Kebahagiaan itu mahal


Kebahagian itu mahal 😢
.
"Aku tak pasti dua beranak ni bangla atau rohingya.
Tapi benda ni depan mata aku.. Sebelum ni si bapa hari hari akan datang kat tempat orang jual kuih ni. Duduk atas basikal lama, lepas tu dia lintas jalan pergi kedai runcit depan. Hari ni dia datang dgn anak perempuan dia.. lalu depan org juai kuih..  tak beli pun lepas tu pergi kedai runcit. Time nak balik aku tengok anak perempuan dia ambil sesuatu dari raga basikal bapa dia.. Nampak dia sangat excited.. aku pon excited jugak nak tau benda apa yg bapa dia beli. Rupa-rupanya jam tangan mainan. Si anak punya seronok.. walaupon jam tu bukan jam betul. Dia lompat peluk bapa dia dan lepas tu dia perasan aku dok perhati. Malu2 tarik facemask tutup muka.

Terasa betul.. Ni bukan drama time maghrib kat tv 3 atau astro. Ni live allah taala nak tunjuk."

Itulah yang diceritakan oleh Shah Carwash Supershine

 Nampaknya cerita ini menyentuh perasaan ramai nitizen. Tapi ramai juga yang mencemuh sebab watak dalam cerita ini adalah Rohingya. Saya percaya mereka adalah Rohingya sebab selalunya Bangla datang Malaysia tak bawa anak dan bini.  Tak kiralah apa bangsa ataupun keturunan seorang itu tapi cerita seperti ini tidak sepatutnya dijadikan bahan politik dan sebagainya. Sebaiknya kita haruslah mengambil pengajaran baik daripada cerita ini.

 Saya sendiri pun pernah mengenali satu keluarga Rohingya yang tinggal di Malaysia dalam jangka masa yang agak lama. Bermula daripada suami yang datang seorang ke Malaysia bekerja sebagai buruh binaan 20 tahun dahulu hinggalah kini mempunyai keluarga tinggal bersama di Malaysia. Asalnya saya diminta oleh kawan saya untuk menjualkan rumah beliau yang kini disewa oleh orang Rohingya.  Perkara pertama yang terlintas di fikiran saya ialah rumah itu semestinya dalam keadaan yang tidak baik dah susah untuk dijual. Namun setelah saya datang untuk melihat sendiri, saya bagaikan tidak percaya kerana rumah yang disewa oleh orang Rohingya ini amat bersih sekali. Anak-anak mereka pun kelihatan kemas dan pergi ke sekolah yang dianjurkan oleh Unicef. 

 Setiap kali bila saya bagitahu ada bakal pembeli yang ingin melihat rumah beliau, Beliau akan pastikan rumah tersebut dalam keadaan yang amat baik sekali. Begitu juga dengan kerjasama yang diberikan semasa bakal pembeli datang ke rumah.  

Berbeza dari layanan yang kadang-kala saya terima dari penyewa warga tempatan. Ada diantara mereka yang bila kita sudah set appointment untuk datang tengok rumah, tiba-tiba bagitahu tak boleh datang dengan pelbagai alasan yang diberi. Ada juga yang sudah Okey untuk kami datang tengok rumah tapi bila kami dah sampai, rumah tertutup rapat sampai bakal pembeli pun terpaksa balik dengan marah dan putus asa. 

 Yalah sebab kadang kala ada bakal pembeli yang datang bawa bayi dan terpaksa berjemur di tengah panas berjam-jam lamanya. Ada juga yang benarkan kami masuk tapi keadaan rumah macam baru lepas kena ribut. Kami faham jika rumah itu terjual maka penyewa itu terpaksa mencari rumah yang lain. walaupun keluarga Rohingya ini tahu yang mereka akan menghadapi masalah untuk mencari rumah sewa baru tapi layanan yang diberikan kepada saya semasa urusan jual beli rumah amat bagus.

 Apa yang saya nak sampaikan ialah Rohingya pun manusia juga. Setiap orang itu mesti ada cerita tersendiri. Termasuklah cerita sedih yang disampaikan oleh Syah ini. 

 Apa yang diceritakan itu memang dalam maksudnya dan cerita ini saya rasa boleh dijadikan storyline untuk iklan Hari Raya. Beberapa tahun kebelakangan ini ekonomi tidak berapa baik disebabkan oleh covid19 dan ianya telah memberi kesan kepada banyak keluarga. Adakah anak kita mempunyai reaksi yang sama dengan anak Rohingya itu apabila kita membeli sesuatu sekadar yang mampu sahaja? Kebahagiaan bukan dinilai dari wang ringgit.


Berikut adalah komen yang agak menarik..


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara scan dokumen dan IC depan belakang free dengan menggunakan handphone

Panduan Mudah: Klaim Balik Insurans Kereta yang Tidak Digunakan selepas Jual Kereta

Nasi Kandar Ali Khan, Sungai Dua Butterworth