Kisah Belajar di Jepun 90an: Episod 2
Episod 2
Lepas berhenti DPP, saya pun bersi4p baju dan barang kelengkapan yg perlu untuk dibawa ke Jepun. Bab baju saya tak kisah sangat asalkan ada Jeans, t shirt Dan dilapisi sweater jenama Cheetah diatasnya pun dah cukup. Saya bawa 1 luggage besar canvas warna hijau harga lebih kurang rm100 sahaja. luggage yg sama juga saya guna untuk ke Germany, Switzerland, China, Taiwan, Indonesia, Japan dll atas urusan kerja di Siemens Vdo/Continental. Tahan lama luggage tu.
Bila persiapan hampir siap, saya sempat melawat Tok Yang & tok Wan hashim di Padang chicak, Sik Kedah. Tok Wan Hashim pernah dapat surat tawaran sambung belajar kat Jepun. Tokwan terkejut sebab tua tua dapat sambung belajar. Rupanya surat tu untuk jiran belakang rumah tokwan iaitu Pak Lang Ismail bin Hashim untuk belajar bidang pertanian. Nama Tokwan adalah Hashim bin Ismail. Surat tu datang dari Jepun dan Jepun tu letak nama bapa kat depan. Tu pasal surat tu sampai kat tokwan. Alamat kampung, faham2 lah. Mungkin korang pernah dengar " 1 daerah, 1 produk". Ni kerja pak lang Ismail bawa balik dari Shikoku. Masa tu konsep ni popular dalam bidang pertanian di Jepun.
Lepas melawat tok di Kedah, saya melawat tok mak di Parit Bunga, Muar Johor pula. Sebelum bertolak dari Muar, ada bacaan doa selamat dari tok tunggal. Tok tunggal meninggal 2 minggu selepas tu.
Sehari sebelum flight, kami sekeluarga bermalam di rumah busu Tokcu Muor .Busu adalah satu satunya adik lelaki abah. Yg lain semuanya perempuan. Ketika belajar di UTM KL, saya selalu bermalam di rumah busu. Busu bekerja sebagai polis unit udara dan rumah sewa dia betul-betul dihujung landasan kapal terbang Subang. Pagar rumah tu pun kongsi dengan Subang airport punya pagar. Masa ni KLIA x ada lagi dan semua kapal terbang turun atas rumah busu. Kali pertama memang seronok sebab boleh tengok kapal terbang turun betul2 atas kepala. Ada kapal terbang yg boleh buat atap bergegar. Bila malam bunyinya lagi kuat sebab time ni la banyak kapal kargo besar2 turun. Memang susah nak tidur tapi busu boleh tidur lena. Kadang2 terjaga malam bukan sebab kapal terbang, tapi sebab dengkuran busu.
Tapi saya suka rumah busu sebab ada home theater dan ada banyak CD dan VCD. Selain tu busu ada MegaTv. Mungkin ramai yg tak tahu atau lupa ada satelit tv yg muncul lebih awal dari Astro. Masa ni Astro baru nak mula. Busu juga orang kuat kat kampung melayu subang walaupun dia asal orang luar. Petang lepas balik kerja busu main takraw dan malam gi pasar tani. Aktiviti yg paling best adalah jamming dengan budak kampung situ. Guitarist paling power situ adalah Reno. Part Kirk Hammett selamba je dia main. Tak lama lepas tu dia gi New Zealand kerja ternak lembu. Busu suka main rhythm dalam band tu. Dulu busu nyaris masuk kumpulan Crossfire tapi dia pilih untuk jadi polis. Semua ahli kumpulan Crossfire adalah rakan satu kelas Busu di Muar. Busu terkenal di kampung melayu subang sampai bila dia meninggal pun, kehilangan beliau diwar war di media sosial group setempat dan ramai yg tolong.
Berbalik kepada cerita kami bermalam di rumah busu sebelum flight ke Jepun. Masa ni busu dah pindah ke rumah yang lebih besar. Dapatlah kami tidur dengan lebih selesa. Esoknya kami bangun untuk bergerak ke Subang airport. Saya diwajibkan pakai kot biru dan bersongkok. Bila nak letakkan barang dalam kereta, saya minta kunci kereta dari bapa saya untuk buka bonet. Lepas bonet dibuka, beg dimasukkan dan tiba2 saya tergerak hati untuk check lagi sekali sama ada semua benda penting ada atau tak dalam beg. Kunci ditangan saya letak di lantai bonet sementara nak cari barang. Lepas puas hati semua dokumen dan barang cukup, saya pun tutup bonet.
Baru teringat yg kunci ada kat dalam bonet. Nak buka bonet dari kerusi driver pun x boleh sebab pintu semua berkunci. Saya cuma buka bonet sahaja tadi. Maka kami pun panick sebab flight kol 10am. Masa tu nak kol 8am dah. Macam2 cara dah cuba tapi masih tak buka juga. Masa ni saya dah hampir giveup untuk ke Jepun. Nak guna duit sendiri untuk ke Jepun memang x ada lah sebab gaji kilang ayam pun sebulan rm215 je. Mana ada simpanan. Lepas hampir setengah jam cuba akhirnya berjaya dibuka oleh busu.
Bila dah boleh buka, tanpa buang masa kami pun terus bergerak ke Subang airport. Sampai disana sepupu saya, Kak Juliana Rahim dan family dah tunggu. Flight Saya dah masa untuk check in. Since ni first time Saya naik kapal terbang, so memang berdebar dan jakun sikit. Dalam dok kalut tu saya ternampak ramai yg pakai kot biru dan songkok macam saya. Tapi ramai yg tak kenal sebab depa buat persediaan di UM. Ramai kawan saya yg ditempatkan di selatan Jepun dan depa naik flight lain ke Fukuoka, Kansai. Schedule depa lain. Flight yg saya naik adalah ke Tokyo. Flight Ni adalah untuk pelajar yg ditempatkan di tengah dan utara Jepun.
Last2 ternampak beberapa muka yg saya kenal macam Mat Jiji. Mat Jiji adalah pelajar terbaik SPM Terengganu. Dia suka buku. Tengok spec dia pun kita boleh tahu dia ulat buku. Macam saya bila cuti, saya akan kerja kilang ayam tapi mat Jiji kerja di kedai buku. Mat Jiji pun tak pernah naik flight macam saya. So kami berdua ni terpaksa redah sahaja. Orang kata kanan, kami ke kanan. Orang kata kiri, kami ke kiri. Bila dalam situasi ni, selalunya mat Jiji minta saya take lead. Lepas check in settle, kami pun jumpa family masing2. Oleh kerana saya dah alami panick nyaris terlepas flight sebab kunci tertinggal dlm bonet, maka saya akan pastikan saya x akan kena tinggal lagi. So saya cepat2 masuk ke pintu yg dijaga polis. Saya ingat lepas dari polis tu, terus masuk dalam kapal terbang. Rupanya ada banyak lagi yg perlu ditempuh. So saya pun cepat2 settlekan kastam n immigration dan akhirnya saya orang pertama yg sampai kat ruang berlepas. Masa saya sampai situ, kapal terbang pun x sampai lagi. Buat penat je. Masa tu saya rasa menyesal sebab kalau tahu, saya mungkin boleh luangkan masa lebih lagi dengan family.
Lama juga melayan perasaan sorang2. Kat tepi tu ada la ju4l barang2 tapi x mampu nak beli. Lama kemudian baru nampak beberapa kawan saya Hamidi Husin, Mat Jiji, Taufik, Azmi Abdul Hamid, Syahrul Bakhtiar Ben, Reduan Takaful, Din Khai, Hamidun dan beberapa lagi. Dari beratus pelajar, memang tak ramai yg ditempatkan di utara Jepun. Di kolej saya pun, saya sorang je batch 98. Berbanding di selatan ada yg sampai 3 orang satu batch.
- sambungan -
Ada Brader tough nangis dalam kapal terbang, disambut wakil kedutaan Malaysia, ramai tengok megazine pakai songkok dlm 7e
Ada Brader tough nangis dalam kapal terbang, disambut wakil kedutaan Malaysia, ramai tengok megazine pakai songkok dlm 7e
Ulasan
Catat Ulasan