Cara nak alkalikan badan yang banyak asid
Bila badan kita rasa tak sedap, masa tu barulah terfikir macam macam. Google sana sini untuk mencari jawapan kepada permasalahan kita. Antara topik yang mungkin kita jumpa adalah cara untuk alkalikan badan kita.
Tahukah anda Kalau kita selalu makan protein tinggi dan minum kopi; badan kita akan menjadi lebih berasid? Bila badan kita terlalu berasid, kita mungkin akan mengalami lemah badan, susah nak tidur, anxiety atau kerisauan melampau dan pelbagai lagi simptom simptom metabolisma yang negatif.
Cara nak tentukan makanan itu acid atau alkali bukanlah dengan hanya menggunakan kertas litmus terhadap makanan tersebut kerana cara itu salah. Contohnya jika kita letakkan kertas litmus ke ayam, kita akan dapati ianya alkali. Tapi bila ayam tersebut memasuki badan kita, sistem penghadaman kita akan memproses ayam tersebut dan akan meninggalkan kesan asid terhadap badan kita.
Saintis ada buat pengiraan yang dipanggil PRAL untuk menentukan tahap asid atau alkali sesuatu makanan. PRAL bermaksud potential renal acid load. Pengiraan adalah berdasarkan kandungan mineral yang ada pada sesuatu makanan contohnya calcium, magnesium, potassium dsb.
Menurut list yang dikeluarkan oleh USDA makanan yang paling beralkali adalah herba dan rempah kering. daun parsley kering menggungguli carta USDA sebagai makanan paling beralkali. Penyediaan makanan juga mempengaruhi tahap alkali atau asid sesuatu bahan. Daun parsley biasa tidak se alkali daun parsley kering.
Secara amnya daun, sayur adalah bersifat alkali.
Untuk kategori buah pula apprikot adalah yang paling beralkali. Tapi makanan yang saya sebutkan tadi tak mesra untuk orang Malaysia. Kalau di Malaysia ni nak senang makan pisang yang dikeringkan. Tiada data setakat ini untuk kita katakan kerepek pisang termasuk dalam kategori Pisang kering sebab kerepek pisang ada proses menggoreng.
Untuk makanan berasid pula, bahan bahan yang digunakan dalam pembuatan kek dan puding mengguli carta. Untuk kategori daging pula, ayam bakar adalah yang paling berasid. Seperti disebutkan sebelum ini Cara masakan juga memainkan peranan dalam asid dan alkali sesuatu makanan. Didapati bahawa makanan yang dibakar lebih berasid. Maka jika anda rasa lemah badan, kurangkan makanan bakar.
Anda boleh Google PRAL food list untuk dapatkan senarai penuh yang dikeluarkan oleh USDA. Moga informasi ini bermanfaat.
Ulasan
Catat Ulasan