Pelanggan Astro: Cara selesaikan masalah bunyi untuk Disney plus Hotstar

 Bila kita melanggan Astro movie pack kita akan dapat sekali dengan Disney plus Hotstar. Saya selalu menonton Disney plus Star melalui Astro ultrabox tapi apa yang saya perasan adalah Astro ultrabox tidak mengeluarkan bunyi Dolby 5.1 walaupun di amplifier saya mengeluarkan notifikasi isyarat bunyi diterima dalam format Dolby digital Plus.  


Pelbagai kaedah telah saya cuba namun apa yang saya dapat sebenarnya hanyalah bunyi Dolby 2.0 sahaja berserta dengan speaker Dolby atmos yang berfungsi seperti biasa.

Akhirnya Saya mendapat satu idea untuk melihat jika Samsung TV ada apps untuk Disney Plus hotstar. Setahu saya Samsung tidak ada applikasi Disney plus Hotstar untuk pasaran Malaysia sebelum ini dan saya juga pernah menyentuh topik ini pada post saya yang sebelumnya.

 Setelah saya cari di bahagian applikasi saya dapati bahawa Samsung juga telah menambah aplikasi Disney plus Hotstar untuk pasaran Malaysia. Saya pun install.

 Kita perlu sign in dan jika kita adalah pelanggan Astro, diawalnya akan dibawa kita untuk link dengan akaun Astro.  Setelah saya berjaya install, maka saya pun cuba untuk menonton cerita-cerita dari aplikasi Disney hotstar.

Saya dapati bahawa kualiti gambar melalui aplikasi di TV adalah lebih cantik daripada melalui Astro ultrabox. Malah melalui aplikasi ini juga kita boleh melihat ataupun menonton cerita-cerita dengan menggunakan format 4k berbanding Astro ultra box yang tidak mempunyai 4k untuk cerita-cerita yang ada di dalam Disney plus Hotstar. Cuma dari segi connection stability, Astro ultrabox lebih stabil. Jika kita menonton Disney Hotstar melalui TV, ada masa cerita akan legging bergantung kepada Line internet. Saya menggunakan Unifi plan 30mbps. Tak pasti jika masalah legging ini tak berlaku pada plan yang menawarkan Mbps lebih tinggi.

 Selain itu dari segi kualiti audionya juga adalah lebih baik sebab selama ini saya hanya mendengar bunyi Dolby 2.0 sahaja. Namun apabila saya menukarkannya kepada aplikasi Samsung Disney Hotstar saya dapat bunyi Dolby digital plus 5.1. Walaupun 5.1 tapi dari segi kualiti, bunyinya masih bukan ditahap maksimum. Malah mungkin tidak mencapai tahap memuaskan.

Kesimpulannya lebih baik menonton Disney plus Hotstar melalui app di TV berbanding Astro Ultrabox.

 Diharap penerangan ini dapat membantu anda anda semua yang mengalami masalah sama dengan saya. Selamat mencuba

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara scan dokumen dan IC depan belakang free dengan menggunakan handphone

Panduan Mudah: Klaim Balik Insurans Kereta yang Tidak Digunakan selepas Jual Kereta

Nasi Kandar Ali Khan, Sungai Dua Butterworth