10 Suara artis lelaki yang kita boleh cam tanpa tengok wajah

Bagi penggemar filem di Malaysia, mungkin ada yang bersetuju kalau saya katakan ada suara-suara pelakon yang kita boleh cam tanpa kita perlu melihat wajah pelakon tersebut.  Juga memang kita tidak dapat nafikan bahawa pelakon yang hebat selalunya mempunyai suara yang unik.

Di post kali ini saya ingin menyenaraikan senarai pelakon pelakon lelaki antarabangsa yang mempunyai suara yang mudah dicam oleh penggemar filem di Malaysia.

Sean Connery 
 Sean Connery pelakon yang tidak asing lagi dengan watak James Bond tetapi selain dari itu beliau juga banyak melakonkan watak watak utama dalam banyak filem. Suara beliau memang sesuai dengan watak perisik yang berjiwa romantik.


Liam Neeson
 Liam Neeson adalah pelakon yang banyak melakukan filem aksi tapi mempunyai suara yang tenang. Selain dari itu beliau juga adalah narator yang bagus

Morgan Freeman
 Morgan Freeman mempunyai suara yang nampak bijak bila berbicara serta membuatkan pendengar rasa nak tahu dengan lebih lanjut. Maka tak hairanlah beliau antara narrator yang terhebat zaman ini.


Chris Hemsworth

Kedua-dua aktor dari Australia ini( Chris & Hugh) mempunyai suara lelaki gagah dan macho.

Tom Hanks 
 Tom Hanks walaupun tidak mempunyai suara bass seperti nama nama yang disebutkan sebelum ini, tapi suaranya yang pelbagai mengikut watak memang tidak boleh disangkal.

Chris Rock

 Chris Rock pula mempunyai suara yang bernada tinggi dan amat sesuai dengan genre comedy yang kelam kabut. Suaranya sahaja boleh membuatkan kita melekat di depan TV untuk memastikan kita tidak terlepas dari setiap punch Line yang diberikan.

Ian McKellen 
Christopher Lee
 Kedua-dua aktor senior dari United Kingdom ini ( McKellen & Lee) mempunyai suara yang hampir serupa tetapi Christopher Lee mempunyai suara yang lebih mendalam dan lebih sesuai dengan watak jahat

The Rock 
 Dwayne Johnson mempunyai suara orang gagah tapi mempunyai unsur humor

Kevin Hart 
 Kevin Hart pula mempunyai kategori yang sama dengan Chris Rock tetapi suaranya lebih sesuai sebagai orang yang annoying dan memang patut selalu kena buli.

Eddie Murphy 
 Eddie Murphy pula mempunyai suara yang sentiasa ceria tak kisah dalam apa jua keadaan.

Jack Black Boleh dikatakan suara komedi selalunya dimenangi oleh pelakon berkulit hitam tetapi kalau pelakon kulit putih suara yang hebat untuk genre ini adalah tidak lain tidak bukan iaitu Jack black.

Samuel L Jackson 
Berbanding dengan suara kulit hitam yang lain suara Samuel L Jackson amat sesuai dengan watak poyo.

Arnold Schwarzenegger 

Jackie Chan 

Arnold Schwarzenegger dan juga Jackie Chan amat mudah dikenali suaranya kerana mempunyai loghat ketika berdialog.

Bagaimana dengan senarai yang disebutkan diatas? Anda ada nak tambah sebarang komen?

Panduan Mudah: Klaim Balik Insurans Kereta yang Tidak Digunakan selepas Jual Kereta

 Ramai yang tidak sedar bahawa semasa menjual kereta, kita sebenarnya boleh mendapatkan balik insurans kereta yang tidak digunakan. Contohnya, jika kita menjual kereta dan masih ada baki insurans selama 5 bulan, kita boleh mengklaim baki yang tidak digunakan tersebut. Malangnya, ramai Penasihat Jualan kereta yang tidak memberitahu atau membantu mengenai perkara ini. Oleh itu, kali ini saya akan menunjukkan cara membuat tuntutan untuk baki insurans tersebut.

Pertama, kita perlu mendapatkan e-auto slip yang dikeluarkan oleh pihak yang mengambil kereta kita untuk dijual, biasanya penjual kereta terpakai. Bagaimana rupa e-auto slip ini? Saya sertakan lampiran di sini supaya anda boleh rujuk.


  Setelah anda mendapatkan e-auto slip ini, anda boleh pergi terus ke pejabat syarikat Takaful atau melakukannya secara dalam talian untuk proses tuntutan.

Jika anda memilih untuk pergi terus ke pejabat syarikat Takaful, di sana mereka akan menyediakan borang tuntutan. Tidak banyak bahagian yang perlu diisi dan cukup mudah, tidak sampai 5 minit.

Sebaiknya, bawa salinan fotokopi kad pengenalan (IC) dan juga e-auto slip. Tetapi, jika anda tidak dapat melakukannya, anda masih boleh menghantar dokumen dalam bentuk salinan digital melalui e-mel kepada pegawai yang melayani anda di kaunter, dan mereka akan membantu mencetaknya.

Setelah selesai, anda akan mendapatkan resit daripada pegawai yang menyatakan jumlah nilai yang akan dikembalikan kepada anda. Mereka akan mengembalikan wang tersebut ke akaun bank kita, bukan tunai.

Jika anda ingin melakukannya secara dalam talian, anda perlu mempunyai akaun untuk portal pelanggan dalam talian. Borang tuntutan perlu dimuat turun. Selepas diisi, anda perlu melampirkan e-auto slip dan salinan IC sebelum mengirimkannya.

Semoga penjelasan ini sedikit membantu anda dalam membuat tuntutan. Selamat berjaya!

!

Star Wars: kisah bagaimana syarikat Lucasfilm ditubuhkan


 Ramai diantara kita yang pernah menonton filem star wars dan filem ini mempunyai berjuta-juta pengikut diseluruh dunia dan latar belakang. Untuk bercerita tentang star wars kita tak boleh lari dari menceritakan tentang George Lucas dan Lucasfilm. Kali ni kita nak ungkap sedikit sejarah bagaimana Lucasfilm bermula.

Membesar di Modesto, California; George Lucas membesar dengan membaca buku kisah pengembaraan dan juga siri televisyen dan impiannya sendiri untuk membuat filem mula timbul pada tahun 1963. Dia tinggalkan Modesto untuk ke kelas filem di University of Southern California(USC).
 
Irvine Keshner: "Saya mengajar di USC dan George hadir ke salah satu seminar. Kami bercakap tentang beberapa percubaan awal beliau dalam pembikinan filem dan saya tahu dari awal yang dia ada versi yang unik."

George adalah seorang pelajar yang sentiasa berfikir di luar kotak seperti yang awak boleh lihat dalam filem pelajarnya iaitu THX1138. Dia buat filem sepanjang 20 minit sedangkan yang diperlukan hanyalah 5 minit sahaja. Ini menunjukkan bahawa dia boleh buat sesuatu yang diluar jangkaan

 Lucas menerima pujian terhadap kemahiran teknikal dan kebolehannya sebagai penglipulara.  Minatnya yang mendalam terhadap mitologi dan falsafah memberikannya dimensi yang lebih untuk berkarya.

Irvine Keshner: "Saya tak peduli dengan apa yang dia buat tapi kerjanya nampak lebih peribadi berbanding kerja pelajar lain."

Selepas tamat pengajian di USC,  Lucas menyertai kawannya Francis Ford Coppola pada tahun 1969 untuk mengasaskan satu syarikat filem bebas.

George: "Saya membuat filem dengan tidak berniat nak berjaya. Asalkan saya rasa selesa kerana saya mampu mengawal filem saya dan tidak mahu orang lain mengusiknya."

Pada tahun 1971 Lucas mengarahkan THX1138 sebuah filem bercirikan teater pengembaraan berdasarkan filem pelajarnya tapi apabila eksekutif Warner Brothers melihat hasilnya , syarikat tersebut meminta Francis Ford Coppola pulangkan 300 ribu dolar yang didahulukan untuk membangunkan THX1138 dan projek lain. Syarikat itu gulung tikar dan George Lucas terpaksa cari kerja di tempat lain sehingga akhirnya beliau membuat keputusan untuk menguruskannya sendiri dan mulakan syarikatnya sendiri iaitu Lucasfilm limited.
Itulah serba sedikit bagaimana syarikat Lucasfilm bermula. Nantikan episod berikutnya tentang permulaan atau lakaran awal cerita Star Wars.

Sumber: Empire of dreams, the story of star wars trilogy 


Pertikaian parking lot diantara 2 peniaga di Sungai Petani

Hari ni terbaca pertikaian 2 peniaga tentang masalah parking di lot kedai mereka. Oleh kerana saya rasakan drama ini menarik, saya copy dan paste disini kot kot ada yg suka. Difahamkan perkara ini pernah dibangkitkan beberapa bulan sebelum ini dan nampaknya masih berlarutan.


*************
Post di FB

21/11/2022 , 2.00pm
Kepada Encik Nizam Man @ owner KTAM SP
*orang lain dalam video tiada kena mengena.

boleh dah kot fikir orang lain sama. nak letak kereta rosak ka apa sila letak di hadapan kedai anda sahaja. boleh faham kot. banyak kali dah saya cakap. susah la bila tak ada sifat tolak ansur. kita mai meniaga tempat orang. orang lain meniaga jugak. cari berkat dalam berniaga insyaAllah hidup tenang. 

Sumpah saya tak pernah jumpa lagi manusia macam ni. 
mintak ubah tak heran,sambung buat kerja mcm takdak apa padahal saya dok tunggu nak masuk parking DEPAN KEDAI saya ni.

πŸ“TAMAN LEMBAH MERBOK @ TAMAN TUPAH

* tambahan info 😁
disebabkan owner bengkel dah respon dekat komen tapi masih dok putaq belit kata kat saya macam2.

TADI SAYA MINTA ALIH KERETA HIJAU tu saja depan kedai saya.. kereta hijau tu rosak mmg ada dibgkel dia dah lama..BUKAN KERETA PUTIH YANG DIA KOMEN KATA TU KERETA CUSTOMER DIA BARU MAI SINGGAH TADI.  
putaq selagi boleh putaq. yang kereta putih customer mai singgah sat saja tu buat apa saya nak bising ,memang tu untuk parking customer mai sat sat πŸ˜‚bukan parking berbulan bertahun 

kereta saya sebiji ja nak masuk parking tu, takkan la saya nak suruh alih dua2 sekali kereta putih tu. fikir logik la . Allah tau bang. jangan dok rancak sangat putaq belit.




**********************
Sambungan di ruangan komen 
Nak buat video bagi penoh baru org faham tu parking awam customer dtg x sampai sejam kau dah buat cerita kedai pon x buka bila balik dtg bising kata parking dia punya kalau x bagi org parking kau pergi majlis bandaran kau sewa parking tu faham bukan org parking lama

Nizam Man tak payah nak putaq belit alam. yang sebelum ni parking tak alih + sampah sarap merata tu macam mana 😁 tak habis berbalah kalau tak faham adab berjiran ni bang. sabar orang ada had. bertahun dah bang. takkan saja2 saya nak marah. setakat customer mai parking sat sat saya nak marah buat apa ??? kereta hijau tu saya tau la dok tersadai lama mana dah πŸ˜‚

Zalikha Jamil kalau x alih cer keluar kedai tgk dgnnmata hati bukan Dgn perasaan dengki dan busuk hati tu

Nizam Man yang harini memang la alih cepat sebab dah viral πŸ˜‚ takpala bang . Allah tau setiap apa yg kita buat. jangan selalu sangat dok putaq belit takut makan diri.

Zalikha Jamil kau pasang cctv kan sebelom nk marah tu tgk dulu cctv hg tu lepas tu bertanya la ....itu adat berjiran baru kau faham bila kau bertanya

Nizam Man nak bertanya apa lagi. minta alih KERETA HIJAU kan , hang jugak cakap kereta tu tak boleh hidup. kereta tu memang ada di bengkel hang .. bukan kereta putih yang customer baru singgah tu πŸ˜‚ laju pulak alih kereta hijau lepas dah viral. settle dah ya bang. malas dah gaduh2 . duduk elok2 berniaga sesama jiran. kita sama2 cari rezeki.

Zalikha Jamil sebab apa keta hijau tu jeles ke ha ha

Nizam Man tau pulak benda depan kedai sendiri πŸ˜‚ depan kedai orang lain rajin dok kacau πŸ™ƒ

Zalikha Jamil bilanya aku kacau

Nizam Man bila kacau? ooo dok rasa tak pernah ganggu jiran la sebelum ni patut la.. dalam tahun ni jugak dok block kedai saya masa tengah operasi.. repair kereta buat macam takdak apa. ada ka saya pi marah masa tu..dok sabar lagi nah. 
tengok customer saya mai kedai mcm mana. rasa mengganggu tak? 

bukan isu taram ka apa. ni bukti saya tak cakap kosong tak mereka cerita.

Zalikha Jamil ni masa bila punya cerita skrg sembang bab video kau ni tu gambar bila tu pos hari ni sembang hari ni le betuii la org kata perempuan ni bertahun punya cerita dia ungkit ha ha dengki le tu

Nizam Man kita cakap pakai bukti bang. gambar ni tahun ni. zoom sikit tarikh & masa tu πŸ˜‚ sudah2 lah tu. berbalah takdak guna. saya tegur elok2 sebelum ni pon tak jalan bukan tak pernah tegur kan. ubah sikit cara berfikir tu yang rasa orang dengki dekat hg. untuk apa? 

bukan hal perempuan ka lelaki. ni bukti. kena faham dan beza kat situ . senang cerita buat kerja jangan ganggu depan kedai orang lain . settle. orang pon takdak nak buang masa bising kat sini ya. cakap elok pon tak jalan.

Zalikha Jamil kau zomm date dan apa kaitan gambar tu dgn video yg terbaru ni ke mmg jenis dengki .....πŸ˜›πŸ˜›πŸ˜› Nasib aku le dpt jiran mcm kau ni belajar le sopan santun x rugi pon kalau ckp elok elok apa pon dengki le tuuu

Nizam Man yang sebelum ni minta alih 2-3 hari baru nak alih. bukan hal harini saja bang nak kata saya rekod tak habis tu. saya tau tu parking awam semua orang boleh parking tapi bagi ada tolak ansur sesama peniaga jugak jangan dok control sorang boleh letak kereta rosak ikut suka dekat parking tu lama2. muhasabah diri fikir tengok buat apa kalau saja2 orang nak marah. waktu mula2 hg menyewa sini kita elok saja kan.

Zalikha Jamil apa cerita sebelom kita cita sini video yg baru pos ni.le

********

Komunikasi mereka nampaknya terhenti disini. Apa komen anda tentang kes ni?

Cara nak elakkan gap atau celah kenderaan dari menjadi besar kemudian hari.

 Di post sebelum ini saya ada menceritakan tentang bagaimana kereta kita lambat-laun akan mempunyai gap atau celah yang besar di antara bahagian kereta. 

 Cuba kita bayangkan bagaimana satu lori trailer yang besar dan panjang tiba tiba membelok dengan kelajuan yang tinggi.  Sudah tentulah kontena di belakang treler itu akan terbalik. Itu secara mata kasarnya. Secara fiziknya pula; bahagian depan kenderaan bergerak ke arah baru tapi bahagian belakang masih mengekalkan momentum ke arah sebelumnya. Maka dalam satu kenderaan tersebut ada konflik daya diantara dibahagian depan dan juga belakang. Lagi aggresif belokan trailer itu dibuat, lagi kuatlah konflik daya atau rintangannya.

Begitulah juga dengan apa yang akan berlaku pada kereta. Oleh kerana saiz kereta yang kecil berbanding dengan lori trailer, kita mungkin tak nampak sangat kesannya itu. Lagipun kereta rendah dan beratnya kurang dari lori treler. Tapi secara fizik kesan tersebut tetap ada.  Setiap kali kita membelok, daya pada bahagian depan dan belakang kereta akan berkonflik. Seolah-olah ianya memulas ke kiri dan ke kanan setiap kali kita membelok.

Pulasan kiri dan kanan pada kenderaan selama bertahun-tahun ini akhirnya akan melemahkan point point yg menyatukan body kereta dan akhirnya point point tersebut akan mula longgar dan body kereta akan mula mempunyai gap atau celah yang besar. Mesti ada diantara kita pernah nampak kereta lama yang macam nak roboh atas jalanraya kan? Tambahan pula kalau kereta itu dipandu oleh tukang rumah yang isi kereta tersebut dengan barang berat contohnya alatan buat rumah, tong cat, batu bata dsb.

 
Selain dari halaju, berat juga memainkan peranan. Lagi berat bebanan yang dibawa oleh kereta tersebut, lagi besar lah daya rintangan yg dihadapi oleh body kereta semasa membelok. Ada beza diantara bawa kereta seorang diri vs kereta penuh dengan orang dan barang di bonet belakang.

Dipost ini saya tak boleh lah nak kata berapa halaju yg patut kita bawa semasa membelok sebab ada pelbagai pembolehubah yang wujud. Cukuplah sebagai memberikan kesedaran kepada pembaca.

Mungkin indikator terbaik adalah pastikan badan kita dan penumpang tidak terlalu senget ke kiri atau ke kanan ketika kita membelok. Kalau badan kita terlalu senget, kita kena ingat bahawa daya rintangan yang sedang dihadapi oleh body kereta ketika itu juga sedang tinggi. 

Mungkin tips ini tak dipersetujui oleh mereka yang gemar memandu dengan laju. Mungkin ada yg kata takkanlah tahun 2022 ni pun masih guna material tak tahan? Ya kejuruteraan makin advance. Pembuat kereta pun ada buat pelbagai ujian. Tapi setakat ni saya tak pernah lagi dengar pembuat kereta buat test sehingga 20~30 tahun. Development kereta model baru pun cuma 2~3 tahun saja termasuk test. warranty pun kebanyakannya mereka bagi 5 tahun saja. Maka terpulanglah pada pemanduan kita. Kalau niat kita untuk pakai kereta tu lama, bawa kereta dengan cermat. Asasnya lagi cermat kita pandu, lagi panjanglah hayat kereta. Keselamatan pun terjamin.

Saya ada kenal seorang engineer dari bahagian Ride & handling di salah satu pembuat kereta. Kerjanya test kereta yg masih dalam development. Pandu uji dibuat dalam test track dan mereka test kereta tu sampai limit. Kalau kita naik sekali kereta dengan dia buat test, silap silap kita boleh muntah. Tapi bila dia bawa kereta diatas jalan raya, dia bawa macam makcik makcik. Relax sahaja.

Semoga tips ini memberi manfaat kepada anda yang hendak mengekalkan body kenderaan dengan keadaan yang baik untuk tempoh lama.

Anda ada sebarang komen?

Terdengar Dr.Jomo Kwame sebut insyaallah

 Jika anda cakna tentang hal ehwal ekonomi Malaysia, mesti anda pernah mendengar nama Dr. Jomo kwame sundaram iaitu pakar ekonomi terkemuka negara. Kebetulan hari ini saya ada mengikuti satu siaran di Astro Awani dan ketika itu ada perbincangan tentang ekonomi Malaysia dan Dr. jomo kwame sundaram adalah jemputan dalam program tersebut. 

 Saya difahamkan beliau adalah campuran Cina dan India dan namanya diberikan sempena nama pejuang di Afrika. Memang menarik.

Namun saya amat terkejut kerana pada program tersebut saya terdengar Dr. Jomo Kyame ada menyebut insya-allah dalam program tersebut. Macam tak percaya. Adakah beliau seorang muslim? Sebelum ni saya tak pernah terfikir nak check.

Jadi saya Google untuk mendapatkan kepastian dan akhirnya saya jumpa artikel dibawah.


 Tak sangka rupanya beliau adalah seorang Islam. Apapun latar belakang beliau memang Kita tak boleh nafikan sumbangan beliau terhadap ekonomi negara. Hebat.

GV9: Netizen persoalkan mengapa bukan Tomok yg disingkirkan semalam

 Pertandingan nyanyian Gegar Vaganza yang diadakan semalam telah melabuhkan tirainya dengan Asheed dari kumpulan defgabc setelah tersingkir pada minggu ini. Namun ada cakap-cakap tak puas hati tentang mengapa Asheed yang keluar dan bukannya Tomok kerana nyanyian  Ashhed lebih baik dari Tomok. Nyanyian Tomok semalam agak sukar didengari.  


 Semasa persembahan kita boleh juga lihat reaksi Tok RAM di mana beliau menekapkan earphone di telinga dipercayai kerana susah untuk mendengar suara Tomok dengan jelas. Selepas persembahan tok ram juga nampak kecewa dan memberikan komen tentang audio Tomok yang agak kurang jelas.  Kemudian Nabil membalas bahawa ia mungkin salah dari jurutera audio dengan gaya berseloroh.

 Ada juga netizen yang menyalahkan Bob kerana Bob yang memilih lagu Awas untuk Tomok. Semasa wawancara Tomok menyatakan bahawa cabaran lagu ini adalah bahagian rap tapi dari persembahan kita juga boleh dapati bahawa bahagian nyanyian biasa juga bermasalah.  

Mungkin disebabkan Awas asalnya dinyanyikan oleh tiga orang dan untuk persembahan kali ini Tomok hanya menyanyikannya seorang diri. Akibatnya mungkin sukar untuk Tomok  mengambil nafas sebaiknya untuk menyanyikan kesemua bahagian nyanyian.


 Ada juga yang berpendapat bahawa keputusan semalam sudah dirancang oleh pihak Astro dimana Tomok adalah antara yang wajib ke peringkat akhir GV kali ini. Mungkin kerana auranya. Kalau Tomok adalah penyanyi biasa semestinya beliau akan disingkirkan semalam. Namun apa pun yang terjadi semalam, kita tak boleh menafikan bakat yang ditunjukkan oleh Tomok setiap minggu.


 Diharap Astro dapat memberi ulasan tentang perkara ini supaya ianya boleh mengelakkan sebarang spekulasi di kalangan penonton.

Anda ada sebarang komen?

6 Kedai sedap di Pulau Pinang yg kurang dikenali oleh orang luar yg patut anda cuba

Bila kita sebut pasal makanan Pulau Pinang semestinya orang akan terbayangkan nasi kandar beratur, Line clear, Hameediyah, Mee Sotong, Roti Canai transfer road, char koey teow dan pelbagai lagi.

Tapi sebenarnya banyak lagi makanan yang sedap di Pulau Pinang  ini yang masih tidak diketahui oleh orang luar. Juga agak menyedihkan bila ramai yang ingatkan makanan yang sedap hanya berada di bahagian Pulau sahaja dan tidak terlintas di fikiran mereka yang Seberang Perai juga adalah syurga makanan sedap dan ada yang jauh lebih sedap daripada apa yang mereka boleh dapati di Pulau. 

Bab harga pun kebanyakan makanan yang ada di Seberang Perai ini harganya lebih murah dari di Pulau Pinang. Bukan nak kata peniaga di sebelah Pulau ambil untung lebih tapi kita kena tahu bahawa sewa kedai atau tanah di belah Pulau adalah lebih tinggi dari sewa di bahagian Seberang Perai.

 Kali ni saya nak bawa anda untuk melihat tempat makanan yang menarik dan sedap yang ada di Pulau Pinang  yang agak luar dari kebiasaan dimana ramai orang luar masih tidak tahu.

Laksa Pulau Pinang terkenal di seluruh Malaysia dan negeri-negeri lain juga ada orang jual laksa Pulau Pinang. Di Pulau Pinang sendiri pun ada terdapat banyak kedai laksa dan masing-masing mempunyai resipi yang tersendiri. Namun kedai laksa yg saya nak tunjukkan pada anda kali ini adalah laksa kegemaran ramai orang tempatan.  Dalam banyak-banyak kedai laksa dalam Pulau Pinang saya rasa Laksa Iryani adalah kedai laksa yang paling best.

 Kalau ada kawan-kawan atau saudara yang datang ke Pulau Pinang semestinya kami akan bawa ke kedai ini dan kami tak segan untuk bawa mereka ke sini sebab semestinya mereka akan pulang dengan rasa puas hati. Terletak di  Pengkalan Tambang, ianya tak jauh dari highway dan jalan ke sini pun tak sesak. Mengenai makanan pula, kuahnya pekat dan penuh dengan isi ikan. Bila dicampur pula dengan sambal sotong atau udang, lagi terangkat. Tak percaya cubalah! 

 Untuk cendol pula di Seberang Perai ada dua tempat cendol yang saya boleh katakan sedap dan tak segan untuk saya perkenalkan kepada orang luar. Pertama adalah cendol maklom.  Terletak di Simpang 3 Maklom Butterworth dan tak jauh dari highway. Tempat ini mula sesak dari pukul 3 petang terutamanya pada hujung minggu. Cendol ni sebenarnya agak terkenal juga di kalangan orang luar sebab saya juga pernah post mengenai kedai cendol ini lebih 10 tahun yang lalu. Sejak itu boleh nampak ada peningkatan bilangan pelanggan di kedai ini. Jika kita datang pada waktu puncak , kita mungkin kena beratur panjang dan kalau lambat sedikit mungkin kehabisan. Parking kereta kat sini agak mencabar.

 Tapi kalau anda malas beratur saya boleh cadangkan ke satu tempat lagi iaitu Zul Tawa Cendol yang terletak berdekatan dengan Pizza Hut Sungai Dua Butterworth. Kat sini memang senang nak cari parking dan lebih dekat dengan highway berbanding cendol maklum. Bagi saya sini lebih berbaloi dari segi rasa, harga dan tak perlu bersesak sesak. Cuma tempat ini lebih sesuai untuk dibungkus kerana tak banyak tempat yang disediakan untuk makan.  Bila dah sampai kat rumah dan rasa cendol dia baru tahu kenapa saya katakan berbaloi.
 Untuk mee rebus pula ada dua tempat yang boleh saya recommend kepada orang luar iaitu Aziz mee Pak Ngah di Sungai Dua Butterworth dan juga Mama mi rebus yang terletak di Permatang Pasir. Di Aziz Mee Pak Ngah selain dari makan mi rebus yang sedap; suasana makan dengan panorama tepi sawah yang mendamaikan juga adalah sesuatu yang menarik untuk dinikmati. 

Mama mi rebus pula uniknya di sini adalah mi rebus nya mempunyai kuah pekat yang ada sedikit kacang di samping daging lembu yang manis dan lembut.  Kedainya kecil sahaja dan hanya dikunjungi oleh orang tempatan. Tapi dari segi rasa, memang patut diketengahkan. Kalau ada saudara mara yang datang ke rumah, saya akan beli dan bungkus bawa balik. Memang dia orang pujilah mi rebus ni cuma dia orang tak tahu di mana saya beli sahaja. Kalau ada pot luck pun, saya akan tempah dari kedai ni saja.


 Kalau anda teringin makanan masakan Thai saya boleh recommend satu kedai yang sedap dan rasanya seperti makanan Thai di Thailand.  Nama kedai tersebut adalah Bangkok Tomyam. Sebagai seorang yang kerap berulang-alik ke Bangkok atas urusan kerja dahulu saya boleh katakan kedai ini memang menepati standard Thailand.  

 Dulu sebelum saya tahu kewujudan kedai tomyam ini saya terpaksa pergi ke Danok bersama keluarga untuk menikmati tomyam yang sedap. Minta maaf saya cakap kerana bagi saya tomyam yang kebanyakannya ada dijual di sekitar Malaysia ini adalah versi Pattani. Kita kena faham bahawa rasa tomyam tidak sama untuk untuk setiap kawasan . Sama seperti asam pedas Melaka dan Batu pahat. Walaupun kedua-duanya adalah asam pedas tapi rasanya amat berbeza. Mungkin ada yang lebih menggemari tomyam citarasa Pattani tapi bagi saya, saya lebih gemar kepada citarasa bangkok. Kalau anda pergi Hatyai tapi makan Tomyam versi Pattani, bagi saya baik anda makan di Malaysia saja.

Bangkok Tomyam ini terletak di Bayan Lepas dan dibuka pada pukul 12 tengah hari hingga malam.

 kini anda sudah tahu berapa kedai yang agak luar dari kebiasaan bagi mereka yang datang dari luar negeri Pulau Pinang.  Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang kedai ini anda boleh klik di link yang diberikan.

 tak salah untuk anda menikmati makanan yang main stream bagi orang luar untuk Pulau Pinang seperti nasi kandar dan sebagainya. Tapi kalau dah kerap merasai makanan seperti itu dan nak cuba yang lain, anda boleh cuba kedai makan yang saya cadangkan ini. 

 Kalau anda ingin tinggalkan sebarang komen anda boleh tulis di ruangan komen yang diberikan. Sekian terima kasih dan jumpa lagi di post yang akan datang

Link:
 https://penang-halal-food.blogspot.com/2018/02/laksa-udang-iryani-pengkalan-tambang.html

https://penang-halal-food.blogspot.com/2014/11/cendol-maklom-butterworth.html

https://penang-halal-food.blogspot.com/2022/03/zul-tawa-cendol-sungai-dua.html

https://penang-halal-food.blogspot.com/2015/01/aziz-mee-pak-ngah.html

https://penang-halal-food.blogspot.com/2018/02/mee-rebus-mama-permatang-pasir.html

Sejarah industri automotif negara yang mungkin tak ramai tahu

 Saya nak sampaikan satu cerita yang disampaikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ketika saya menghadiri sidang otomotif yang berlangsung sekitar 12 tahun dahulu. Cerita ini agak menarik untuk dikongsikan dan rugi rasanya kalau saya simpan cerita ni sorang-sorang.

Sebenarnya pihak media juga hadir untuk membuat liputan pada sidang itu tapi malangnya cerita lain pula yang mereka keluarkan.

Saya bukan penyokong GTA ye!

Berbalik kepada topik asal. Ketika Tun Dr Mahathir mula mentadbir negara pada tahun 1981, ketika itu rata-rata penduduk Malaysia masih lagi mempunyai tahap pendapatan yang rendah terutama sekali orang Melayu. Rata rata orang Melayu ketika itu bekerja sebagai petani, pesawah, nelayan  dan penoreh. Maka beliau berhasrat mengubah nasib anak petani, pesawah, nelayan dan penoreh untuk menjadi lebih baik. Lebih baik bermaksud untuk anak-anak golongan ini bertukar menjadi golongan profesional yang berpendapatan tinggi.

 Beliau fikirkan profesion itu juga nanti mestilah boleh diisi oleh ramai orang supaya banyak keluarga boleh mendapat manfaatnya. Akhirnya bidang kejuruteraan berteknologi tinggi telah dipilih kerana ianya menepati kriteria beliau. 

Ini kerana untuk membuat sesuatu yang rumit ianya memerlukan ramai pemikir. Seperti saya pernah sebutkan sebelum ini; kereta memerlukan lebih 2000 komponen dan diperingkat R&D sahaja memerlukan beratus engineer. Ini belum lagi termasuk jurutera dibahagian lain contohnya di bahagian operasi. Keseluruhan rantaian melibatkan beribu jurutera.

 Ada beberapa industri yang memerlukan kejuruteraan berteknologi tinggi yang beliau boleh pilih ketika itu. Tapi yang mana paling sesuai untuk Malaysia? Pada asalnya beliau ada terpikirkan tentang industri aeronautik atau bahasa mudahnya industri pembuatan kapal terbang. Tapi cuma satu masalahnya industri ini tidak mempunyai pengeluaran yang banyak. Pengeluarannya terhad maka tak banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan. 

Akhirnya beliau beralih kepada automotif dan nampaknya industri ini lebih sesuai kerana industri automotif mempunyai rantaian pembekal yang panjang dan mempunyai jumlah pengeluaran yang besar. Kebetulan ketika itu masih ramai rakyat Malaysia yang tidak mempunyai kereta. Peluang untuk industri ini berkembang adalah besar.
Sebelum itu sudah ada beberapa kilang pemasangan kereta di Malaysia cuma berskala kecil. Maka asasnya sudah ada cuma perlu dikembangkan sahaja.

Satu lagi jika industri automotif berkembang, ia juga akan mewujudkan lebih banyak dealer, service center, spare part supplier, kedai accessories dan pelbagai lagi perniagaan sampingan yang kita tak terfikirkan. Maka bayangkan betapa besarnya industri ini dapat menjana ekonomi dalam negara berbanding dengan industri lain.

Ketika itu juga beliau kagum dengan Jepun kerana mereka adalah gergasi ekonomi dunia ketika itu. Maka beliau jadikan Jepun sebagai role model kepada pembangunan ekonomi Malaysia.

Untuk menjadikan Malaysia bersedia menghadapi perancangan besar ini, beliau perlu mewujudkan sistem sokongan yang bagus dari segi aspek pembangunan sumber manusia. Maka lahirlah program dasar pandang ke timur dimana ramai pelajar ditaja untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun. 

Bukan sahaja pulang dengan sijil, diploma, ijazah, master atau phd; graduan dari program ni juga membawa kemahiran bertutur dalam bahasa Jepun. Ini dapat memudahkan lagi syarikat syarikat Jepun beroperasi dan berkembang di Malaysia.

Kesimpulannya industri automotif negara bukan sekadar duit semata-mata. Ianya juga adalah agenda untuk menaikkan taraf hidup orang melayu. Adakah ianya berjaya? Saya boleh katakan ya sebab hari ini kebanyakan kilang kereta di Malaysia ni majoriti pekerja adalah Melayu. Dari peringkat bawahan hingga atasan. 

Cuma Tun Mahathir mempunyai cita cita yang lebih tinggi dan bukan sekadar membuat kereta CKD saja. Beliau mahukan Malaysia untuk memiliki jenama kereta sendiri. 

 Di post yang berikutnya saya akan ceritakan bagaimana idea ini tak disenangi oleh Jepun dan juga orang Malaysia sendiri. Cerita ini disampaikan sendiri kepada saya oleh individu yang lantang membangkang idea ini di media massa awal 80an hingga akhirnya beliau dipanggil ke pejabat Tun Dr. Mahathir.

Stay tuned!
Any comment?








Abnormal gap: Jom kita tengok masalah ni kat kereta mahal.


Dari post saya sebelum ini tentang abnormal gap atau celah antara part, saya rasa saya nak sambung sedikit lagi mengenai topik ini.

Kebetulan ada yang mengatakan masalah abnormal gap ini adalah disebabkan kereta tersebut dipasang di Malaysia atau istilah dalam automotif ianya dipanggil CKD( Complete Knocked Down). Satu lagi istilah untuk kereta baru yang dah siap dipasang dari luar negara adalah CBU( Complete Built Unit). Apa jaminan jika beli kereta CBU, kita tak akan hadapi masalah abnormal gap ni? Untuk menjawab soalan ini saya sempat snapshot dari google gambar gambar kereta lain yang ada masalah ini untuk tatapan semua. Saya saja ambil contoh dari kereta mahal.



Dengan teknologi yang kita ada sekarang, malangnya setakat ini jawapannya tidak. Masalah abnormal gap ini tetap ada walaupun kereta itu tidak dipasang di Malaysia.

Normal sebenarnya untuk orang kita beranggapan bahawa quality CKD adalah rendah. Seolah-olah jika kereta itu dipasang oleh orang tempatan, kereta itu tak ada class. Ada class hanya jika kereta itu dipasang oleh orang Jerman atau Jepun.

Sebenarnya quality CKD adalah sama dengan quality CBU jika kilang CKD di Malaysia ini diberikan kelengkapan, mesin, proses dan komponen yang sama dengan CBU. Tak ada beza kereta itu dipasang oleh bangsa apa.

Kalau saya bagitahu bahawa model terbaru Mercedes S Class dipasang oleh orang Vietnam, agaknya orang tak jadi beli lah kot? 

Buat pertama kalinya 30~40 tahun dahulu Malaysia adalah satu satunya negara yang orang Jerman bagi kepercayaan untuk memasang model S Class diluar kilang mereka di Jerman. Nak menunjukkan bahawa hasil tangan orang Malaysia adalah bagus.

Pengalaman saya dalam beberapa industri, saya kagum dengan dedikasi yang ada pada pekerja industri automotif. Ini mungkin kerana jika mereka keluar dari kilang balik dari kerja, mereka boleh jumpa kereta yang mereka pernah pasang dulu diatas jalanraya. Sentimental value tu lain macam. Yang beli kereta itu pula mungkin kawan, jiran, keluarga ataupun diri mereka sendiri. 

Saya pernah bersembang dengan pekerja kilang yang buat tiub kencing(catheter)yg digunakan oleh pesakit yang ada masalah kencing di hospital. Beliau berharap agar beliau atau sesiapa yang beliau kenali tidak akan memakai produk yg beliau buat. Ada betulnya pendapat beliau tu.

Pekerja automotif kalau nak beli kereta, prosesnya sama macam orang lain. Sedangkan bila kita tempah kereta warna hitam pun kadangkala sales advisor last minit minta kita tukar warna lain, inikan pula kalau kita bagitahu kita nak tempah kereta dengan nombor chasis tertentu .Memang tak dapat lah. Kalau mereka kerja sambil lewa, ada kemungkinan kereta tersebut akan dapat kat jiran, kawan, keluarga malah diri mereka sendiri.

Kesimpulannya jika kita beli kereta CBU, kemungkinan untuk dapat kereta yang mempunyai abnormal gap tetap ada .CKD yang dipasang oleh anak tempatan tidak kurang kualitinya. Selagi mereka diberi kelengkapan, mesin, proses dan komponen yang sama; kualitinya akan sama.

Di post yg berikut saya akan kongsikan apa yang Tun Mahathir pernah ceritakan pada peserta satu simposium automotif berbelas tahun dulu tentang bagaimana beliau memilih industri automotif sebagai industri utama Malaysia dan apa sebabnya beliau pilih automotif diawal pentadbiran beliau dulu. Saya salah seorang simposium automotif tersebut. Jangan risau. Saya bukan orang politik. Ini cerita sejarah. Hahaha.

Any comment pasal CKD/CBU?