Bagaimana nak check had kelayakan loan rumah?
Bank bukan tengok gaji saja dalam menentukan kelulusan loan rumah. Kes gaji sebulan RM30k tapi akhirnya loan tak lulus pun saya pernah dapat. Ada yang tanya saya kenapa? Jawap saya mudah saja.
Kalau anda bank dan ada orang tak dikenali datang nak pinjam duit, mesti anda tengok pelbagai faktor kan? Kalau orang tu gaji 30k tapi hujung bulan akaun bank jadi kosong, anda nak bagi loan? Atau dia bekerja di sektor pelancongan tapi masa tu tengah PKP atau lockdown. Atau orang tu dah tua dan tahun depan nak bersara, anda nak bagi loan?
Harap sekarang anda dah faham.
Langkah pertama dalam pencarian rumah adalah dengan mengetahui had kelayakan loan rumah terlebih dahulu. Kalau tak penat je nanti ke hulu ke hilir cari rumah. Bila dah jumpa rumah, loan pula tak lulus.
Senang nak merancang kalau dah tahu had kelayakan loan rumah kan?
Jom check berapa maksimum bank boleh bagi kita loan untuk rumah serta cukup ke duit kita untuk kos tambahan dalam pembelian rumah. PERCUMA je.
Saya dah sediakan borang. Sila isi semua maklumat yg diperlukan. Mudah dan tak sampai 5 minit. Kalau ada yg tak faham dari form tu boleh tanya saya.
Ulasan
Catat Ulasan