Abnormal gap: Jom kita tengok masalah ni kat kereta mahal.


Dari post saya sebelum ini tentang abnormal gap atau celah antara part, saya rasa saya nak sambung sedikit lagi mengenai topik ini.

Kebetulan ada yang mengatakan masalah abnormal gap ini adalah disebabkan kereta tersebut dipasang di Malaysia atau istilah dalam automotif ianya dipanggil CKD( Complete Knocked Down). Satu lagi istilah untuk kereta baru yang dah siap dipasang dari luar negara adalah CBU( Complete Built Unit). Apa jaminan jika beli kereta CBU, kita tak akan hadapi masalah abnormal gap ni? Untuk menjawab soalan ini saya sempat snapshot dari google gambar gambar kereta lain yang ada masalah ini untuk tatapan semua. Saya saja ambil contoh dari kereta mahal.



Dengan teknologi yang kita ada sekarang, malangnya setakat ini jawapannya tidak. Masalah abnormal gap ini tetap ada walaupun kereta itu tidak dipasang di Malaysia.

Normal sebenarnya untuk orang kita beranggapan bahawa quality CKD adalah rendah. Seolah-olah jika kereta itu dipasang oleh orang tempatan, kereta itu tak ada class. Ada class hanya jika kereta itu dipasang oleh orang Jerman atau Jepun.

Sebenarnya quality CKD adalah sama dengan quality CBU jika kilang CKD di Malaysia ini diberikan kelengkapan, mesin, proses dan komponen yang sama dengan CBU. Tak ada beza kereta itu dipasang oleh bangsa apa.

Kalau saya bagitahu bahawa model terbaru Mercedes S Class dipasang oleh orang Vietnam, agaknya orang tak jadi beli lah kot? 

Buat pertama kalinya 30~40 tahun dahulu Malaysia adalah satu satunya negara yang orang Jerman bagi kepercayaan untuk memasang model S Class diluar kilang mereka di Jerman. Nak menunjukkan bahawa hasil tangan orang Malaysia adalah bagus.

Pengalaman saya dalam beberapa industri, saya kagum dengan dedikasi yang ada pada pekerja industri automotif. Ini mungkin kerana jika mereka keluar dari kilang balik dari kerja, mereka boleh jumpa kereta yang mereka pernah pasang dulu diatas jalanraya. Sentimental value tu lain macam. Yang beli kereta itu pula mungkin kawan, jiran, keluarga ataupun diri mereka sendiri. 

Saya pernah bersembang dengan pekerja kilang yang buat tiub kencing(catheter)yg digunakan oleh pesakit yang ada masalah kencing di hospital. Beliau berharap agar beliau atau sesiapa yang beliau kenali tidak akan memakai produk yg beliau buat. Ada betulnya pendapat beliau tu.

Pekerja automotif kalau nak beli kereta, prosesnya sama macam orang lain. Sedangkan bila kita tempah kereta warna hitam pun kadangkala sales advisor last minit minta kita tukar warna lain, inikan pula kalau kita bagitahu kita nak tempah kereta dengan nombor chasis tertentu .Memang tak dapat lah. Kalau mereka kerja sambil lewa, ada kemungkinan kereta tersebut akan dapat kat jiran, kawan, keluarga malah diri mereka sendiri.

Kesimpulannya jika kita beli kereta CBU, kemungkinan untuk dapat kereta yang mempunyai abnormal gap tetap ada .CKD yang dipasang oleh anak tempatan tidak kurang kualitinya. Selagi mereka diberi kelengkapan, mesin, proses dan komponen yang sama; kualitinya akan sama.

Di post yg berikut saya akan kongsikan apa yang Tun Mahathir pernah ceritakan pada peserta satu simposium automotif berbelas tahun dulu tentang bagaimana beliau memilih industri automotif sebagai industri utama Malaysia dan apa sebabnya beliau pilih automotif diawal pentadbiran beliau dulu. Saya salah seorang simposium automotif tersebut. Jangan risau. Saya bukan orang politik. Ini cerita sejarah. Hahaha.

Any comment pasal CKD/CBU?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara scan dokumen dan IC depan belakang free dengan menggunakan handphone

Panduan Mudah: Klaim Balik Insurans Kereta yang Tidak Digunakan selepas Jual Kereta

Nasi Kandar Ali Khan, Sungai Dua Butterworth