Kenapa daging bakar bahaya untuk kesihatan
Ramai orang kita suka makan daging bakar, ayam bakar, ikan bakar dan pelbagai lagi makanan bakar. Kalau dipasar malam atau mana mana pun , kalau kita nampak banyak asap, disitulah ramai pelanggan berkerumun. Termasuklah saya sendiri. Ayam Bakar, keli Bakar, Sate, Nando's dan banyak lagi memang kegemaran saya.
Namun begitu ramai yang tak tahu bahawa makanan bakar ini boleh membawa kemudaratan. Pertama makanan protein yang dibakar ini boleh merubah sel DNA kita dan akhirnya menyebabkan sel kanser. Selain itu lemak lemak yang cair dan menitis ke atas arang ataupun kayu akan menyebabkan asap dan asap itu boleh meresap ke dalam daging yang dibakar. Walaupun rasanya sedap tetapi tindak balas kimia antara asap dan juga daging yang dibakar juga boleh merosakkan perut dan usus semasa proses penghadaman. Jika terlalu kerap makan makanan berasap atau salai, perut atau usus boleh luka dan menyebabkan pendarahan dalaman yang serius hingga boleh menyebabkan kematian.
Jika kita teringin juga makan makanan bakar saintis memberi cadangan bahawa bahan makanan yang dibakar itu seeloknya bukan terdiri daripada daging merah dan kekerapan pula tidak lebih daripada satu kali dalam masa 2 minggu.
Antara bangsa yang dari awal lagi mengetahui bahaya makanan bakar ini adalah bangsa Turki. Sebab itu kita boleh tengok orang Turki bakar daging dari tepi supaya asap arang atau kayu tidak mengenai daging yang mereka bakar. Cara ini amat berbeza sekali dengan bangsa kita yang meletakkan daging diatas arang semasa membakar sate.
Sekarang anda dah tahu bahaya makan daging bakar. Harap tips kesihatan ini membantu para pembaca.
Ulasan
Catat Ulasan