Suara B40 tentang sektor hartanah sekarang
Umum tahu bahawa sekarang ni ada masalah lambakan rumah yang tidak terjual. 3 negeri yang mempunyai jumlah rumah yang tidak terjual tertinggi adalah Johor, Penang dan Perak. Apa masalahnya?
Dah banyak pakar ekonomi ulas perkara ni. Kali ni jom kita kupas isu ni dari perspektif orang kebanyakan.
Loan rumah tak lepas
"saya pun pernah buat loan rumah tapi tak lepas sebab rumah mahal gaji kecik. Dapat duit keluaran kwsp masa covid hari tu dgn sikit duit simpanan campur saya beli tanah kt kulim tanah lot 5300kps rm52,800. Baru nak plan bina rumah ada 1 lot ja lg rm47k untuk di jual.... orang lain yg beli semua dah bina rumah."
Sebagai ejen hartanah, inilah masalah terbesar kami. Hanya 1 dari 10 orang yang sambut iklan kami layak untuk membeli rumah tersebut. Yang layak tu pula belum tentu meneruskan pembelian sebab ada banyak pilihan yang lain.
Komitmen sedia ada dah tinggi
"Kalau ikutkan semua orang nak miliki rumah idaman tapi disebabkan loan dan komitmen yg tggi tahun2 yg mencabar ni kami mampu melihat ja sebab ada keperluan lain lagi"
Ramai juga bakal pembeli yang boleh dikatakan salah dalam pengurusan kewangan. Contohnya mohon pinjaman peribadi untuk buat majlis kahwin. Ada yang awal lagi dah beli kereta yang agak tinggi bayaran bulanannya.
Beli tanah buat rumah
"Skrg ni ramai tak lepas loan beli rumah.. terutama 300k ke atas, sebab tu ramai beli tanah lot buat rumah.."
Memang boleh beli tanah lot dan buat rumah cuma bab ni ramai yang tidak berhati-hati. Beli asal murah sahaja. Beli tanah dan buat rumah ni kena ada ilmu. Kalau tak akan menyesal di kemudian hari.
Tak mampu beli, mampu sewa
Rumah lebih pada harga mampu tengok dah sekarang. . .300k bg penjual rasa murah. . .tp bg pembeli harga lebih pada mampu sewa
Memang sekarang ni rumah tak mampu untuk dibeli tapi mampu untuk disewa. Sewa lagi murah dari beli rumah. Cuma payah lah sikit kalau tiba tiba pemilik suruh keluar dsb.
Kesimpulannya, rumah adalah keperluan asas. Tapi kalau dah terlalu mahal mungkin satu hari nanti manusia akan tinggal dalam gua semula
Ulasan
Catat Ulasan