Kisah Belajar di Jepun 90an: Episod 1


Masa umur 18 hingga 20 tahun, setiap kali cuti panjang saya akan bekerja sebagai operator kilang di DPP( ayam dindings). Masa ni kat daerah Manjung sana ada kilang DPP, Mattel atau kilang sawit shj. 3 kali juga saya masuk dan keluar DPP. setiap kali saya masuk, saya akan masuk department yg berbeza.
Department yg paling berat adalah EV. Orang hebat je yg boleh bertahan disini. Rata2 nya pangkat makcik dan abg2. Ni adalah department pertama yang saya masuk lepas SPM. Disini selepas ayam disembelih, dibuang bulu, perut dsb, ada 3 operator yg angkat dan gantung ayam ke chain conveyor untuk proses selanjutnya. Saya salah seorang operator tu. Kalau pengeluaran kilang hari tu adalah 30k ayam, maknanya setiap operator kena angkat 10k ayam sehari. abg Lat otai kat sini. bila hujung bulan, lagi mencabar sebab kena angkat ayam telur yg setiap satu berat lebih 5 kilo. Bila seluk dalam perut ayam tu, boleh dapat telur. Habis kerja, berbakul juga la telur yg dibawa balik. Tapi sorry lah saya nak ambil. Kalau ambil pun x lalu nak makan. Bila waktu puasa order lagi banyak untuk stok raya. So dari 10k sehari, saya kena angkat 12-13k ayam sehari. Sini siapa yg gemuk, boleh kurus.
Kemudian saya masuk debone. Ni department potong ayam ke bahagian2 contohnya dada, kaki, peha dan potong sampai tinggal rangka shj. Dulu rangka ni orang x mau tapi ada orang datang DPP beli rangka dan jual kat pasar malam sekitar daerah Manjung 50sen seekor. Sekarang kat Kuantan rangka shj pun dah rm7. Ada isi ayam yg dihantar ke department lain. Kemahiran potong ayam saya datang dari sini.
Kemudian saya masuk ke department Further. Kat sini saya belajar buat sosej, burger, chicken ball dan nugget. Ni department paling ringan. Ruang kerja pun bersih selesa. Cuma ada cabaran tolak trolley ke peti ais sebesar bilik tidur bersuhu -40C selepas burger siap. Bila 1st time sampai Jepun, saya x heran sangat dengan suhu sejuk sebab saya dah biasa -40c dlm peti ais. Lama juga saya Kat department ni. Antara kawan baik saya kat sini ialah Mohd Rizal Kamaldin. Kami kawan dari SMAB form 1 lagi. Tak ramai yg nak kerja kilang ayam maka budak2 baya saya ni memang boleh bilang dgn jari. Ada yg datang dari jauh dari daerah larut matang, dan Perak tengah. Selain tu ramai juga kawan Bangla macam Rabiul Islam, Syed muniruzzaman, Abd Jabar, Abd Satar dll. Dari mereka saya belajar bahasa Bangla. Tahukah anda struktur bahasa Bangla lebih kurang sama macam Jepun. Depa cuma perlu tukar perkataan shj. Macam tukar bendera Jepun dari putih ke hijau untuk bendera Bangla.
Munir adalah doktor tapi decide datang Malaysia untuk kerja kilang. English pun bagus. Bagitau dia sakit apa, dia boleh bagi senarai ubat. Walaupun dia doctor tapi Bangla lagi suka jumpa doktor panel sebab boleh dapat MC. Lepas saya berhenti, munir lari dari kilang DPP entah ke mana. Rabiul pula degree in art. Suka nyanyi Hindustan kuat2 masa kerja dan last sekali kena tangkap pasal dadah kat lumut. Jabar pendiam tapi nampak gagah sorong trolley ayam ke sana ke mari. Mmg asal kampung dan orang susah. Gulam adalah ex polis Bangla tapi kat dalam kilang masih dok ingat dia tu polis. Bangla banyak x suka dia. Tapi semua Bangla takut dengan mak saya yg juga kerja kat DPP. Bila saya ke asrama Bangla, gulam jadi ramah pula. Rupanya time kerja dia memang jadi orang lain. Asrama Bangla dekat dengan panggung wayang Sitiawan. So kalau ada movie Hindustan, panggung wayang Sitiawan boleh penuh dengan Bangla.
Kat sini ada akak melayu yg beza 2 tahun dari saya, bila gaduh dia cakap Tamil. Dia suka gaduh dengan Line leader aunty Subama. Dia punya gaduh memang level filem Tamil. Mak akak tu pun kerja situ juga tapi tak tahu cakap Tamil. Setiap kali gaduh mak akak tu akan cuba tenangkan. Bila mak dia masuk campur, akak tu balas balik dalam bahasa Jawa kat mak dia. Mungkin x nak bagi aunty Subama tau. Kami yg hanya faham Melayu, hanya mengharapkan ada translator untuk kami ikuti butir pergaduhan tu. Mungkin ini pergaduhan yg paling kompleks yg pernah saya saksikan live sebab watak utama fasih pelbagai bahasa yg saya x faham.
Masa tu ekonomi gawat 1998 dan kerajaan stop hantar pelajar ke luar negara. Harapan untuk belajar di luar negara memang x ada dan keadaan kekal begitu selama beberapa bulan. Saya cakap kat Rizal " kalau aku dapat gi Jepun, aku botakkan kepala". Padahal sebelum tu kalau tukang gunting terlebih potong pun boleh nangis. Tak lama lepas tu tempat belajar saya, UTM panggil balik untuk buat passport dan urusan lain. Rupanya kami je yg kerajaan lepaskan untuk belajar keluar negara. Yg mana belajar untuk ke UK, US, Korea, semua mereka ditempatkan di Universiti tempatan. Saya ambil cuti untuk tu.
Lep4s selesai urusan di KL, saya pulang ke DPP dengan kepala botak. Selepas tu semuanya macam berlaku terlalu pantas sebab nak kena tulis surat berhenti kerja dan siap2 untuk flight je Jepun. Kami mendaftar masuk belajar di Jepun pun lewat. Tinggalkan kenangan dan kawan2 DPP. Gaji hanyalah rm215 sebulan tapi kenangan tiada harganya.
- sambungan cerita nyaris tak dapat naik flight ke Jepun

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara scan dokumen dan IC depan belakang free dengan menggunakan handphone

Panduan Mudah: Klaim Balik Insurans Kereta yang Tidak Digunakan selepas Jual Kereta

Nasi Kandar Ali Khan, Sungai Dua Butterworth