Sungai Petani. Cuma kadang-kadang hospital tersebut terpaksa menghantar doktor wad kecemasan mereka ke hospital utama untuk mengiringi pesakit kritikal di dalam ambulans. Ya, ketika itu servis wad kecemasan hospital bukan utama juga akan lambat sebab kekurangan doktor.

 Jika kita melihat Doktor selalu melihat handphone kita tidak boleh menuduh bahawa doktor tersebut tidak membuat kerja. Di zaman ini banyak kerja yang dilakukan dengan menggunakan handphone termasuklah komunikasi di antara jabatan-jabatan ataupun komunikasi di dalam jabatan itu sendiri. Selain itu juga handphone digunakan oleh doktor sebagai rujukan kerana di dalam Google itu sendiri pun terdapat banyak sumber-sumber yang berkaitan dengan rawatan.

 anda ada sebarang komen? Sila nyatakan di bawah

Keluhan masalah parking di rumah flat kos rendah


 Rumah adalah satu aset yang penting bagi setiap orang. Setiap keluarga seharusnya memiliki paling kurang satu rumah tak kiralah besar ataupun kecil. namun tak semuanya mampu untuk memiliki rumah yang besar sebaliknya hanya mampu memiliki rumah flat kos rendah terutama kepada penduduk yang tinggal di bandar-bandar besar.

 Di setiap negeri mestinya ada projek rumah mampu milik terutama kepada golongan yang berpendapatan rendah di bandar. harga Biasanya bermula daripada RM40 ribu hingga RM 70 ribu dan permohonan hanya melalui Setiausaha Kerajaan Negeri. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri akan memastikan pemohon benar-benar layak. Di kala harga rumah melambung tinggi terkini tertentu yang memohon projek perumahan kos rendah ini adalah ramai.

  kali ni kita nak tengok masalah yang selalu dihadapi oleh penduduk di flat rumah kos rendah ini. selain dari masalah pembuangan sampah, masalah parking adalah satu masalah yang sinonim dengan penduduk flat kos rendah. Dipercayai masalah berpunca daripada penduduk yang tinggal di tingkat bawah kerana mereka sudah menganggap parking yang menghadap rumah mereka adalah parking mereka seolah-olah mereka tinggal di rumah teres.

 Mari kita tengok keluhan-keluhan yang dikeluarkan oleh penduduk di rumah flat kos rendah
Saya agak setuju dengan kenyataan satu orang buat yg lain pun ikut buat.
Agak mengecewakan juga jika kesalahan dilakukan oleh orang yg berusia kerana sudah tentu yang muda segan nak tegur. Bila segan nak tegur sampai bila pun tak selesai masalah.


Selain dari kerosakan fizikal akibat dari perbuatan khianat, penduduk rumah flat kos rendah juga mengalami stress.
Bila jadi macam ni, pihak pengurusan lah yang bertanggungjawab mententeramkan keadaan.
Bukan semua orang memang nak duduk rumah flat kos rendah. Kan bagus kalau semua rumah teres pun harga mampu milik.
Masalah sosial dikalangan kanak kanak dan remaja juga antara masalah yang wujud di flat kos rendah.

Diharap semua orang tingkatkan metaliti tak kira dimana jua kita berada.