Star Wars: kisah bagaimana syarikat Lucasfilm ditubuhkan


 Ramai diantara kita yang pernah menonton filem star wars dan filem ini mempunyai berjuta-juta pengikut diseluruh dunia dan latar belakang. Untuk bercerita tentang star wars kita tak boleh lari dari menceritakan tentang George Lucas dan Lucasfilm. Kali ni kita nak ungkap sedikit sejarah bagaimana Lucasfilm bermula.

Membesar di Modesto, California; George Lucas membesar dengan membaca buku kisah pengembaraan dan juga siri televisyen dan impiannya sendiri untuk membuat filem mula timbul pada tahun 1963. Dia tinggalkan Modesto untuk ke kelas filem di University of Southern California(USC).
 
Irvine Keshner: "Saya mengajar di USC dan George hadir ke salah satu seminar. Kami bercakap tentang beberapa percubaan awal beliau dalam pembikinan filem dan saya tahu dari awal yang dia ada versi yang unik."

George adalah seorang pelajar yang sentiasa berfikir di luar kotak seperti yang awak boleh lihat dalam filem pelajarnya iaitu THX1138. Dia buat filem sepanjang 20 minit sedangkan yang diperlukan hanyalah 5 minit sahaja. Ini menunjukkan bahawa dia boleh buat sesuatu yang diluar jangkaan

 Lucas menerima pujian terhadap kemahiran teknikal dan kebolehannya sebagai penglipulara.  Minatnya yang mendalam terhadap mitologi dan falsafah memberikannya dimensi yang lebih untuk berkarya.

Irvine Keshner: "Saya tak peduli dengan apa yang dia buat tapi kerjanya nampak lebih peribadi berbanding kerja pelajar lain."

Selepas tamat pengajian di USC,  Lucas menyertai kawannya Francis Ford Coppola pada tahun 1969 untuk mengasaskan satu syarikat filem bebas.

George: "Saya membuat filem dengan tidak berniat nak berjaya. Asalkan saya rasa selesa kerana saya mampu mengawal filem saya dan tidak mahu orang lain mengusiknya."

Pada tahun 1971 Lucas mengarahkan THX1138 sebuah filem bercirikan teater pengembaraan berdasarkan filem pelajarnya tapi apabila eksekutif Warner Brothers melihat hasilnya , syarikat tersebut meminta Francis Ford Coppola pulangkan 300 ribu dolar yang didahulukan untuk membangunkan THX1138 dan projek lain. Syarikat itu gulung tikar dan George Lucas terpaksa cari kerja di tempat lain sehingga akhirnya beliau membuat keputusan untuk menguruskannya sendiri dan mulakan syarikatnya sendiri iaitu Lucasfilm limited.
Itulah serba sedikit bagaimana syarikat Lucasfilm bermula. Nantikan episod berikutnya tentang permulaan atau lakaran awal cerita Star Wars.

Sumber: Empire of dreams, the story of star wars trilogy 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan