Cara scan dokumen dan IC depan belakang free dengan menggunakan handphone
Telefon pintar berguna untuk banyak perkara pada zaman sekarang. Salah satu penggunaan ialah mendigitalkan dokumen. Ia sangat membantu untuk mengimbas kerja sekolah anak, scan kad pengenalan (IC) , dan sebagainya ke dalam format PDF. Kebanyakan pengimbas di Google Play sepatutnya berfungsi untuk kebanyakan penggunaan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pengimbas dokumen betul betul menyerlah berbanding dengan app lain. Berikut ialah aplikasi pengimbas dokumen yang saya fikirkan terbaik untuk Android setelah mencuba selama bertahun.
Scanner
Aplikasi ini amat bagus untuk scan kad pengenalan. Ada beberapa lagi yang boleh digunakan untuk scan kita punya kad pengenalan tetapi berbayar. Setakat ini, ini sajalah aplikasi yang saya rasakan ianya mudah untuk digunakan dan yang penting percuma. Anda boleh mendapatkan aplikasi ini di Google Store dengan klik link yang saya berikan ini.
Penggunaan aplikasi ini mudah sahaja dan anda boleh lihat video seperti yang saya sediakan link di bawah
CamScanner
Cam scanner adalah satu aplikasi yang kerap saya gunakan dalam urusan seharian. ianya percuma dan mudah digunakan. Yang paling best aplikasi ini boleh scan banyak muka surat dan jadikannya ke dalam satu fail.
Anda boleh mendapatkan aplikasi ini di Google Store dengan klik link yang saya berikan ini.
Anda boleh dapatkan versi video berkenaan artikel ini dengan click disini
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba
Ulasan
Catat Ulasan