Kisah Belajar di Jepun 90an: Episod 2
Episod 2 Lepas berhenti DPP, saya pun bersi4p baju dan barang kelengkapan yg perlu untuk dibawa ke Jepun. Bab baju saya tak kisah sangat asalkan ada Jeans, t shirt Dan dilapisi sweater jenama Cheetah diatasnya pun dah cukup. Saya bawa 1 luggage besar canvas warna hijau harga lebih kurang rm100 sahaja. luggage yg sama juga saya guna untuk ke Germany, Switzerland, China, Taiwan, Indonesia, Japan dll atas urusan kerja di Siemens Vdo/Continental. Tahan lama luggage tu. Bila persiapan hampir siap, saya sempat melawat Tok Yang & tok Wan hashim di Padang chicak, Sik Kedah. Tok Wan Hashim pernah dapat surat tawaran sambung belajar kat Jepun. Tokwan terkejut sebab tua tua dapat sambung belajar. Rupanya surat tu untuk jiran belakang rumah tokwan iaitu Pak Lang Ismail bin Hashim untuk belajar bidang pertanian. Nama Tokwan adalah Hashim bin Ismail. Surat tu datang dari Jepun dan Jepun tu letak nama bapa kat depan. Tu pasal surat tu sampai kat tokwan. Alamat kampung, faham2 la...