Sijil Sony Eye: Pengakuan Kualiti bagi Pekerja dan Pembekal.


Ketika saya bekerja di Alps dahulu, sesiapa yang mempunyai Sony Eye ini boleh dikatakan hebat. Apabila kita mempunyai sijil ini, ia menunjukkan tauliah dan keyakinan Sony dalam memeriksa kualiti produk Sony dari segi luaran seperti warna, cetakan, tulisan, calar, dan lain-lain. Kita ada kebolehan membuat pertimbangan sewajarnya sebelum reject sesuatu , dan bukan setiap kecacatan produk perlu ditolak. Supplier Sony juga harus memperoleh sijil ini sebagai satu langkah yang membantu meningkatkan pengeluaran produk Sony. 

Oleh kerana kuantiti produk yang dihasilkan pada masa itu adalah sekitar 200k sebulan untuk satu model, maka supplier perlu menyediakan berjuta-juta komponen untuk menghasilkan keseluruhan produk berjenama Sony termasuk untuk model lain. Secara realitinya, jika ada masalah kualiti dalam proses pengeluaran produk ini, ia akan mengganggu  pengeluaran dan membawa akibat negatif pada hasil pendapatan untuk keseluruhan rantaian pembekal. Mereka dari jabatan kualiti dan reka bentuk selalu terpilih untuk memohon sijil ini dalam membantu Sony mengeluarkan produk produk terbaik.

Sebenarnya, untuk lulus dan dapat pengiktirafan ni bukan mudah dan selalunya orang orang dari Quality Department selalu gagal. Kenapa? Sebab mereka lebih cenderung untuk menolak dari menerima kecacatan sesuatu komponen. Untuk lulus dalam ujian Sony eye ini, kita perlu pandai mengimbangi antara menolak dan menerima produk yang mempunyai kecacatan.

Sijil ini berharga semasa pencarian pekerjaan terutamanya di Sony. Seperti saya, selepas bekerja di Alps selama hampir 5 tahun, kurang dari 5 hari saya balik kerja ontime. Kalau balik pada jam 8pm tu dikira awal. Seringkali saya akan berakhir kerja pada jam 10 malam, dengan kadangkala sehingga jam 12 tengah malam. Ada ketikanya tiada langsung cuti Sabtu dan Ahad.Staff yang lain juga sudah letih dan kurang motivasi.

Setelah mengorbankan waktu seperti itu, saya dinaikkan pangkat. Bila kenaikan gaji pada tahun itu hanyalah RM30, saya rasakan ianya amat tidak patut. Alasan yang diberi majikan adalah sebab saya dah diberi kenaikan gaji semasa dinaikkan pangkat. Bagaimanapun, dari sudut pandang saya, kenaikan pangkat memberikan tanggungjawab yang lebih besar dan saya harus mengambil tanggungjawab hasil kerja tiga orang jurutera di bawah kepimpinan saya. Memang patut pun gaji berdasarkan tanggungjawab itu.

Give up! Saya terus cari kerja lain dan saya telah ditawarkan oleh Sony sebagai seorang jurutera reka bentuk. Namun bos Sony kena dapat persetujuan Bos Alps terlebih dahulu. tetapi nasib tak menyebelahi saya sebab Bos Alps tak benarkan saya berhenti dan Bos Sony pun akur.

Lalu, saya beralih untuk mencari pekerjaan lain dan saya berhasil mendapatkannya. Pada hari terakhir saya di Alps, baru bos bagitahu saya bahawa saya mendapat tawaran untuk bekerja di Sony, tetapi beliau cantas 

Ps- Saya tidak pasti sama ada Sony Eye ini masih wujud atau tidak pada masa ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara scan dokumen dan IC depan belakang free dengan menggunakan handphone

Panduan Mudah: Klaim Balik Insurans Kereta yang Tidak Digunakan selepas Jual Kereta

Nasi Kandar Ali Khan, Sungai Dua Butterworth