Ciri ciri scammer di FB yang patut anda ketahui
#ciri scammer #menipu #love # kisah #mangsa #taktik
Baru2 ni salah sorang saudara saya hampir tertipu dengan scammer di Facebook. Sebenarnya dah lama sindiket macam ni bergerak dan sepatutnya semua orang tahu dengan taktik penipuan mereka ni. Mangsa tak kira lelaki, perempuan dan usia. Mana nak tahu rupanya keluarga terdekat kita pun hampir menjadi mangsa kepada penipuan ni. Mungkin perkara yang sama juga boleh berlaku kepada keluarga terdekat anda. Saya cuba untuk memahami seorang penipu ni dan berikut adalah ciri-ciri asas scammer yang ingin saya kongsikan:.
Baru2 ni salah sorang saudara saya hampir tertipu dengan scammer di Facebook. Sebenarnya dah lama sindiket macam ni bergerak dan sepatutnya semua orang tahu dengan taktik penipuan mereka ni. Mangsa tak kira lelaki, perempuan dan usia. Mana nak tahu rupanya keluarga terdekat kita pun hampir menjadi mangsa kepada penipuan ni. Mungkin perkara yang sama juga boleh berlaku kepada keluarga terdekat anda. Saya cuba untuk memahami seorang penipu ni dan berikut adalah ciri-ciri asas scammer yang ingin saya kongsikan:.
- FB Account baru dibuat
- Profile seperti tak lengkap, gambar pun tak banyak
- Tiada kawan-kawan yang comment atau reply status atau gambar yang dikongsikan oleh scammer.
- Tiada kawan dalam friendlist untuk kita lihat. Mungkin di "hide"
- Berulang kali friend request ke kita walaupun kita tak layan
- Bila accept friend request, hantar mesej berbunga bunga. Agak berlebihan pun ada.
- Bila tak layan, dia akan mendesak
- Bagitahu yang dia bekerja bagus dan tinggal diluar negara.
- Bagitahu mangsa untuk rahsiakan hubungan walaupun dengan rakan atau keluarga terdekat. Bab ni lah yang membuatkan kadang2 , mak, pak, abang, adik, akak, sahabat pun boleh terkejut bila dengar kawan kena tipu. Nanti akan cakap " kenapa tak bagitahu awal2. Kalau kami tahu mesti tak jadi macam ni. Tengok FB dia pun tahu menipu." tapi masa tu dah terlambat. Scammer pandai brainwash mangsa untuk berahsia.
- Baru kenal tapi panggilan dah melampau(sayang, ayang, honey, baby dsb).
- Kalau mangsa adalah muslim, ayat scammer ni kekadang mengalahkan ustaz. Contoh asyik ingatkan waktu sembahyang.
- Baru kenal tapi dah ajak kahwin. Pandai pula kata" I want to be your Imam and I want you to be my Makmum".
- Bagi harapan dapat gi oversea free dengan dia. Hidup happily ever after dengan dia di oversea.
- Asal dari Malaysia tapi dah lama tinggal di luar negara sampai dah lupa bahasa sendiri. Sedangkan Datok Shake yang dok berzaman kat oversea pun fasih cakap melayu lagi. Selalunya ni kerja Sindiket warga Afrika. Sebab tu tak tahu bahasa melayu melainkan simple Malay.
- Bila dah rasa jerat mengena, scammer akan kata yang dia akan ada urusan di Malaysia dan nak ajak jumpa. Akan set masa, tarikh dsb. Akan bagi status perjalanan untuk menyakinkan mangsa
- Tak bagi orang lain ikut sekali untuk berjumpa dengan dia.Takut kantoi la kot.
- Kalau kita kata tak mahu berjumpa dengan dia, dia akan kata yang dia ada bawakan hadiah berharga untuk diberi by hand.
- Lagi beberapa hari nak jumpa, tiba2 ada musibah. Kena samun la, accident la,ICU la, operation la. Kemudian minta duit dari kita. Tak ada duit, dia minta kita buat loan bank.
So itulah serba sedikit ciri2 scammer yang nak saya kongsikan. Gambar contoh diatas adalah gambar sebenar. Nama dan muka terpaksa saya padamkan sebab kebarangkalian gambar dan profile yang digunakan adalah palsu. Gambar, nama, profile boleh berubah dan yang tak banyak berubah ialah taktik mereka. Jangan biarkan keluarga anda menjadi mangsa.
Mohon share....
Mohon share....