Cara nak elakkan gap atau celah kenderaan dari menjadi besar kemudian hari.
Di post sebelum ini saya ada menceritakan tentang bagaimana kereta kita lambat-laun akan mempunyai gap atau celah yang besar di antara bahagian kereta.
Cuba kita bayangkan bagaimana satu lori trailer yang besar dan panjang tiba tiba membelok dengan kelajuan yang tinggi. Sudah tentulah kontena di belakang treler itu akan terbalik. Itu secara mata kasarnya. Secara fiziknya pula; bahagian depan kenderaan bergerak ke arah baru tapi bahagian belakang masih mengekalkan momentum ke arah sebelumnya. Maka dalam satu kenderaan tersebut ada konflik daya diantara dibahagian depan dan juga belakang. Lagi aggresif belokan trailer itu dibuat, lagi kuatlah konflik daya atau rintangannya.
Begitulah juga dengan apa yang akan berlaku pada kereta. Oleh kerana saiz kereta yang kecil berbanding dengan lori trailer, kita mungkin tak nampak sangat kesannya itu. Lagipun kereta rendah dan beratnya kurang dari lori treler. Tapi secara fizik kesan tersebut tetap ada. Setiap kali kita membelok, daya pada bahagian depan dan belakang kereta akan berkonflik. Seolah-olah ianya memulas ke kiri dan ke kanan setiap kali kita membelok.
Pulasan kiri dan kanan pada kenderaan selama bertahun-tahun ini akhirnya akan melemahkan point point yg menyatukan body kereta dan akhirnya point point tersebut akan mula longgar dan body kereta akan mula mempunyai gap atau celah yang besar. Mesti ada diantara kita pernah nampak kereta lama yang macam nak roboh atas jalanraya kan? Tambahan pula kalau kereta itu dipandu oleh tukang rumah yang isi kereta tersebut dengan barang berat contohnya alatan buat rumah, tong cat, batu bata dsb.
Selain dari halaju, berat juga memainkan peranan. Lagi berat bebanan yang dibawa oleh kereta tersebut, lagi besar lah daya rintangan yg dihadapi oleh body kereta semasa membelok. Ada beza diantara bawa kereta seorang diri vs kereta penuh dengan orang dan barang di bonet belakang.
Dipost ini saya tak boleh lah nak kata berapa halaju yg patut kita bawa semasa membelok sebab ada pelbagai pembolehubah yang wujud. Cukuplah sebagai memberikan kesedaran kepada pembaca.
Mungkin indikator terbaik adalah pastikan badan kita dan penumpang tidak terlalu senget ke kiri atau ke kanan ketika kita membelok. Kalau badan kita terlalu senget, kita kena ingat bahawa daya rintangan yang sedang dihadapi oleh body kereta ketika itu juga sedang tinggi.
Mungkin tips ini tak dipersetujui oleh mereka yang gemar memandu dengan laju. Mungkin ada yg kata takkanlah tahun 2022 ni pun masih guna material tak tahan? Ya kejuruteraan makin advance. Pembuat kereta pun ada buat pelbagai ujian. Tapi setakat ni saya tak pernah lagi dengar pembuat kereta buat test sehingga 20~30 tahun. Development kereta model baru pun cuma 2~3 tahun saja termasuk test. warranty pun kebanyakannya mereka bagi 5 tahun saja. Maka terpulanglah pada pemanduan kita. Kalau niat kita untuk pakai kereta tu lama, bawa kereta dengan cermat. Asasnya lagi cermat kita pandu, lagi panjanglah hayat kereta. Keselamatan pun terjamin.
Saya ada kenal seorang engineer dari bahagian Ride & handling di salah satu pembuat kereta. Kerjanya test kereta yg masih dalam development. Pandu uji dibuat dalam test track dan mereka test kereta tu sampai limit. Kalau kita naik sekali kereta dengan dia buat test, silap silap kita boleh muntah. Tapi bila dia bawa kereta diatas jalan raya, dia bawa macam makcik makcik. Relax sahaja.
Semoga tips ini memberi manfaat kepada anda yang hendak mengekalkan body kenderaan dengan keadaan yang baik untuk tempoh lama.
Anda ada sebarang komen?
Ulasan
Catat Ulasan