Ketahui manfaat Zinc sebelum anda cuba supplemen lain!




 Zink adalah salah satu nutrien yang selalu dipandang sepi oleh masyarakat terutamanya di Malaysia ini. Zink secara amnya adalah nutrien yang terdapat di seluruh badan, membantu sistem imun dan metabolisme anda. Zinc juga penting untuk penyembuhan luka dan deria rasa dan bau anda. Dengan diet yang pelbagai, badan anda biasanya mendapat zink yang mencukupi. Sumber makanan zink termasuk ayam, daging merah dan bijirin sarapan yang diperkaya dengan zinc. Namun tak semua sedar yang jika mengalami kekurangan nutrien ini.  Ini adalah benar untuk mereka yang mengamalkan diet yang kurang protein contohnya vegeterian dan juga mereka yang sudah mempunyai pelbagai penyakit.

Zink ialah nutrien yang memainkan banyak peranan penting dalam badan anda.

Kerana badan anda tidak menghasilkan zink secara semula jadi, anda mesti mendapatkannya melalui makanan atau suplemen.

 Artikel ini menerangkan semua yang anda perlu tahu tentang zink, termasuk fungsinya, faedah kesihatan, pengesyoran dos dan kemungkinan kesan sampingan.


Zinc untuk DNA repair

Ia boleh disimpulkan bahawa pengambilan zink yang tidak mencukupi boleh menjejaskan  mekanisme pembaikan DNA, menjadikan sel sangat terdedah kepada kerosakan DNA.  Oleh itu, defisit dalam pengambilan zink boleh memberi kesan yang besar kepada tahap kesihatan secara keseluruhan.

Zink diperlukan untuk pelbagai proses dalam badan anda, termasuk 

Ekspresi gen

Tindak balas enzim

Fungsi imun

Sintesis protein

sintesis DNA

Penyembuhan luka

Pertumbuhan dan perkembangan

Jika DNA anda sihat bermakna anda juga sihat secara keseluruhan kan?



Zinc untuk pemulihan jantung

Terdapat kes di mana pesakit yang mengalami kegagalan jantung diberikan suplemen zink selama beberapa bulan dan hasilnya fungsi jantung pesakit tersebut bertambah baik. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kes ini anda boleh klik link yang diberikan di bahagian rujukan nanti.

Zink nampaknya mempunyai kesan perlindungan dalam penyakit arteri koronari dan kardiomiopati.  Dalam keadaan sedemikian, penambahan semula dengan Zink ke dalam diet telah meningkatkan fungsi jantung dan mencegah kerosakan selanjutnya.


Zinc untuk kencing manis

Diabetes atau kencing manis adalah punca utama morbiditi dan kematian di seluruh dunia. Kajian telah menunjukkan bahawa Zink mempunyai banyak kesan yang bermanfaat dalam kedua-dua diabetes type-1 dan type-2.

Kajian telah menunjukkan bahawa Zink boleh memainkan peranan dalam meningkatkan sensitiviti insulin serta merangsang pemindahan glukosa ke sel dengan lebih lancar. Ini menunjukkan bahawa zink meningkatkan kawalan gula dalam darah pada penghidap diabetes. Diabetes akan memberi komplikasi jangka panjang seperti penyakit buah pinggang, saraf dan mata. Juga, risiko komplikasi kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok meningkat

 Adakah zinc boleh menyembuhkan pesakit diabetis? Nampaknya banyak lagi kajian yang perlu dilakukan namun tak salah untuk anda mencuba tapi ianya haruslah dipantau oleh doktor yang merawat. Ubat jangan lupa makan.


Zinc untuk darah tinggi terutama bacaan systolic.

Walaupun terdapat pelbagai ubat untuk menurunkan tekanan darah, ramai juga orang malas nak ambil ubat atas pelbagai alasan . Selain itu ada juga ubat-ubatan yang mungkin menghasilkan kesan sampingan untuk sesetengah orang. Ada juga orang yang dah mencuba pelbagai ubat darah tinggi tetapi tekanan darah masih juga tidak turun

Para penyelidik mendapati bahawa zink merangsang otot, sel endothelial, dan saraf deria bersama-sama, mengurangkan jumlah kalsium dalam otot dan menyebabkan mereka berehat. Ini seterusnya mengakibatkan aliran darah meningkat dan tekanan darah lebih rendah. Para penyelidik juga menyatakan bahawa saluran darah jantung dan otak terbukti mempunyai kepekaan yang lebih besar terhadap zink daripada saluran darah di tempat lain di dalam badan.

Adakah zinc boleh menyembuhkan pesakit hypertension atau tekanan darah tinggi? Nampaknya banyak lagi kajian yang perlu dilakukan namun tak salah untuk anda mencuba tapi ianya haruslah dipantau oleh doktor yang merawat. Ubat jangan lupa makan.

Kesimpulan

Di atas adalah penerangan serba ringkas tentang penggunaan zink dan kesannya terhadap kesihatan tubuh badan kita. Sebenarnya banyak lagi kajian-kajian yang telah dilakukan dan tak mampu untuk saya tulis setiap satu secara terperinci di sini. Cukuplah untuk saya bagi tahu bahawa zink adalah nutrien yang mempunyai banyak fungsi di dalam tubuh badan kita. Selain digunakan untuk fungsi harian, zink juga diperlukan untuk proses penyembuhan. 

Seorang lelaki dewasa memerlukan 11mg zink untuk satu hari.  Secawan dada ayam mengandungi lebih kurang 2 mg zink. Jika anda seorang lelaki dan ingin memenuhi quota zink satu hari, ini bermakna anda perlu makan 6 cawan dada ayam sehari. Mampu ke? Jikalau tidak mampu untuk mengambil makanan yang mengandungi zink cara semulajadi, maka dicadangkan untuk kita ambil zinc dalam bentuk supplement. 

 Tak mahal pun supplemen ni berbanding dengan harga supplemen atau jamu yg sebilangan nya terlalu "overclaim" di pasaran. Supplement zink pun ada pelbagai jenis dan saya cadangkan untuk ambil zinc picolinate kerana ianya lebih mudah untuk diserap ke dalam badan kita.

Saya sendiri dapat merasakan perbezaan setelah mengambil zinc. Tidur saya lebih mudah dan nyenyak serta tekananan darah saya juga turun.

 Diharap informasi ini membantu dalam meningkatkan tahap kesihatan anda.

Rujukan:

https://www.healthline.com/nutrition/zinc#what-it-is

https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/19625698/#:~:text=Zinc%20is%20an%20essential%20component,zinc%20depletion%20causes%20DNA%20damage.

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC7328074/#:~:text=Zinc%2C%20an%20essential%20micronutrient%2C%20affects,ongoing%20pathogenesis%20of%20heart%20failure.

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4573932/#:~:text=Two%20recent%20meta%2Danalyses%20have,diabetes%20%5B15%2C%20129%5D.

https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/32090294/

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara scan dokumen dan IC depan belakang free dengan menggunakan handphone

Panduan Mudah: Klaim Balik Insurans Kereta yang Tidak Digunakan selepas Jual Kereta

Nasi Kandar Ali Khan, Sungai Dua Butterworth