Cara selesaikan masalah dent atau kemek pada permukaan kereta.
Umum tahu bahawa body kereta zaman sekarang ni banyak yang nipis atas pelbagai faktor contohnya keselamatan dan juga penjimatan minyak. Namun ini juga menyumbang kepada masalah lain contohnya body mudah kemek hanya dengan tekan dengan tangan.
Baru baru ni ada complain di FB group dimana bonet kereta kemek selepas dihantar ke kedai cuci kereta.
Kemek atau dent ni adalah masalah yang biasa di kilang kereta. Dengan tools dan kemahiran yang betul, masalah dent boleh selesai. Cuma ada tempat tempat yang agak sukar untuk hilang 100%. Itu cara dikilang tapi di luar juga ada kedai kedai yang menyediakan perkhidmatan ini.
Ini contoh bengkel yang menyediakan perkhidmatan menghilangkan dent ini. Bertempat di Pulau Pinang tapi di tempat lain pun ada juga . Kalau google dent removal mungkin akan keluar semua maklumat.
Ulasan
Catat Ulasan