6 Kedai sedap di Pulau Pinang yg kurang dikenali oleh orang luar yg patut anda cuba
Bila kita sebut pasal makanan Pulau Pinang semestinya orang akan terbayangkan nasi kandar beratur, Line clear, Hameediyah, Mee Sotong, Roti Canai transfer road, char koey teow dan pelbagai lagi.
Tapi sebenarnya banyak lagi makanan yang sedap di Pulau Pinang ini yang masih tidak diketahui oleh orang luar. Juga agak menyedihkan bila ramai yang ingatkan makanan yang sedap hanya berada di bahagian Pulau sahaja dan tidak terlintas di fikiran mereka yang Seberang Perai juga adalah syurga makanan sedap dan ada yang jauh lebih sedap daripada apa yang mereka boleh dapati di Pulau.
Bab harga pun kebanyakan makanan yang ada di Seberang Perai ini harganya lebih murah dari di Pulau Pinang. Bukan nak kata peniaga di sebelah Pulau ambil untung lebih tapi kita kena tahu bahawa sewa kedai atau tanah di belah Pulau adalah lebih tinggi dari sewa di bahagian Seberang Perai.
Kali ni saya nak bawa anda untuk melihat tempat makanan yang menarik dan sedap yang ada di Pulau Pinang yang agak luar dari kebiasaan dimana ramai orang luar masih tidak tahu.
Laksa Pulau Pinang terkenal di seluruh Malaysia dan negeri-negeri lain juga ada orang jual laksa Pulau Pinang. Di Pulau Pinang sendiri pun ada terdapat banyak kedai laksa dan masing-masing mempunyai resipi yang tersendiri. Namun kedai laksa yg saya nak tunjukkan pada anda kali ini adalah laksa kegemaran ramai orang tempatan. Dalam banyak-banyak kedai laksa dalam Pulau Pinang saya rasa Laksa Iryani adalah kedai laksa yang paling best.
Kalau ada kawan-kawan atau saudara yang datang ke Pulau Pinang semestinya kami akan bawa ke kedai ini dan kami tak segan untuk bawa mereka ke sini sebab semestinya mereka akan pulang dengan rasa puas hati. Terletak di Pengkalan Tambang, ianya tak jauh dari highway dan jalan ke sini pun tak sesak. Mengenai makanan pula, kuahnya pekat dan penuh dengan isi ikan. Bila dicampur pula dengan sambal sotong atau udang, lagi terangkat. Tak percaya cubalah!
Untuk cendol pula di Seberang Perai ada dua tempat cendol yang saya boleh katakan sedap dan tak segan untuk saya perkenalkan kepada orang luar. Pertama adalah cendol maklom. Terletak di Simpang 3 Maklom Butterworth dan tak jauh dari highway. Tempat ini mula sesak dari pukul 3 petang terutamanya pada hujung minggu. Cendol ni sebenarnya agak terkenal juga di kalangan orang luar sebab saya juga pernah post mengenai kedai cendol ini lebih 10 tahun yang lalu. Sejak itu boleh nampak ada peningkatan bilangan pelanggan di kedai ini. Jika kita datang pada waktu puncak , kita mungkin kena beratur panjang dan kalau lambat sedikit mungkin kehabisan. Parking kereta kat sini agak mencabar.
Tapi kalau anda malas beratur saya boleh cadangkan ke satu tempat lagi iaitu Zul Tawa Cendol yang terletak berdekatan dengan Pizza Hut Sungai Dua Butterworth. Kat sini memang senang nak cari parking dan lebih dekat dengan highway berbanding cendol maklum. Bagi saya sini lebih berbaloi dari segi rasa, harga dan tak perlu bersesak sesak. Cuma tempat ini lebih sesuai untuk dibungkus kerana tak banyak tempat yang disediakan untuk makan. Bila dah sampai kat rumah dan rasa cendol dia baru tahu kenapa saya katakan berbaloi.
Untuk mee rebus pula ada dua tempat yang boleh saya recommend kepada orang luar iaitu Aziz mee Pak Ngah di Sungai Dua Butterworth dan juga Mama mi rebus yang terletak di Permatang Pasir. Di Aziz Mee Pak Ngah selain dari makan mi rebus yang sedap; suasana makan dengan panorama tepi sawah yang mendamaikan juga adalah sesuatu yang menarik untuk dinikmati.
Mama mi rebus pula uniknya di sini adalah mi rebus nya mempunyai kuah pekat yang ada sedikit kacang di samping daging lembu yang manis dan lembut. Kedainya kecil sahaja dan hanya dikunjungi oleh orang tempatan. Tapi dari segi rasa, memang patut diketengahkan. Kalau ada saudara mara yang datang ke rumah, saya akan beli dan bungkus bawa balik. Memang dia orang pujilah mi rebus ni cuma dia orang tak tahu di mana saya beli sahaja. Kalau ada pot luck pun, saya akan tempah dari kedai ni saja.
Kalau anda teringin makanan masakan Thai saya boleh recommend satu kedai yang sedap dan rasanya seperti makanan Thai di Thailand. Nama kedai tersebut adalah Bangkok Tomyam. Sebagai seorang yang kerap berulang-alik ke Bangkok atas urusan kerja dahulu saya boleh katakan kedai ini memang menepati standard Thailand.
Dulu sebelum saya tahu kewujudan kedai tomyam ini saya terpaksa pergi ke Danok bersama keluarga untuk menikmati tomyam yang sedap. Minta maaf saya cakap kerana bagi saya tomyam yang kebanyakannya ada dijual di sekitar Malaysia ini adalah versi Pattani. Kita kena faham bahawa rasa tomyam tidak sama untuk untuk setiap kawasan . Sama seperti asam pedas Melaka dan Batu pahat. Walaupun kedua-duanya adalah asam pedas tapi rasanya amat berbeza. Mungkin ada yang lebih menggemari tomyam citarasa Pattani tapi bagi saya, saya lebih gemar kepada citarasa bangkok. Kalau anda pergi Hatyai tapi makan Tomyam versi Pattani, bagi saya baik anda makan di Malaysia saja.
Bangkok Tomyam ini terletak di Bayan Lepas dan dibuka pada pukul 12 tengah hari hingga malam.
kini anda sudah tahu berapa kedai yang agak luar dari kebiasaan bagi mereka yang datang dari luar negeri Pulau Pinang. Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang kedai ini anda boleh klik di link yang diberikan.
tak salah untuk anda menikmati makanan yang main stream bagi orang luar untuk Pulau Pinang seperti nasi kandar dan sebagainya. Tapi kalau dah kerap merasai makanan seperti itu dan nak cuba yang lain, anda boleh cuba kedai makan yang saya cadangkan ini.
Kalau anda ingin tinggalkan sebarang komen anda boleh tulis di ruangan komen yang diberikan. Sekian terima kasih dan jumpa lagi di post yang akan datang
Link:
https://penang-halal-food.blogspot.com/2018/02/laksa-udang-iryani-pengkalan-tambang.html
https://penang-halal-food.blogspot.com/2014/11/cendol-maklom-butterworth.html
https://penang-halal-food.blogspot.com/2022/03/zul-tawa-cendol-sungai-dua.html
https://penang-halal-food.blogspot.com/2015/01/aziz-mee-pak-ngah.html
https://penang-halal-food.blogspot.com/2018/02/mee-rebus-mama-permatang-pasir.html
Ulasan
Catat Ulasan