Jangan buat ini setelah kereta tenggelam banjir!!!

 Banjir adalah satu fenomena alam yang tidak dapat dijangka dan dielakkan terutama sekali kepada penduduk di pantai timur seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan juga bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Selangor yang kerap mengalami banjir kilat. Banjir 2021 adalah antara yang terburuk pernah berlaku di negara kita. Kali ni saya nak tunjukkan tips penjagaan kereta selepas banjir. 

 Selepas kereta anda ditenggelami banjir saya cadangkan anda untuk tidak menghidupkan enjin kereta kerana ia akan mengakibatkan kos repair yang lebih tinggi jika air sudah memasuki sistem enjin anda. Sebaiknya anda harus terus menghubungi pihak insurans untuk menunda kereta ke service center atau bengkel yang berdekatan. 

Namun ini bergantung kepada tahap keseriusan banjir ke atas kereta anda. Jika kenderaan anda penuh dengan lumpur kemungkinan besar bengkel akan menyuruh anda untuk mencuci terlebih dahulu. Jika banjir itu tidak melibatkan Lumpur maka anda boleh terus menghantar kenderaan anda ke service center atau pun bengkel.

Setelah kereta anda tiba di servis center atau pun bengkel saya cadangkan anda untuk pesan kepada pemilik bengkel ataupun service advisor untuk sentiasa membuka tingkap kereta anda. Ini bagi membolehkan wap banjir keluar dari kereta.
  Namun kemungkinan besar permintaan anda tidak dapat ditunaikan oleh bengkel atau servis centre atas faktor keselamatan. Umum kita ketahui bahawa jika banjir berlaku di sesuatu kawasan, ianya akan melibatkan ratusan hingga ribuan kereta. Ini bermakna akan ada berpuluh kereta yang akan memasuki bengkel tersebut dan ianya akan mengambil masa yang lama mengikut giliran dan juga kesediaan alat ganti. Ada kemungkinan melebihi 3 bulan. Bila terlalu lama tingkap kereta ditutup dan wap banjir tidak dapat keluar maka ianya akan menyebabkan bau dan juga kerosakan komponen di dalam kereta anda.

 Dalam keadaan begini saya cadangkan anda untuk membeli dehumidifier yang banyak terdapat di kedai DIY dan juga platform online seperti Lazada dan juga Shopee. Pastikan ada activated charcoal didalamnya. Harga dehumidifier ini tak mahal dan boleh didapati dengan harga RM3 lebih sahaja. Beli dehumidifier ini dan letakkan dalam kereta anda sebelum ataupun semasa anda daftar masuk bengkel. Dehumidifier ini akan menyerap wap dan juga bau dari kereta. Seelok-eloknya beli lebih. Kalau bengkel tutup tingkap kereta anda pun, kesan bau dan kerosakan mungkin kurang atau tiada langsung.
Selepas kereta sudah siap dari bengkel, maka kita boleh ke proses selanjutnya iaitu cuci kereta. Jika kereta anda tenggelam melebihi 20 peratus ketinggian kereta atau air telah memasuki ruangan dalam kereta, saya cadangkan anda untuk menghantar ke kedai cuci kereta yang mahir. Di sana semua karpet dan kusyen akan ditanggal dan dibasuh cara berasingan. Kadar upah cucian adalah bermula daripada RM300 hingga melebihi RM1000. 

 Anda kena rajin bertanya dengan jiran-jiran dan kawan-kawan anda tentang kedai cucian yang baik di sekitar tempat tinggal anda. Tak semestinya yang mahal itu lebih baik daripada yang murah. Kadang-kadang yang mahal itu pun kualitinya sama juga dengan yang murah. Bagaimanapun saya cadangkan untuk anda pergi ke kedai yang murah terlebih dahulu.  Cuma anda perlu pastikan adakah mereka akan menanggalkan semua kusyen dan karpet untuk dicuci.

 Selepas kereta dicuci, anda mungkin masih boleh menghidu bau banjir dari kereta anda. Jika ini berlaku saya cadangkan anda untuk membeli dehumidifier dan letakkannya di dalam kereta sekali lagi. Sementara waktu anda boleh membeli pewangi kereta tetapi pewangi kereta itu bukanlah penyelesaian untuk jangka masa panjang kerana wap banjir itu masih ada. Saya lebih mencadangkan anda untuk meletakkan daun pandan di dalam kereta kerana ianya lebih berkesan daripada pewangi yang dijual di kedai-kedai.
 Anda mungkin terfikir untuk mengeringkan kenderaan dengan menjemur kenderaan anda di bawah matahari terik untuk selama beberapa hari. Tapi dari ujian yang dilakukan, cara ini nampaknya kurang berkesan. Dehumidifier nampaknya lebih berkesan dalam menangani masalah ini. Wap dari kereta anda akan memenuhi dehumidifier dan akhirnya terkumpul menjadi air.

 Diharap artikel ini membantu dan jika anda ada sebarang komen Sila nyatakan di bawah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara scan dokumen dan IC depan belakang free dengan menggunakan handphone

Panduan Mudah: Klaim Balik Insurans Kereta yang Tidak Digunakan selepas Jual Kereta

Nasi Kandar Ali Khan, Sungai Dua Butterworth